Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syeikh

Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh
Mufti Besar Arab Saudi
Ketua Majlis Ulama Kanan Arab Saudi
& Yang Dipertua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan
Memegang jawatan
Jun 1999
RajaRaja Fahd
Raja Abdullah
Raja Salman
Didahului olehSyeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Butiran peribadi
Lahir (1943-11-30) 30 November 1943 (umur 77)
Mekah, Arab Saudi[1]
KerakyatanArab Saudi
HubunganKeluarga Al al-Syeikh (Keturunan langsung dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab)
Alma materUniversiti Islam Imam Muhammad bin Saud

Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh (Bahasa Arab: عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ‎) (lahir 30 November 1943) merupakan seorang ilmuwan Islam (ulama) yang merupakan Mufti Besar Arab Saudi sekarang.[2] Beliau juga merupakan Ketua Majlis Ulama Kanan dan juga Yang Dipertua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan Arab Saudi, yang merupakan salah satu jawatankuasa dalam Majlis tersebut.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Syeikh Abdulaziz Al al-Syeikh merupakan anggota keluarga Al al-Syeikh. Pada tahun 1969-70 beliau menyerlahkan kepimpinan beliau di Masjid Syeikh Muhammad bin Ibrahim di Dukhna, Riyadh. Pada tahun 1979 beliau dilantik menjadi Profesor Madya di Kolej Syariah Mekah, yang kini merupakan Universiti Umm al-Qura'.

Pada Jun 1999, Raja Fahd telah melantik beliau sebagai Mufti Besar Arab Saudi, menggantikan kekosongan setelah meninggalnya Syeikh Abdulaziz Bin Baz.[3]

Muslim berpengaruh di dunia[sunting | sunting sumber]

Syeikh Abdulaziz Al al-Syeikh telah tersenarai dalam kalangan 500 Muslim paling berpengaruh di dunia sejak tahun 2009. Pada tahun 2009[4] dan 2010[5], beliau berada di tangga ke-11 dalam senarai. Pada tahun 2011[6] dan 2013/2014[7], beliau berada di tangga ke-14. Pada tahun 2012[8] pula, beliau ditangga ke-18. Pada tahun 2014/2015[9] dan 2016[10], beliau berada di tangga ke-12. Pada tahun 2017[11], beliau berada di tangga 15. Pada tahun 2018[12], beliau di tangga ke-17. Pada tahun 2019[13], 2020[14] dan 2021[15], beliau berada di tangga ke-26.

Pandangan mengenai Revolusi Arab 2010-2012[sunting | sunting sumber]

Bersempena Revolusi Arab 2010, selaku Mufti Besar, beliau telah mengeluarkan fatwa demonstrasi adalah haram dari sudut pandang hukum agama[6].

Beliau dan 18 orang anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi telah menerbitkan fatwa pengharaman berdemonstrasi - terutama jika dilakukan di Arab Saudi. Hujah bagi fatwa tersebut ialah pemerintahan di Arab Saudi adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah, maka menjadi keperluan bagi umat Islam untuk patuh dan taat terhadap perkara yang selari dengan syarak. Perubahan boleh dicapai melalui nasihat, bukan dengan demonstrasi atau kaedah lain yang boleh menimbulkan perpecahan sesebuah negara bangsa[6][8].

Mengetuai organisasi fatwa[sunting | sunting sumber]

Selaku Yang Dipertua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan, Syeikh Abdulaziz sering menjadi jurucakap bagi keputusan-keputusan kontroversi dari Kerajaan. Beliau terkenal dengan pengaruhnya dalam menguatkuasakan pandangan berbeza dengan aliran tradisional Islam[7].

Pada tahun 2008, beliau secara terbuka mengkritik figura terkenal Islam yang menggalakkan orang Islam menyambut hari lahir dan ulang tahun, bahkan memberi penekanan hanya dua perayaan Aidilfitri dan Adiladha, serta hari Jumaat setiap minggu sahaja yang sahih untuk diraikan[7]. Berikutan itu juga, beliau mengecam penularan drama televisyen Turki di dunia Arab dengan menekankan keperluan menghapuskan amalan yang mengganggu.

Beliau bersungguh-sunggh menentang amalan lelaki tua berkahwin dengan kanak-kanak perempuan yang terlalu muda, dengan menekankan ia tidak selari antara sikap kemanusiaan dan amalan Islam[7].

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "حقيقة وفاة مفتى عام السعودية الشيخ (عبد العزيز ال شيخ)". نجوم مصرية. Dicapai pada 19 Januari 2017.
  2. ^ Schmitt, Eric; Shanker, Thom (2008-03-18). "U.S. adapts cold-war idea to fight terrorists". The New York Times. Saudi Arabia 's top cleric, Grand Mufti Sheik Abdul Aziz al-Asheik, gave a speech last October warning Saudis not to join unauthorized jihadist activities, a statement directed mainly at those considering going to Iraq to fight the American-led forces.
  3. ^ Eur (22 November 2002). The Middle East and North Africa 2003. Taylor & Francis. m/s. 950. ISBN 978-1-85743-132-2. Dicapai pada 1 September 2012.
  4. ^ Prof John Esposito; Prof Ibrahim Kalin (2009). The 500 Most Influential Muslims 2009 (PDF) (ed. Pertama). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 42.
  5. ^ Dr Joseph Lumbard; Dr Aref Ali Nayed (2010). The 500 Most Influential Muslims 2010 (PDF) (ed. Ketiga). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 48.
  6. ^ a b c Prof. S. Abdallah Schleifer (2011). The 500 Most Influential Muslims 2011 (PDF) (ed. Pertama). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 50.
  7. ^ a b c d Prof. S. Abdallah Schleifer (2013). The World's 500 Most Influential Muslims 2013/2014 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 60.
  8. ^ a b Prof. S. Abdallah Schleifer (2012). The World's 500 Most Influential Muslims 2012 (PDF) (ed. Kedua). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 70.
  9. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2014). The World's 500 Most Influential Muslims 2014/2015 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 56.
  10. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2015). The World's 500 Most Influential Muslims 2016 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 60.
  11. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2016). The World's 500 Most Influential Muslims 2017 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 70.
  12. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2017). The World's 500 Most Influential Muslims 2018 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 58.
  13. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2018). The 10th Anniversary Edition, The World's 500 Most Influential Muslims 2019 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 100.
  14. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2019). The World's 500 Most Influential Muslims 2020 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 92.
  15. ^ Prof. S. Abdallah Schleifer (2020). The World's 500 Most Influential Muslims 2021 (PDF). Jordan: The Royal Islamic Strategic Studies Centre. m/s. 118.
Gelaran keagamaan
Didahului oleh
Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Mufti Besar Arab Saudi
1999–kini
Diikuti oleh:
'