Abdul Malik bin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Terengganu
Nama: Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
Gelaran: Tok Ku Pulau Manis
Lahir: 1650
Wafat: 1736
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Abdul Malik bin Abdullah (1650-an - 1736)[1] atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.

Abdul Malik bin Abdullah atau nama penuhnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan mendapat pendidikan awal dari beberapa orang Ulama Terengganu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Aceh. Di antara gurunya di Aceh ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali Al-Fansuri. Semasa di Aceh beliau telah bersahabat dengan beberapa orang yang akhirnya menjadi tokoh dan ulama besar. Mereka ialah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin Ulakan dari Sumatera Barat. Mereka telah menerima ijazah Tarekat Syatariyah dari ulama Aceh yang terkenal itu. Mereka kemudiannya bersama melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah. Semasa di Mekah, beliau bersahabat dengan Syeikh Abdus Syukur bin Abdul Karim Batani al-Fathani dan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Di antara anak beliau ialah:

  • Imam Yusuf Kesuma
  • Badruddin
  • Mik Tok Bungkuk[2]

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hj Wan Mohd Shagir Abdullah (1999). Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu Jilid 6. Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur. ISBN 9839701290.
  • TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8
  • http://www.google.com/search?hl=en&safe=off&q=%22Abdul+Malik+bin+Abdullah%22+terengganu

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah (1999). Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu Jilid 6, m/s 20
  2. ^ Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah (1999). Penyebaran Islam & Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu Jilid 6, m/s 23

Pautan luar[sunting | sunting sumber]