Sekolah pondok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian


Sekolah pondok atau pesantren ialah sebuah institusi pendidikan tradisional Islam yang banyak diamalkan di wilayah Nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Sistem pendidikan ini berfokuskan pengajian ilmu Islam dan biasanya mempunyai asrama. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat.

Pengaruh sistem pengajian tradisional pondok dipercayai bertapak di Tanah Melayu sekitar abad ke-18 dan ke-19. Sifat berpegang kuat kepada prinsip agama, menghormati institusi Raja Melayu dan budaya khidmat kepada komuniti antara perkara yang ditekankan dalam pengajian warisan Islam ini, selari dengan penekanan adab dalam kehidupan orang Melayu. Budaya pengajian pondok memberi kesan langsung kepada identiti masyarakat Melayu Islam[1].

Kurikulum pengajian di pondok bersifat menadah kitab dari kulit ke kulit. Kitab yang digunakan ialah kombinasi dari kitab jawi dan Arab. Contohnya dalam ilmu tauhid, kitab dalam bahasa Arab yang digunakan seperti Hasyiah al-Syarqawi, Hasyiah al-Bajuri dan syarah kepada Matan Jauharah. Selain itu, ilmu tasawuf juga ditekankan di sekolah pondok. Pendidikan tasawuf ini dapat dilihat apabila pengajar menekankan aspek kerohanian, termasuk melazimi solat jemaah dan bacaan wirid selepas solat[1]..

Sejarah Permulaan Sistem Pendidikan Pondok Di Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Era sebelum kedatangan penjajah masyarakat mempunyai sebuah sistem informal yang mengkhususkan dan menumpukan pendidikan agama kepada segenap generasi pada zaman itu. Antara usaha yang di jalankan oleh pewaris baharu pada zaman dahulu untuk melahirkan orang yang tinggi ilmu agama pada zaman itu. Kedatangan Britih membawa kepada pengenaklan sistem yang berbentuk sekuler pada waktu itu dan menjadi saingan sistem informal masyarak melayu pada waktu itu.

Berikutan kedudukan mereka sebagai pemerintah, British turut sama menjalankan kempen propaganda bagi melemahkan gerakan sekolah pondok. Namun pendidikan pondok gagal dikuburkan oleh British malahan semakin utuh dilanda badai khasnya di mana sistem itu bermula,

Sejak bila sistam pondok di perkenalkan? Tidak di tahu tarik sebenar sistem penubuhan pondok ini. di anggarkan tariknya sekitar abad ke18 . Perkataan Pondok ini mungkin di ambil daripada bahasa arab yaitu 'fubduq' yang membawa maksud rumah penginapan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Latifah Arifin (23 Disember 2018). "Pengajian pondok bentuk identiti Muslim, budaya Melayu". BHarian. Dicapai pada 31 Julai 2021.

2.https://iluminasi.com/bm/sejarah-sistem-pendidikan-sekolah-pondok-di-tanah-melayu.html