Pergi ke kandungan

Abdul Qadir Jailani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

‘Abd al-Qadir al-Jilani ibn Salih ibn Jangidost, (Parsi: عبد القادر گیلانی Abdolɢāder Gilāni) (juga dieja Abdulqadir Gaylani, Abdelkader, Abdul Qadir, Abdul Khadir - Jailani, Jilani, Jeelani, Jilali, Gailani, Gillani, Gilani, Al Gilani) (470–561 H. / 1077–1166 M.) adalah sheikh pendakwah sufi mazhab Hanbali keturunan Parsi.[1] dan memimpin tareqat sufi Qadiri. Dia dilahirkan pada 1 Ramadan pada 470 H., 1078 M., di daerah Gilan, Parsi (Iran) selatan Laut Caspian. Disebabkan bahasa Parsi tidak memiliki huruf fonetik "G" dalam tulisan Arab, namanya juga direkodkan sebagai Kilani dan Jilani dalam manuskrip Arab.

Gilani tergolong dalam rangkaian kerohanian Junayd Baghdadi. Sumbangannya kepada pemikiran Dunia Muslim memberikannya gelaran Muhiyuddin (harafiah. "Pembangkit semula keyakinan"), kerana dia bersama muridnya dan rakan sejawat meletakkan batu asas bagi masyarakat yang kemudiannya menghasilkan ulama seperti Nuruddin Zengi dan Salahuddin al-Ayyubi. Golongan Sufi yang dinamakan sempena namanya dipercayai yang tertua dan yang terawal dikalangan golongan sedemikian.

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Al-Jailani telah dilahirkan sekitar tahun 470/471H yang bersamaan 1077M di sebuah wilayah bernama Jailan atau Kailan di Parsi atau Iran kini (lantas memberi imbuhan gelaran al-Jailani).[2][3] Ayahanda Al-Jailani, Abu Salih Musa al-Hasani, adalah dari keturunan Hassan bin Ali, iaitu anakanda sulung Ali bin Abi Talib dan Fatimah. Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Nabi Muhammad s.a.w manakala Fatimah adalah puteri baginda. Ibunda Al-Jailani adalah puteri kepada Abdullah Sawmai, yang juga keturunan dari Hussein bin Ali, adik kepada Hassan. Maka, Al-Jailani adalah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. melalui susur galur kedua-dua cucu baginda, Hassan dan Hussain. was both a Hasani and Hussaini Sayyid.[4][5][6][7][8]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menghabiskan masa kanak-kanak beliau di kota kelahirannya. Pada usia 18 tahun, beliau telah ke Baghdad (1095), untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang fiqh Hanbali di bawah beberapa orang ulama. Beliau menerima pendidikan Fiqh daripada Abu Ali al-Mukharrimi, Hadith daripada Abu-Bakar-bin-Muzaffar, dan tafsir daripada ulama tersohor, Abu Muhammad Jafar.

Dalam bidang Tasawwuf pula, guru ialah Shaikh Abu'l-Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas. Daripada gurunya, Syeikh Abdul Qadir menerima latihan asas dan seterusnya mendapat bantuan untuk perjalanan rohaniah beliau.

Pelajaran Sheikh (Guru)
Fiqh Ibn Aqil al-Hanbali
Abu Al Hasan Mohd. ibn Qazi Abu Yali
Abu Al Khatab Mahfuz Hanbali
Muhammad ibn Al Husnayn
Qadhi Abu Saeed Mubarak ibn Ali al-Mukharrami
Tasawwuf Qazi Abu Saeed Mubarak ibn Ali al-Mukharrami
Abu'l-Khair Hammad ibn Muslim al-Dabbas
Abu Zakariay ibn Yahya ibn Ali Al Tabrezi
Hadith Abu Bakr ibn Muzaffar
Muhammad Ibn Al Hasan Baqalai Abu Sayeed
Muhammad ibn Abdul Kareem
Abu Al Ghanaem Muhammad Ibn Mohd Ali Ibn Maymoon Al Farsi
Abu Bakr Ahmad Ibn Al Muzaffar
Abu Jafer Ibn Ahmad Ibn Al Hussain Al Qari
Abu Al Qasim Ali Ibn Muhammad Ibn Banaan Al Karkhi
Abu Talib Abdul Qadri Ibn Muhammad Yusuf
Abdul Rahman Ibn Ahmad Abu Al Barkat Hibtaallah Ibn Al Mubarak
Abu Al Nasr Ibn Il Mukhtar
Abu Nasr Muhammad
Abu Ghalib Ahmad
Abu Abdullah Aulad Ali Al Bana
Abu Al Hasan Al Mubarak Ibn Al Teyvari
Abu Mansur Abdurahman Al Taqrar

