Sulaiman al-Qanuni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sulaiman al-Qanuni
Sultan Empayar Uthmaniyyah
Penjaga Dua Kota Suci
Khalifah Islam
Suleiman dalam sebuah lukisan potret sekitar tahun 1530
Sultan Uthmaniyyah (Maharaja) ke-10
Pemerintahan30 September 1520 – 6 September 1566
Sword girding30 September 1520
Didahului olehSelim I
Diikuti olehSelim II
Keputeraan(1494-11-06)6 November 1494[1]
Trabzon, Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan6 September 1566(1566-09-06) (umur 71)[2]
Szigetvár, Kerajaan Beraja Hungary
PemakamanMasjid Süleymaniye, Istanbul
PermaisuriHaseki Hürrem Sultan (isteri sah)
Mahidevran Sultan
AnakandaŞehzade Mustafa
Şehzade Mehmed
Mihrimah Sultan
Şehzade Abdullah
Selim II
Şehzade Bayezid
Şehzade Cihangir
Raziye Sultan
Nama penuh
Süleyman bin Selim
DinastiUthmaniyyah
AyahandaSelim I
BondaHafsa Sultan
TughraTandatangan Sulaiman al-Qanuni

Sulaiman I (Bahasa Turki Uthmaniyah: سليمان Sulaymān, bahasa Turki: Süleyman; dikenali sebagai Kanuni Sultan Süleyman; 6 November 1494  – 5/6/7 September 1566) merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematian beliau pada tahun 1566. Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang (di dalam bahasa Turki Kanuni; Arab: القانونى, al‐Qānūnī), sebagai mengenang jasa beliau dalam pemodenan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. Sulaiman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16, dengan kejayaan beliau mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah. Sulaiman sendiri telah memimpin tentera Uthmaniyah untuk menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakan wilayah di Hungary sebelum penaklukan beliau dipatahkan dalam Pertempuran Vienna pada tahun 1529. Beliau memberi perhatian yang lebih di Timur Tengah di dalam konflik dengan kerajaan Safavid di Parsi dan banyak jalur rumput di jauh barat Algeria yang terletak di Afrika Utara. Semasa pemerintahannya, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah menguasai kawasan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi. Zaman pemerintahan beliau juga menyaksikan empayar Uthmaniyah memayungi lebih daripada 15 hingga 25 juta rakyat.

Sulaiman I telah memecahkan tradisi kerajaan Uthmaniyah dengan mengahwini Roxelana, iaitu seorang gadis Eropah. Putera mereka, Selim II menggantikan Sulaiman I selepas kematian beliau pada tahun 1566 selepas memerintah selama 46 tahun.

Usia Muda[sunting | sunting sumber]

Sultan Sulaiman dilahirkan pada 6 November 1494 di bandar Tabzron, Turki. Seawal usia 7 tahun, beliau telah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi dan taktik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul. Sewaktu kecil, beliau berkawan rapat dengan seorang hamba bernama Pargali Ibrahim Pasha yang kemudiannya menjadi penasihat dan panglima tentera yang paling dipercayai sewaktu zaman pemerintahan beliau. Pada usia 17 tahun, beliau menjadi gabenor Istanbul dan kemudian diangkat menjadi sultan pada usia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Sultan Selim I.

Kempen Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Penaklukan di Eropah[sunting | sunting sumber]

Selepas menggantikan ayahanda beliau Selim I, Sulaiman al-Qanuni telah memulakan beberapa siri ketenteraan, di antaranya ialah dengan memadamkan pemberontakan di Damsyik pada 1521. Sulaiman I telah membuat persiapan untuk menakluki Belgrade daripada kerajaan Hungary yang gagal dicapai oleh moyangnya iaitu Mehmed II. Sulaiman telah mengelilingi Belgrade dan memulakan pengeboman dari pulau yang terletak di Danube. Dengan hanya tentera sebanyak 700 orang dan tidak menerima sebarang bantuan dari Hungary, Belgrade berjaya ditakluki pada bulan Ogos 1521.

