Abdul Mutalib Maarof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Abdul Mutalib Maarof
Pendidikan
Pekerjaan
Terkenal kerana
  • Perkampungan Islam di Yayasan An-Nahdhoh, Pulau Pinang
  • Pengasas bersama Persatuan Muafakat Pondok Se-Malaysia
  • Dilantik sebagai ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang, tetapi meletak jawatan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Ustaz Abdul Mutalib Maarof ialah seorang agamawan dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau merupakan pengasas dan yang dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang, sebuah perkampungan ilmu Islam di Pulau Pinang[1]. Beliau turut menjadi pengasas bersama Persatuan Muafakat Pondok Se-Malaysia yang menaungi kira-kira 250 buah pondok[2].

Pada tahun 2019, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Negeri Pulau Pinang.[3] Walau bagaimanapun beliau meletak jawatan apabila dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat bagi sesi 2019-2021.[4]

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Ustaz Mutalib Maarof (2014). Tragedi Uhud; Mengapa Islam Tewas. Mustread Sdn Bhd. ISBN 9789670716183.

Anugerah dan pengikitrafan[sunting | sunting sumber]

  •  Pulau Pinang
    • Anugerah Khas Keagamaan, Maulidur Rasul Negeri Pulau Pinang[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yaacob, Zainulfaqar (16 Jun 2012). ""Pondok An-Nahdhoh dibina dengan air mata" – Ust. Mutalib Maarof". Buletin Mutiara. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  2. ^ Editor, Yadim (12 Ogos 2020). "Kerjasama penyelidikan, pelawaan sertai sesi Ijtimak Pondok Malaysia". YADIM. Dicapai pada 31 Julai 2021.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ Mohd Ali, Hashim (23 Januari 2019). "Barisan agamawan anggotai Majlis Syura Pulau Pinang". Malaysia Dateline. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  4. ^ "PAS-Umno jamin jaga agama, rakyat dan negara". Berita PAS. 30 Julai 2019. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  5. ^ Ainul Wardah Sohilli (1 Februari 2012). "Sambutan Maulidur Rasul 1433H disulami elemen peringati Rasullullah S.A.W". Buletin Mutiara. Dicapai pada 31 Julai 2021.