Selepas tamat pendidikan, Abdul Qadir Jailani meninggalkan kota Baghdad, dan menghabiskan lebih kurang dua puluh lima tahun di kawasan gurun berhampiran Iraq untuk bersuluk.[9]

Lewat usia

[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali ke Baghdad pada 1127, dan usianya sudahpun melebihi lima puluh tahun. Ketika itu, beliau mula berdakwah kepada umum. Beliau pindah ke sekolah yang pernah dimiliki oleh gurunya dahulu iaitu al-Mukharrimii dan disitu beliau banyak menghabiskan masanya untuk mengajar. Kemudian, beliau menjadi terkenal di kalangan anak muridnya. Pada waktu pagi, beliau mengajar hadith dan tafsir, manakala pada waktu petang, beliau mengadakan sesi tasauf dan nilai al-Quran.

Beliau menyibukkan empat puluh tahun dari usianya untuk menyampaikan dakwah Islam dari tahun 521 hingga 561 Hijrah. Pada waktu ini, ratusan ribu manusia memeluk Islam dan beberapa kumpulan pula diwakilkan ke luar kawasan untuk menyampaikan dakwah.

Pendapat Para Ulama

[sunting | sunting sumber]

Ibn Qudamah

[sunting | sunting sumber]

“Kami sempat berjumpa dengan beliau di penghujung hayatnya. Beliau menempatkan kami di madrasahnya. Beliau sangat mengambil berat terhadap kami. Kadang-kadang beliau mengutus anaknya, Yahya, untuk menyalakan lampu buat kami. Ada kalanya beliau juga mengirimkan makanan kepada kami. Beliau sentiasa menjadi imam dalam solat fardhu.”[10]

Ibn Rajab

[sunting | sunting sumber]

“Syaikh Abdul Qadir al-Jailani adalah seorang yang diagungkan pada zamannya. Dihormati oleh ramai para syaikh, baik daripada kalangan ulama mahupun ahli zuhud. Beliau memiliki banyak keutamaan dan karamah. Tetapi ada seorang bernama al-Muqri’ Abul Hasan asy-Syathnufi al-Mishri (dari Mesir) yang telah mengumpulkan kisah-kisah dan keutamaan-keutamaan Syaikh Abdul Qadir al-Jailani dalam tiga jilid kitab. Dia menulis banyak perkara yang pelik dan besar (kebohongannya). Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia meriwayatkan segala apa yang dia dengar. Aku telah melihat sebahagian kitab ini, tetapi hatiku tidak tenteram untuk meriwayatkan apa yang ada di dalamnya, kecuali kisah-kisah yang sudah masyhur dan terkenal dalam kitab selainnya. Ini kerana kitab tersebut banyak mengandungi riwayat daripada orang-orang yang tidak dikenali. Juga terdapat perkara-perkara yang jauh (daripada agama dan akal), kesesatan-kesesatan, dakwaan-dakwaan, serta kata-kata yang batil tanpa batas. Semua itu tidak layak dinisbatkan kepada Syaikh Abdul Qadir al-Jailani. Kemudian aku dapati bahawa al-Kamal Ja‘far al-‘Adfawi menyebut bahawa Asy-Syathnufi sendiri tertuduh berdusta terhadap kisah-kisah yang diriwayatkannya dalam kitab ini.”[11]

Ibn Rajab juga berkata:

“Syaikh Abdul Qadir al-Jailani memiliki pendapat yang baik dalam masalah tauhid, sifat-sifat Allah, takdir, dan ilmu-ilmu ma‘rifat yang selaras dengan sunnah. Beliau mempunyai kitab al-Ghunyah li Ṭalib Ṭariq al-Ḥaqq, sebuah kitab yang masyhur. Beliau juga memiliki kitab Futuh al-Ghayb. Murid-muridnya mengumpulkan banyak nasihat daripada majlis-majlis beliau. Dalam masalah sifat, takdir, dan selainnya, beliau berpegang dengan sunnah.”[12]

Imam al-Dzahabi

[sunting | sunting sumber]

“Kesimpulannya, Syaikh Abdul Qadir al-Jailani memiliki kedudukan yang agung. Namun, ada kritikan terhadap sebahagian ucapannya, dan Allah telah menjanjikan keampunan terhadap kesalahan orang-orang beriman. Tetapi sebahagian kata-kata yang dinisbahkan kepadanya adalah kedustaan atas nama beliau.”[13]

Imam al-Dzahabi juga berkata:

“Tidak ada seorang pun dalam kalangan ulama besar yang riwayat hidup dan karamahnya paling banyak diceritakan melalui hikayat selain Syaikh Abdul Qadir al-Jailani. Namun, banyak daripada riwayat-riwayat itu tidak benar, bahkan ada yang mustahil berlaku.”[14]

Syaikh Rabi‘ bin Hadi al-Madkhali

[sunting | sunting sumber]

“Aku telah mendapati akidah beliau (Syaikh Abdul Qadir al-Jailani) dalam kitabnya yang bernama al-Ghunyah. Maka aku mengetahui bahawa beliau seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah serta akidah-akidah lain di atas manhaj Salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syiah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyyah, dan kumpulan-kumpulan lain dengan manhaj Salaf.”[15]

Meninggal Dunia

[sunting | sunting sumber]

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani meninggal dunia pada Sabtu malam tahun 1166 (bersamaan 8 Rabiul Akhir 561H) pada usia 89 tahun di Babul Azaj, dan dimakamkan di Madrasahnya di Baghdad.[16] Makam dan masjid yang pernah menjadi tempat beliau mengajar itu terletak di Babul-Sheikh, Resafa (tebing timur sungai Tigris) di Baghdad, Iraq.[17][18]

Makam beliau turut menjadi mangsa penjarahan kaum Mongol semasa penaklukan tahun 1258 dan ketika pemerintahan Shah Ismail I semasa Dinasti Safawiyyah.[19] Makam itu dibina semula kemudiannya oleh Sultan Suleiman I dari Turki Uthmaniyyah pada tahun 1535 yang meletakkan kubah di atas makam tersebut seperti yang dapat dilihat sehingga kini. [20]

Tomb Of Sheikh Abdul Qadir, Baghdad, Iraq.

Sheikh Abdul Qadir mempunyai empat orang isteri dan empat puluh sembilan orang cahaya mata yang daripadanya, 27 orang lelaki dan 22 orang perempuan. Antara yang terkenal dari kalangan anakn beliau ialah Sheikh Abdul Wahab, Sheikh Abdul-Razzaq, Sheikh Abdul 'Aziz, Sheikh Isa, Sheikh Musa, Sheikh Yahya, Sheikh Abdullah, Sheikh Muhammed dan Sheikh Ibrahim. Anak cucu beliau menyebarkan tarikatnya sehingga ke sub-benua India dan turut mencapai hingga ke bahagian barat Afrika seperti Afrika Utara dan Maghribi, dan sebahagian Tanduk Afrika (Habsyah, Somalia, Eriteria).

