Academia Sinica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Academia Sinica
中央研究院
Zhōngyāng Yánjiùyuàn
Tiong-iong-gián-kiù-īⁿ
Academia Sinica Emblem.svg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk1928 (di Nanjing)
1949 (di Taipei)
Ibu pejabatTaipei, Taiwan[1]
25°2′45″N 121°36′37″E / 25.04583°N 121.61028°E / 25.04583; 121.61028Koordinat: 25°2′45″N 121°36′37″E / 25.04583°N 121.61028°E / 25.04583; 121.61028
Kakitangan~5,800[2] (incl. 976 principal investigators, 111 research specialists, 775 post-docs, 2,150 pelajar)[3]
Belanjawan tahunanNTD17 juta (USD0.55 bilion) (2016)[4]
Eksekutif agensi
Tapak webwww.sinica.edu.tw/en

Academia Sinica (nama bahasa Latin bermaksud "Akademi China", juga disingkatkan kepasa AS; Bahasa Cina: 中央研究院pinyin: Zhōngyāng Yánjiùyuàn, "Akademi Pengajian Pusat") ialah akademi kebangsaan Taiwan. Ia beribupejabat di daerah Nangang, Taipei.

Presiden badan ini yang terkini sejak 2016 ialah James C. Liao.[5]

Sejarah dan misi[sunting | sunting sumber]

Academia Sinica didirikan oleh Pemerintah Nasionalis Republik China pada tahun 1928.[6] Badan ini mula bersidang di Shanghai. Akademi tersebut direncanakan sebagai sebuah organisasi yang akan mengawasi dan mengkoordinasikan penyelidikan sains baik ia dari sains fizikal, sains masyarakat mahupun sains kemanusiaan dalam semua lembaga dan universitas dibiayaan negara Republik China. Pada saat berdirinya badan ini Sinica, telah ada sejumlah lembaga lain yang lebih kecil di beberapa kota di Republik Tiongkok. Badan ini membangun sembilan institut yang merangkumi bidang meteorologi, astronomi, fizik, kimia, geologi, teknik, psikologi, sejarah dan filologi serta sosiologi, di mana sebahagian besar institut ini terletak di kota Nanjing. Akademi ini dipindahkan ke Taiwan sepertimana badan pemerintah Kuomintang lain setelah Perang Saudara China tercetus antara puak Kuomintang dengan puak Komunis di negara tersebut

Tidak seperti lembaga penelitian lain yang dibiayai pemerintah yang bertanggungjawab kepada kementerian Yuan Eksekutif yang relevan, Academia Sinica, sebagai lembaga penelitian utama negara ini, bertanggungjawab langsung kepada Presiden Republik China.[6] Maka dengan hal demikian, Academia Sinica menikmati keistimewaan autonomi dari segi perancangan dan perumusan tujuan kegiatan penyelidikan mereka sendiri. Tugas utama Academia Sinica juga mencakup hal memberikan panduan, jalur koordinasi, dan insentif dengan maksud untuk meningkatkan tahap prestasi akademik yang wujud dalam negara Taiwan.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Institut dan pusat kajian[sunting | sunting sumber]

Meskipun Akademi Sains China di Republik Rakyat China secara eksklusif terdiri dari lembaga-lembaga dalam sains alam, Fungsi badan akademi Academia Sinica ini lebih mirip dengan Institut Max Planck di Jerman[7] di mana ia mencakupi tiga bahagian akademi utama:[3][8]

Matematik dan Ilmu Fizik (11 institut/pusat pengkajian; 339 pengkaji utama)
  • Matematik
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Bumi
  • Sains Informasi
  • Sains Statistik
  • Sains Atom dan Molekul
  • Astronomi dan Astrofisika
  • Sains Terapan
  • Perubahan Alam Sekitar
  • Inovasi Teknologi Informasi
Sains Hayat (8 institut/pusat penyekidikan; 329 pengkaji utama)
  • Biologi Tanaman dan Mikroba
  • Biologi Sel dan Organisme
  • Kimia Biologi
  • Biologi Molekul
  • Genomik
  • Bioteknologi Pertanian
  • Kepelbagaian hayati
  • Sains Bioperubatan
Sains Kemanusiaan dan Sains Masyarakat (12 institut/pusat penelitian; 319 peneliti utama)
  • Sejarah dan Filologi
  • Etnologi
  • Sejarah Mdern
  • Ekonomi
  • Kajian Eropah dan Amerika
  • Sastra dan Falsafah Cina
  • Sejarah Taiwan
  • Sosiologi
  • Linguistik
  • Ilmu Politik
  • Kehakiman
  • Kemanusiaan dan Sains Masyarakat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ASebook tidak disediakan
  2. ^ 中央研究院 常見問題集:三、在中研院工作的人都是中研院院士嗎?. Academia Sinica. 
  3. ^ a b Budget, Accounting and Statistics Office, Academia Sinica, Taiwan
  4. ^ 立委質疑中研院定位不明 廖俊智以開飛機巧妙回應. LTN News. 
  5. ^ "Google Scholar profile of James C. Liao". 
  6. ^ a b Lawrence R. Sullivan,Nancy Y. Liu (2015). Historical Dictionary of Science and Technology in Modern China. Rowman & Littlefield. m/s. 7. Dicapai 15 Nov 2017. 
  7. ^ "Institute - Max-Planck-Institute". Max-Planck-Gesellschaft. Max-Planck-Gesellschaft. 2017. Dicapai 12 March 2017. 
  8. ^ About the Academia Sinica

Pautan luar[sunting | sunting sumber]