Sulaiman al-Qanuni sewaktu muda

Berita penaklukan tentera Islam ke atas salah satu pertahanan kerajaan Kristian telah menimbulkan kebimbangan ke seluruh Eropah. Seorang duta Empayar Rom Suci ke Constantinople telah berkata, "Penaklukan Belgrade telah menjadi permulaan kepada peristiwa penting yang akan menghuru-harakan di Hungary . Ia juga membawa kepada kepada kematian Raja Louis II, penaklukan Buda, Transylvania, kejatuhan kerajaan dan kebimbangan negara jiran yang khuatir mereka akan menerima nasib yang sama..."

Jalan ke Hungary dan Austria sudah terbuka, tetapi Sulaiman telah mengalihkan perhatiannya kepada pulau Rhodes (yang merupakan pangkalan tentera Kesatria Hospitaller, yang melakukan aktiviti perlanunan berdekatan Asia Minor dan Levant yang menimbulkan masalah kepada minat kerajaan Uthmaniyah. Pada musim panas tahun 1522, Sulaiman telah menghantar armada laut sebanyak 400 kapal dan pada masa yang sama memimpin tentera sebanyak 100,000 orang dengan melintasi Asia Minor ke arah kedudukan yang bertentangan dengan pulau. Selepas berlakunya Perang Rhodes selama lima bulan, Rhodes telah berjaya ditakluki dan Sulaiman membenarkan Kesatria Rhodes untuk keluar. Mereka telah membina sebuah pangkalan yang baru di Malta.

Oleh kerana perhubungan di antara Hungary dengan kerajaan Uthmaniyah retak, Sulaiman telah menyambung kempennya di timur Eropah. Pada 29 Ogos 1526, beliau berjaya menewaskan Raja Louis II (1506–1526) di dalam Pertempuran Mohács. Pertahanan Hungary telah dimusnahkan dan Empayar Uthmaniyah telah berjaya menguasai kawasan timur Eropah.

Di bawah pimpinan Charles V daripada Empayar Suci Rom dan adik beliau Ferdinand I yang merupakan Archduke Austria, Habsburg telah mengambil alih Buda dan Hungary. Akibatnya, pada tahun 1529, Sulaiman sekali lagi mara melalui lembah Danube dan mendapat kawalan ke atas Buda dan mengikut musim luruh di dalam Perang Vienna. Ia telah menjadi ekspedisi kerajaan Uthmaniyah yang paling penting dan merupakan puncak perjalanannya melalui barat. Dengan bantuan tentera sebanyak 16,000 orang, Austria telah berjaya mengalahkan Sulaiman buat pertama kali, yang akhirnya menaburkan benih permusuhan di antara kerajaan Uthmaniyah dan Habsburg sehingga kurun ke-20. Pada tahun 1532, percubaan kedua untuk menawan Vienna gagal apabila tentera Sulaiman berundur sebelum sempat mencecah bandar itu. Dalam banyak kes, tentera Uthmaniyah telah dilanda cuaca buruk yang memaksa mereka meninggalkan belakang peralatan perang mereka dan kekurangan bekalan.

Pengepungan Esztergom (1543).
Raja John Sigismund dari Hungary dengan Sulaiman pada tahun 1556

Menjelang tahun 1540-an, sebuah konflik baharu di Hungary memberi peluang kepada Suleiman untuk membalas dendam atas kekalahan beliau di Vienna. Pada tahun 1541, Habsburg cuba untuk mengepung Buda tetapi berjaya diundurkan, dan lebih banyak kota kubu Habsburg berjaya ditawan oleh Uthmaniyah dan dua kempen berturutan pada tahun 1541 dan 1544. Akibatnya,[3] Ferdinand dan Charles terpaksa untuk memuktamadkan satu perjanjian memalukan selama lima tahun dengan Suleiman. Ferdinand menuntut semula takhta beliau ke atas Kerajaan Beraja Hungary dan terpaksa membayar sejumlah bayaran tahunan tetap kepada Sultan bagi tanah-tanah Hungary yang dikawal oleh beliau. Satu kepentingan simbolik, perjanjian ini merujuk Charles V bukan sebagai 'Maharaja' tetapi sebagai 'Raja Sepanyol', membawa identiti Suleiman sebagai 'Caesar' sebenar.[4]