Hasil karya

[sunting | sunting sumber]

Sesetengah hasil karya Jilani yang terkenal termasuk:

  • Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Kebenaran dan Agama). Lima jilid dikarang Sheikh Abdul Qadir atas permintaan murid-muridnya, sebagai panduan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan Islam, dalaman dan luaran.
  • Futuh al-Ghaib (Pembuka Tabir Keghaiban) – 78 bahagian, agak pendek dan penyampaian yang terus dan sangat berkesan.
  • Al-Fath ar-Rabbani (Hakikat Pengabdian) – 62 bahagian, lebih panjang, disampaikan di Baghdad pada 545–546H.
  • Jala' al-Khawatir (The Removal of Cares) – 45 bahagian, pada 546H.
  • Malfuzat (Luahan Kata Sheikh Abdul Qadir) – Ini ialah koleksi ucapan beliau. Lazimya ditemui di penghujung mansukrip Arab untuk Fath ar-Rabbani.
  • Khamsata 'Ashara Maktuban (Lima Belas Surat) – Ini ialah 15 pucuk surat yang ditulis beliau dalam bahasa Parsi kepada salah seorang anak murid beliau.
  • Al-Fuyudat al-Rabbaniyya (Anugerah Ketuhanan)
  • Bashair al-Khairat (Khabar Gembira) – Selawat oleh Sheikh Abdul Qadir dengan kaedah yang diilhamkan dari Allah.
  • Kitab Sirr al-Asrar wa Mazhar al-Anwar[21] (Buku Rahsia kepada Rahsia dan Penzahiran Cahaya)

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Utterances of Shaikh Abd al-Qadir al-Jīlānī (Malfūzāt) / transl. from the Arabic by Muhtar Holland Malfūzāt

Author: Muhtar Holland (1935-) Year: 1994, Publisher: Kuala Lumpur : S. Abdul Majeed & Co, ISBN 1-882216-03-2

  • Fifteen letters, khamsata ashara maktūban / Shaikh Abd Al-Qādir Al-Jīlānī ; translated from the Persian into Arabic by Alī usāmu ́D-Dīn Al-Muttaqī ; and from Arabic into English by Muhtar Holland, Kamsata ašara maktūban

Author: ʿAlāʾ al-Dīn ʿAlī b. ʿAbd al-Malik al- Muttaqī al-Hindī (ca1480-1567); Muhtar Holland (1935-) Year: c1997 Edition: 1st ed Publisher: Hollywood, Fla : Al-Baz Pub ISBN 1-882216-16-4

  • The removal of cares = Jalā Al-Khawātir : a collection of forty-five discoures / Shaikh Abd Al-Qādir Al-Jīlānī ; transl. from the Arabic by Muhtar Holland

Jalā al-Khawātir Author: Muhtar Holland (1935-) Year: c1997 Publisher: Ft. Lauderdale, Fla : Al-Baz Pub Extent: xxiii, 308 p Size: 22 cm ISBN 1-882216-13-X

  • The Sultan of the saints : mystical life and teachings of Shaikh Syed Abdul Qadir Jilani / Muhammad Riaz Qadiri

Author: Muhammad Riyaz Qadiri Year: 2000, Publisher: Gujranwala : Abbasi Publications, Size: 22 cm, ISBN 969-8510-16-8

  • The sublime revelation = al-Fath ar-Rabbānī : a collection of sixty-two discourses / Abd al-Qādir al- Jīlānī ; transl. from the Arabic by Muhtar Holland, al-Fath al-Rabbānī

Year: 1998 Edition: 2nd ed, Publisher: Ft. Lauderdale : Al-Baz Publishing, ISBN 1-882216-02-4

  • Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth and Religion) ,(Arabic),PartI,II,Abd Al-Qadir Al-Gaylani,Pub.Dar Al-Hurya, Baghdad, Iraq, 1988.
  • Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth and Religion)

(Arabic), Introdused by Dr. Majid Irsan Al-Kilani, Pub. Dar Al-Khair, Damascus-Bairut, 2005.

