Adam Larsen Kwarasey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adam Larsen Kwarasey
PORTLAND TIMBERS VS. SPORTING KC 2 - 2 (8).jpg
Adam Larsen Kwarsey bermain untuk pasukan Portland Timbers
Maklumat peribadi
Nama penuhAdambathia Larsen Kwarasey[1]
Tarikh lahir (1987-12-12) 12 Disember 1987 (umur 31)
Tempat lahirOslo, Norway
Ketinggian1.90 m (6 ka 2+1316 in)[2]
Posisi permainanPenjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkiniPortland Timbers
Nombor12
Kerjaya remaja
Trosterud
2006–2007Vålerenga
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2007–2014Strømsgodset154(0)
2015–Portland Timbers14(0)
Pasukan kebangsaan
2008Norway B211(0)
2011–Ghana[3]21(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 Mac 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 2 Jun 2014

Adambathia Larsen Kwarasey (lahir 12 Disember 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Ghana yang bermain untuk kelab MLS, Portland Timbers sebagai penjaga gol.

Kwarasey dilahirkan di Norway tetapi memilih untuk mewakili negara bapanya, Ghana di peringkat antarabangsa.

Kehidupan awal dan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kwarasey dilahirkan di Oslo, Norway kepada bapa dari Ghana dan ibu dari Norway.[4] Dia memegang kedua-dua kerakyatan Ghana dan Norway.[5]

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Strømsgodset[sunting | sunting sumber]

Kwarasey bermain bola sepak di peringkat belia bersama Trosterud dan Vålerenga.[6] Selepas berpindah ke Strømsgodset, dia membuat penampilan sulungnya pada 6 Mei 2007.[6] Kwarasey merupakan kapten kelab semasa Strømsgodset memenangi Tippeligaen pada tahun 2013.[7] Dia juga memenangi Anugerah Kniksen sebagai penjaga gol terbaik untuk musim 2013.[8]

Kwarasey mengumumkan pada 31 Oktober 2014 bahawa dia akan meninggalkan Strømsgodset selepas musim 2014, apabila kontraknya tamat.[9]

Portland Timbers[sunting | sunting sumber]

Kwarasey menyertai kelab Major League Soccer, Portland Timbers pada bulan Disember 2014.[10][11]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2010, Kwarasey menerima pasport Ghana sekaligus layak beraksi untuk negara tersebut.[12] Dia membuat penampilan antarabangsa pertamanya untuk Ghana pada 2 September 2011 dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2012 menentang Swaziland,[13] sebelum bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil di Craven Cottage, London tiga hari kemudian.[14]

Kwarasey dinamakan dalam skuad 23 pemain Ghana untuk Piala Negara-Negara Afrika 2012.[15] Dia merupakan penjaga gol pilihan utama pasukan sepanjang pertandingan itu dimana mereka menduduki tempat keempat.[16] Pada 2 Jun 2014, Kwarasey dinamakan dalam skuad Ghana untuk Piala Dunia FIFA 2014.[17]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 November 2014[18]
Kelab Musim Divisyen Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Strømsgodset 2007 Tippeligaen 4 0 1 0 0 0 5 0
2008 4 0 3 0 0 0 7 0
2009 4 0 2 0 0 0 6 0
2010 29 0 7 1 0 0 36 0
2011 28 0 4 0 2 0 34 0
2012 29 0 3 0 3 0 32 0
2013 30 0 1 0 0 0 31 0
2014 26 0 2 0 2 0 30 0
Jumlah 154 0 23 1 7 0 184 1
Portland Timbers 2015 MLS 6 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 6 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah karier 160 0 23 1 7 0 190 1

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Strømsgodset

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 17. Dicapai 11 June 2014. 
  2. ^ Biodata Adam Larsen Kwarasey di Soccerway
  3. ^ (Inggeris) Profil Adam Larsen Kwarasey pada National-Football-Teams.com
  4. ^ Sannie, Ibrahim (6 November 2007). "Norwegian keeper opts for Ghana". BBC Sport. BBC. Diarkibkan daripada asal pada 29 September 2013. Dicapai 19 May 2012. 
  5. ^ Jacobsen, Kristin Estil (19 January 2012). "Mener Kwarasey er mer attraktiv med EU-pass". vg.no (dalam bahasa Norway). Verdens Gang. Diarkibkan daripada asal pada 13 January 2014. Dicapai 19 May 2012. 
  6. ^ a b "Profile" (dalam bahasa Norway). Strømsgodset IF. Diarkibkan daripada asal pada 21 July 2014. 
  7. ^ Hoel, Yasmin Sunde; Bentsen, Anders Rove (10 October 2013). "Deila gråt i bilen på vei til gullkampen". NRK (dalam bahasa Norway). Diarkibkan daripada asal pada 8 January 2014. Dicapai 17 December 2013. 
  8. ^ Syversen, Christina Paulos (10 October 2013). "Strømsgodset i et ekslusivt selskap". Nettavisen (dalam bahasa Norway). Diarkibkan daripada asal pada 13 November 2013. Dicapai 17 December 2013. 
  9. ^ "Kwarasey takker for seg". http://www.dt.no. Edda Media. Dicapai 31 October 2014.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan); pautan luar dalam |website= (bantuan)
  10. ^ "Kwarasey klar for amerikansk klubb" (dalam bahasa Norwegian). 1 December 2014. Dicapai 2 December 2014.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  11. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/30386368
  12. ^ "Godset-keeperen fikk ghanesisk pass". Norwegian News Agency (dalam bahasa Norway). Dagbladet. 1 October 2010. Diarkibkan daripada asal pada 11 November 2013. Dicapai 26 May 2012.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  13. ^ "Ghana/Swaziland: Gyan, Badu Inspire Black Stars to Home Win". All Africa. 2 September 2011. 
  14. ^ "Brazil 1-0 Ghana". BBC Sport. 5 September 2011. Diarkibkan daripada asal pada 8 November 2011. 
  15. ^ "Veteran keeper left out of Ghana's Nations Cup squad". BBC Sport. 15 December 2011. Diarkibkan daripada asal pada 15 December 2011. Dicapai 15 December 2011. 
  16. ^ "Kwarasey feeling good about form". Fox Sports. 8 February 2012. Diarkibkan daripada asal pada 21 July 2014. Dicapai 20 June 2014. 
  17. ^ "Ghana World Cup 2014 squad". The Telegraph. 2 June 2014. Diarkibkan daripada asal pada 21 July 2014. Dicapai 20 June 2014. 
  18. ^ "Adam Larsen Kwarasey". http://www.altomfotball.no. TV2 (Norway). Dicapai 28 July 2014.  pautan luar dalam |website= (bantuan)
  19. ^ a b "Portland Timbers sign Ghana World Cup goalkeeper Adam Larsen Kwarasey". Portland Timbers. 8 December 2014. 
  20. ^ a b "Hyggelig sesongavslutning" (dalam bahasa Norwegian). Strømsgodset IF. 13 November 2014. Dicapai 20 February 2015. Etter 8 år i klubben er Adam rett og slett en legende i Strømsgodset. Han ble Norgesmester i 2010, vant sølv i 2012 og seriegull i 2013. 
  21. ^ Isaac Darko (13 November 2013). "Adam Kwarasey voted best Goalkeeper of the Season in Norway". Ghana News. Diarkibkan daripada asal pada 16 November 2013. Dicapai 12 March 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]