Dengan musuh utama beliau di Eropah dikalahkan, Suleiman memastikan empayar Uthmaniyah mempunyai peranan berkuasa yang lanskap politik di Eropah untuk beberapa tahun selepasnya.[perlu rujukan]

Perang Kerajaan Uthmaniyah Dengan Kerajaan Safawiyyah[sunting | sunting sumber]

Gambar menunjukkan Sulaiman I mara bersama tenteranya di Nakhchivan pada musim panas tahun 1554

Setelah Sulaiman I berjaya menstabilkan keadaan di Eropah, beliau telah memberi perhatian kepada masalah pemberontakan yang didalangi oleh puak Syiah dari kerajaan Safavid di Iran. Dua peristiwa penting berlaku pada masa ini. Pertama, Shah Tahmasp telah membunuh gabenor Baghdad yang menyatakan taat setia kepada Sultan dan digantikan dengan pewaris Shah. Kedua, gabenor Bitlis telah berpaling tadah dan menyatakan kesetiaannya kepada kerajaan Safavid. Sebagai hasilnya, pada tahun 1553, Sulaiman I telah mengarahkan Perdana Menterinya Ibrahim Pasha supaya mengetuai tentera ke Asia untuk mengambil semula Bitlis dan menakluki Tabriz tanpa sebarang halangan. Selepas beberapa tahun Sulaiman I dan Ibrahim membuat beberapa serangan ke atas Baghdad, akhirnya komandernya menyerah diri dan mengesahkan Sulaiman I sebagai pemimpin dunia Islam dan pengganti kepada kerajaan Abbasiyah.

Sulaiman I telah memulakan kempen perang yang kedua terhadap Shah pada tahun 1548-1549 dalam usahanya menewaskan kerajaan Safavid. Seperti sebelum ini, Tahmasp telah berusaha mengelakkan konfrontasi dengan tentera Uthmaniyah dan memilih untuk berundur, menduduki Armeniadi dl dalam proses dan berjumpa dengan tentera Uthmaniyah ke musim sejuk di Caucasus. Sulaiman I telah membatalkan kempen bersama dengan pendudukan sementara kerajaan Uthmaniyah di Tabriz dan Armenia di Iran.

Pada tahun 1553 Sulaiman I telah memulakan kempen perang yang ketiga dan terakhir ke atas Shah. Selepas kehilangan kawasan di Erzurum kepada putera Shah, beliau cuba menakluki semula Erzurum, melintasi di bahagian atas Euphrates dan sebahagian kawasan Parsi. Tentera Shah menyambung strategi mengelakkan kerajaan Uthmaniyah dan tidak membuat sebarang penaklukan. Pada tahun 1554, satu penyelesaian telah dibuat di mana di dalamnya termasuk kempen Sulaiman I di Asia. Perjanjian itu juga termasuk pemulangan semula Tabriz, tetapi mempertahankan Baghdad, di bawah Mesopotamia, mulut sungai Euphrates dan Tigris, sebagai sebahagian daripada wilayah kerajaan Parsi. Shah juga berjanji untuk tidak menceroboh wilayah kerajaan Uthmaniyah.

Kempen di Lautan Hindi dan India[sunting | sunting sumber]

Di Lautan Hindi, Sulaiman I telah mengetuai beberapa angkatan laut untuk mengusir orang Portugis dan mengadakan semula perhubungan perdagangan dengan India. Kerajaan Uthmaniyah telah menakluki Aden di Yaman pada tahun 1538 untuk dijadikan pangkalan laut untuk menghapuskan pengaruh Portugis di semenanjung barat India. Tentera laut Uthmaniyah gagal menewaskan Portugis di dalam Perang Diu pada bulan September 1538, tetapi mereka kembali ke Aden di mana mereka mempertahankan bandar itu dengan 100 buah meriam. Dari pangkalan ini, Sulaiman Pasha membuat keputusan untuk mengambil alih seluruh negara Yaman dan ibu kotanya Sa'na. Penduduk Aden menentang penaklukan kerajaan Uthmaniyah dan mempelawa Portugis supaya Portugis dapat mentadbir bandar ini sehingga ianya dirampas Piri Reis di di dalam Penaklukan Aden (1548).

