Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau GAMIS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh mahasiswa Malaysia yang berasaskan politik, dakwah dan kebajikan mahasiswa dan masyarakat. Presiden terkini ialah Muhammad Ikhwan Nasyriq Bin Salahin.

GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Yusof Abdullah sebagai sebuah front untuk membawa isu-isu mahasiswa dan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-8 pada ketika itu. GAMIS pada ketika itu mendepani isu-isu kemiskinan bandar dan luar bandar, isu pendidikan tinggi, isu rampasan tanah dan pelbagai lagi. Melalui GAMIS, mahasiswa dari kebanyakan kampus utama di seluruh tanah air berjaya dikumpulkan dalam satu wadah Islam untuk mendepani isu-isu nasional dan antarabangsa bagi membawa suara Islam[1].

Presiden GAMIS[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Presiden GAMIS sejak penubuhannya[1]ː[2]

  1. 1989-1990 : Mohd Yusof Abdullah (UM)
  2. 1990-1992 : Tiada kepimpinan
  3. 1992-1993 : Ust Mohd Puad Abdul Wahab
  4. 1993-1994 : Dr. Mohd Zuhdi Marzuki (UM)
  5. 1998-1999 : Zaharuddin Abd Rahman (UM)
  6. 1999-2000 : Borhanuddin Ahmad (UIAM)
  7. 2000-2001 : (Allahyarham) Kamarul Zaman Abdullah (USM)
  8. 2001-2002 : Izwan Mohd Yusoff (UM)
  9. 2003-2004 : Mohd Khairul Anwar Md Zuki (UM)
  10. 2004-2005 : Muhammad Ramadhan Fitri Elias (UM)
  11. 2005-2006 : Muhammad Hanif Baderun (UM)
  12. 2006-2007 : Ahmad Tarmizi Che Din (UIAM)
  13. 2007-2009 : Dzulkhairi Mohd Noor (UM)
  14. 2009-2010 : Mohd Idris Mohd Yusoff (UKM)
  15. 2010-2011 : Ahmad Syazwan Hassan (UM)
  16. 2011-2012 : Akram Ikrami Dato' Taib Azamudden (KUIS)
  17. 2012-2014 : Muhamad Azan Safar (UKM)
  18. 2014-2015 : Abdul Malik Ab Razak (UIAM)
  19. 2015-2016 : Mohd Imran Bin Md Ishak (USIM)
  20. 2016-2017 : Muhammad Afiq bin Awang Bakar (UIAM)
  21. 2017-2018 : Muhammad Shukri Alimar Shidi (USIM)
  22. 2018-2019 : Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai (UIAM)
  23. 2019-2020 : Muhammad Ikhwan Nasyriq Bin Salahin (UKM)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b http://gamismalaysia.com/pengenalan-gamis/
  2. ^ Ahmad Fahmi Mokhtar, 2017, Langkah Mahasiswa, m/s 6