  • Encyclopaedia Iranica
  1. ^ Philip Khuri Hitti, "Islam, a way of life ", University of Minnesota Press (12 Ogos 1970). m/s 64: "The earliest and most attractive Sufi order was al-Qadiri, named after its founder, the Persian ‘Abd al-Qadir al-Jili (al-Jilani 1077–1166)
  2. ^ Terdapat ketidakpastian tentang tarikh sebenar kelahiran beliau; sesetengah sumber menyatakan tahun 1077, yang lain pula 1078.
  3. ^ "'Abd al-Qadir al-Jilani". Encyclopedia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, IL: Encyclopedia Britannica, Inc. 2010. m/s. 16. ISBN 978-1-59339-837-8.
  4. ^ Encyclopaedia of Religion and Ethics: Volume 1. A - Art. Part 1. A - Algonquins By James Hastings, John A Selbie Published by Adamant Media Corporation, 2001. pg 10:"and he was probably of Persian origin"
  5. ^ J. Spencer Trimingham, John O. Voll, "The Sufi Orders in Islam", Edition: 2, reprint, illustrated, revised Published by Oxford University Press US, 1998. pg 32: "The Hanbali Qadirriya is also included since 'Abd al-Qadir, of Persian origin was contemporary of the other two
  6. ^ Julia Ashtiany, J. D. Latham, "ʻAbbasid belles-lettres", Published by Cambridge University Press, 1990. pg 236: "Ulama Hanbali, pendakwah dan wali; asal dari Iran, beliau hidup dan mengajar di Baghdad; pusat sufi penting telah dinamakan sempena beliau.
  7. ^ Philip Khuri Hitti , "Islam, a way of life ", University of Minnesota Press (August 12, 1970). pg 64: "Tarikat Sufi yang paling awal dan menarik perhatian ialah al-Qadiriyah, dinamakan sempena pengasasnya, 'Abd al-Qadir al-Jili (al-Jilani 1077-1166)
  8. ^ Michael D. Coogan, "The Illustrated Guide to World Religions", Published by Oxford University Press US, 2003. pg 102: "Sejarahwan sering memandang Qadiriyah sebagai antara tarikat Sufi besar yang pertama muncul. Namanya diasaskan dari nama Abd al-Qadir al-Jilani (1077-1166), ulama dan pendakwah Parsi, yang ceramahnya di Baghdad menarik ramai pengikut.
  9. ^ Akbar, pg.11 Al Haqq, Abd. and Ghunyat al-talibeen (Kekayaan untuk Sang Pencari) m/s. 12 versi Urdu
  10. ^ أدركناه في آخر عمره فأسكننا في مدرسته... أرسل إلينا ابنه يحيى فيسرج لنا السراج... يرسل إلينا طعاماً... يصلي بنا الفريضة إماماً riwayat Ibn Qudamah dalam Dhayl Tabaqat al-Hanabilah
  11. ^ Dhayl Tabaqat al-Hanabila (1/293)
  12. ^ Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali and Sufism (Part One)
  13. ^ https://shamela.ws/book/10906/12767 كتاب سير أعلام النبلاء - ط الرسالة شمس الدين الذهبي
  14. ^ Where do the stories about Sheikh Abdul Qadir Jilani come from?
  15. ^ Syeikh Abdul Qadir Jailani, Salafi atau Sufi?
  16. ^ Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Sufficient Provision for Seekers of the Path of Truth and Religion), (Arabic), PartI,II, Abd Al-Qadir Al-Gaylani, Pub.Dar Al-Hurya, Baghdad, Iraq, 1988. ,Al-Ghunya li-talibi tariq al-haqq wa al-din (Bekalan Mencukupi bagi Pencari Jalan Agama dan Kebenaran) (Bahasa Arab), Introduced by Dr. Majid Irsan Al-Kilani, Pub. Dar Al-Khair, Damascus-Bairut, 2005
  17. ^ Majid 'Ursan al-Kilani, Nash'at al-Tariqat al-Qadiriyah
  18. ^ The Qadirya Shrine, Baghdad (PDF)
  19. ^ A.A. Duri, Baghdad, The Encyclopaedia of Islam, Vol. I, 903.
  20. ^ W. Braune, Abd al-Kadir al-Djilani,The Encyclopaedia of Islam, Vol. I, 70.
  21. ^ -Abdul Qadir Jailani, Sheikh Muhyiddin. Sirr-ul-Asrar wa Mazhar-ul-Anwar.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]