Dengan mengawal Laut Merah, Suleiman berjaya menguasai laluan perdagangan India dan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan India sepanjang abad ke 16.

Pada tahun 1564, Sulaiman I telah menerima hadiah daripada Aceh yang meminta sokongan kerajaan Uthmaniyah di dalam usahanya untuk menentang Portugis. Sebagai hasilnya ekspedisi tentera Uthmaniyah ke Aceh telah dilancarkan yang membolehkan Aceh menerima sokongan ketenteraan yang lebih kukuh.

Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pentadbir yang mementingkan hak kesamarataan tanpa mengira pangkat dan darjat. Malah, di bawah pentadbiran Sultan Sulaiman Al-Qanuni, umat Islam & orang Yahudi dapat hidup dengan aman dan damai. Kaedah pemilihan beliau yang ketat dalam perlantikan gabenor membantu beliau untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan berkesan. Tanpa memilih populariti atau status sosial seseorang, beliau sendiri akan merisik tentang keperibadian bakal gabenor yang dilantik untuk memastikan wakil atau gabenor kerajaan Bani Turki Uthmaniyyah benar-benar bersih dan cekap.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Beliau digelar Al-Qanuni kerana jasanya dalam mengkaji dan menyusun semula sistem undang-undang kerajaan Bani Turki Uthmaniyah dan perlaksanaannya secara teratur dan tanpa kompromi berikutan keadaan masyarakat Islam Turki Uthmaniyah ketika itu mempunyai latar belakang dan sosio budaya yang berbeza. Pergaulan antara bangsa yang berbeza (walaupun agama yang sama) membuatkan pelbagai konflik kecil yang berlaku & ini boleh menggugat keselamatan umat Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau membuat penyusunan & kajian tentang budaya masyarakat Islam Turki Uthmaniyah yang datang dari Eropah, Parsi, Afrika & Asia Tengah untuk diselaraskan dengan kehendak undang-undang Syariah Islamiyah. Undang-undang Kanuninya (atau Kanuns) telah memperbaiki bentuk empayar Uthmaniyah selama berabad selepas kematiannya.

Sulaiman telah menjadi penaung kesenian, dan zamannya telah mencapai zaman keagungan kerajaan Uthmaniyah di dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan pembangunan seni reka bentuk. Beliau boleh bertutur di dalam empat bahasa iaitu bahasa Parsi, Arab, Serbia dan Chagatay (dialek bahasa Turki berkaitan dengan bahasa Uighur).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Permaisuri[sunting | sunting sumber]

Suleiman diketahui memiliki dua orang permaisuri:

  • Mahidevran (kahwin pada 1512/14), berketurunan Circassia atau Albania[5][6]
  • Hürrem Sultan (juga dikenali sebagai Roxelana) (kahwin pada 1531), seorang gundik yang kemudian menjadi isteri yang sah dan Haseki Sultan pertama, kemungkinan anak perempuan kepada seorang paderi Ortodoks berasal daripada Ruthenia.[7]

Anak-anak[sunting | sunting sumber]

Suleiman mempunyai beberapa anak dengan permaisuri beliau, termasuk:

Anak lelaki[sunting | sunting sumber]

  • Şehzade Mustafa – anak lelaki dengan Mahidevran, lahir pada 1515 (mati pada 1553 atas arahan Sultan)
  • Şehzade Mehmed – anak lelaki dengan Hürrem, lahir pada 1521 (mati pada 1543)
  • Şehzade Abdullah – anak lelaki dengan Hürrem[8] or Mahidevran,[9] born 1523 (mati pada 1525)
  • Sultan Selim II – anak lelaki dengan Hürrem, lahir pada 1524 (mati pada 1574)
  • Şehzade Bayezid – anak lelaki dengan Hürrem, lahir pada 1525 (dibunuh oleh abang beliau, Selim dengan persetujuan bapa beliau pada tahun 1561)
  • Şehzade Cihangir – anak lelaki dengan Hürrem, lahir pada 1531 (mati pada 1553)

Anak perempuan[sunting | sunting sumber]

Hubungan dengan Hürrem Sultan[sunting | sunting sumber]

