Ahmad Hazwan Bakri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahmad Hazwan
Maklumat peribadi
Nama penuh Ahmad Hazwan Bin Bakri
Tarikh lahir (1991-06-19) 19 Jun 1991 (umur 26)
Tempat lahir Labuan, Malaysia
Ketinggian 1.79 m (5 ka 10+12 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Johor Darul Takzim FC
Nombor 9
Kerjaya remaja
2007-2008 Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2009–2012 Kuala Lumpur FA 72 (17)
2012–2013 Harimau Muda A (pinjaman) 32 (21)
2014-2016 Selangor FA 46 (11)
2017- Johor Darul Takzim FC 11 (3)
Pasukan kebangsaan
2011–2013 Malaysia B-23 28 (25)
2012– Malaysia 21 (7)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 8 Oktober 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 8 Oktober 2016

Ahmad Hazwan Bakri (Lahir 19 Jun 1991[1]) adalah pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai pemain sayap atau penyerang untuk Johor Darul Takzim FC bermula pada tahun 2017.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai tahun 2011 Ahmad Hazwan Bakri telah dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee untuk bermain bersama skuad Olimpik Malaysia bawah 23 tahun(Harimau Muda), dalam siri perlawanan persahabatan dan latihan menentang kelab-kelab dari Liga Slovakia untuk persiapan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012. Beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan ketika menang ke atas kelab MFK Tatran Liptovsky Mikulas(2-1) dan MFK Dolny Kubin(2-0).

Ahmad Hazwan Bakri turut beraksi bersama skuad Olimpik Malaysia ketika perlawanan persahabatan dan latihan di Liga Australia pada Disember 2011 dan berhasil menjaringkan empat gol. Beliau menjaringkan dua gol ketika menentang kelab Sydney FC untuk memastikan kemenangan 3-0 untuk Malaysia. Dua gol lagi ketika membelasah kelab Central Coast Mariners 4-1.

Ketika penampilannya sewaktu perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 menentang Bahrain pada 5 Februari 2012 yang berkesudahan dengan Malaysia tewas 1-2, satu gol berjaya disumbangkan oleh beliau.

Pada 28 April 2012 Ahmad Hazwan Bakri membuat penampilan sulung untuk pasukan senior Malaysia(Harimau Malaya) yang masuk sebagai pemain gantian 20 minit sebelum tamat permainan, menjaringkan hatrik menentang Sri Lanka dalam perlawanan persahabatan. Malaysia menang dengan keputusan 6-0.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ahmad Hazwan Bakri". soccerway.com. Dicapai pada 5 August 2011.