Lukisan minyak Hürrem Sultan pada kurun ke-16

Suleiman tergila-gilakan akan Hürrem Sultan, seorang perempuan harem yang berasal daripada Ruthenia, dahulunya sebahagian daripada Poland. Para diplomat Barat, yang sedar berkenaan gossip di istana berkenaan beliau, memanggil beliau sebagai "Russelazie" atau "Roxelana", merujuk akan asal-usul beliau dari Ruthenia.[10] Anak perempuan kepada seorang paderi Ortodoks,[11] beliau telah ditawan oleh puak Tatar daripada Crimea, dijual sebagai seorang hamba di Constantinople, dan akhirnya meningkat naik dari pangkat seorang Harem menjadi kegemaran Suleiman. Suleiman memecahkan tradisi Uthmaniyah selama dua kurun,[11] dengan mengahwini seorang gundik yang kemudian menjadi isteri kepada Sultan, mendatangkan kehairanan kepada para pemerhati di istana dan kota.[12] Suleiman juga membenarkan Hürrem Sultan untuk tinggal bersama beliau di istana sehingga akhir hidup Hürrem Sultan, sekali lagi memecahkan tradisi apabila pewaris sultan telah cukup umur, mereka akan dihantar bersama-sama dengan gundik sultan yang melahirkan mereka untuk mentadbir wilayah jauh di empayar, dan tidak pernah kembali melainkan anak-anak mereka berjaya menaiki takhta.[13]

Dengan menggunakan nama pena beliau, Muhibbi, Sultan Suleiman mengarang sajak berikut untuk Hürrem Sultan:

Throne of my lonely niche, my wealth, my love, my moonlight.
My most sincere friend, my confidant, my very existence, my Sultan, my one and only love.
The most beautiful among the beautiful ...
My springtime, my merry faced love, my daytime, my sweetheart, laughing leaf ...
My plants, my sweet, my rose, the one only who does not distress me in this room ...
My Istanbul, my karaman, the earth of my Anatolia
My Badakhshan, my Baghdad and Khorasan
My woman of the beautiful hair, my love of the slanted brow, my love of eyes full of misery ...
I'll sing your praises always
I, lover of the tormented heart, Muhibbi of the eyes full of tears, I am happy.[14]

Wazir Besar Pargalı Ibrahim Pasha[sunting | sunting sumber]

Suleiman menunggu ketibaan Wazir Besar beliau, Pargalı Ibrahim Pasha di Buda, 1529.

Pargalı Ibrahim Pasha merupakan kawan bagi Suleiman sejak beliau belum menaiki takhta. Asalnya, Ibrahim adalah seorang Kristian yang berasal daripada Parga (di Epirus), yang mana telah ditawan semasa satu serbuan dalam Perang Uthmaniyyah–Venice 1499–1503, dan diserahkan sebagai seorang hamba kepada Suleiman berkemungkinan besar pada tahun 1514.[15] Suleiman menjadikan beliau sebagai falconer diraja, kemudian dinaikkan pangkat sebagai pegawai pertama di Kamar Tidur Diraja.[16] Ibrahim Pasha menjadi Wazir Besar pada tahun 1523 dan panglima angkatan tentera. Suleiman juga menganugerahi Ibrahim Pasha gelaran beylerbey Rumelia (gabenor-jeneral tentera tahap pertama), memberi Ibrahim kekuasaan ke atas seluruh wilayah Uthmaniyah di Eropah, selain memerintah pasukan tentera yang bersama beliau semasa perang. Berdasarkan perawi pada kurun ke-17, Ibrahim telah meminta Suleiman agar tidak menaikan pangkat beliau ke kedudukan setinggi itu, bimbang akan keselamatan beliau; yang mana dijawab oleh Suleiman bahawa di bawah pemerintahan beliau, walau apa-apapun yang berlaku, Ibrahim tidak akan dihukum mati.[17][sumber tak boleh dipercayai?]

Ibrahim akhirnya jatuh dalam kehinaan semasa pemerintahan Sultan. Semasa tahun ke-13 bertugas sebagai Wazir Besar, kebangkitan pantas beliau ke puncak kuasa dan pengumpulan besar kekayaan membuatkan Ibrahim memiliki ramai musuh di istana Sultan. Laporan tiba ke pengetahuan Sultan berkenaan kebiadapan Ibrahim semasa dalam satu kempen menentang empayar Safawiyyah: terutamanya tindakan beliau menggunakan gelaran serasker sultan (سرعسكر سلطان) telah dilihat sebagai satu penghinaan serius kepada Suleiman.[18][sumber tak boleh dipercayai?]

Kesangsian Suleiman ke atas Ibrahim bertambah yanık basi giysisi buruk apabila berlaku perbalahan antara Ibrahim dengan setiausaha kewangan (defterdar) Iskender Çelebi. Pertikaian ini berakhir dengan memalukan dengan Çelebi dituduh membuat satu rancangan jahat, dengan Ibrahim menyakinkan Suleiman untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas si defterdar. Bagaimanapun, sebelum kematian beliau, kata-kata terakhir Çelebi yang menuduh Ibrahim membuat satu konspirasi menentang Sultan.[18][sumber tak boleh dipercayai?] Perkataan dan tuduhan ini menyakinkan Suleiman akan ketidak elektrikli bisikletler setiaan Ibrahim,[18][sumber tak boleh dipercayai?] dan pada 15 Mac 1536 Ibrahim telah dihukum mati.[perlu rujukan]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Finkel, Caroline (2005). Osman's Dream: The Story of the Ottoman Empire, 1300-1923. New York: Basic Books. ISBN 978-0-465-02396-7.
  • İnalcık, Halil; Cemal Kafadar, penyunting (1993). Süleyman the Second [i.e. the First] and His Time. Istanbul: The Isis Press. ISBN 975-428-052-5.
  • Şahin, Kaya (2013). Empire and Power in the Reign of Süleyman: Narrating the Sixteenth-Century Ottoman World. Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-03442-6.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ágoston, Gábor (2009). "Süleyman I". Dalam Ágoston, Gábor; Bruce Masters (penyunting). Encyclopedia of the Ottoman Empire. m/s. 541.
  2. ^ Ágoston, Gábor (2009). "Süleyman I". Dalam Ágoston, Gábor; Bruce Masters (penyunting). Encyclopedia of the Ottoman Empire. m/s. 545.
  3. ^ Imber, 53.
  4. ^ Imber, 54.
  5. ^ Freely, John (2001-07-01). Inside the Seraglio: Private Lives of the Sultans in Istanbul (dalam bahasa Inggeris). Penguin.
  6. ^ "Ottoman". theottomans.org. Dicapai pada 2016-02-03.
  7. ^ Dr Galina I Yermolenko (2013). Roxolana in European Literature, History and Culturea. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 275. ISBN 978-1-4094-7611-5.
  8. ^ Peirce, Leslie P. (1993). The Imperial Harem: Women and Sovereignty in the Ottoman Empire. Oxford University Press. m/s. 60. ISBN 0-19-508677-5.
  9. ^ Fisher, Alan (1993-01-01). Süleymân The Second [i.e. the First] and his time (ed. by H.İnalcık and C.Kafadar) (dalam bahasa Inggeris). Isis Press. (Mahidevran Sultan), mother of several sons, including Abdullah. p.10
  10. ^ Ahmed, 43.
  11. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Kinross236 tidak disediakan
  12. ^ Mansel, 86.
  13. ^ Imber, 90.
  14. ^ "A 400 Year Old Love Poem". (Women in World History.
  15. ^ Turan, Ebru (2009). "The Marriage of Ibrahim Pasha (ca. 1495–1536): The Rise of Sultan Süleyman's Favorite to the Grand Vizierate and the Politics of the Elites in the Early Sixteenth-Century Ottoman Empire". Turcica. 41: 3–36.
  16. ^ Mansel, 87.
  17. ^ Clot, 49.
  18. ^ a b c Kinross, 230.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sulaiman al-Qanuni
Tarikh keputeraan: 6 November 1494 Tarikh kemangkatan: 6 September 1566
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Selim I
Sultan Empayar Uthmaniyyah
22 Sep 1520 – c. 6 Sep 1566
Diikuti oleh:
Selim II
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Selim I
Khalifah Islam
22 Sep 1520 – c. 6 Sep 1566
Diikuti oleh:
Selim II