Ai Qing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ai Qing
Ai Qing di Paris tahun 1929
Ai Qing di Paris tahun 1929
LahirJiang Zhenghan (蔣正涵)
Templat:Tanggal lahir
Desa Fantianjiang, Jinhua, provinsi Zhejiang, Empayar Cina Qing
Meninggal duniaTemplat:Tanggal kematian dan umur
Beijing, China
Nama penaEjia (莪加)
Ke'a (克阿)
Linbi (林壁)
Pekerjaanpenyair
WarganegaraTionghoa
WarganegaraTionghoa
Tempoh1936-1986
Pergerakan sasteraPersekutuan Seniman Kiri Tiongkok
Karya terkenalBei Fang (北方)
Dayanhe (大堰河)
AnugerahPingat Sastera dan Seni Tertinggi Prancis (1985)
PasanganGao Ying
Rakan kongsiZhang Zhuru (张竹茹) (1935-1936)
Wei Ying (韦嫈) (1939-1955)
Gao Ying (高瑛) (1956-1996)
AnakAnak perempuan:
Ai Qingming (艾清明)
Ai Meimei(艾梅梅)
Anak lelaki:
Ai Duanwu (艾端午)
Ai Xuan (艾轩)
Ai Weiwei (艾未未)

Aì Qīng (Cina ringkas: 艾青pinyin: Aì QīngWade-Giles: Ai Ch'ing; nama lahir - Jiǎng Zhènghán Cina ringkas: 蒋正涵pinyin: Jiǎng Zhènghán; 27 Mac 1910 – 5 Mei 1996) ialah seornag penyajak dari China. Beliau dianggap antara penulis sajak moden terunggul negara tersebut.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Jiǎng Zhènghán lahir di desa Fantianjiang (贩田蒋), daerah Jinhua di provinsi Zhejiang barat China. Seorang peramal menyebutkan bahawa beliau dikatakan akan ada nasib buruk, maka Jiang diserahkan kepada seorang ibu susuan miskin bernama Dayehe (大葉荷) untuk dirawat.[1] Dari situ juga beliau menjalinkan hubungan rapat dengan ibu susuan itu.

Pada tahun 1928, Ai Qing berhasil masuk ke Sekolah Seni Xihu di Hangzhou, jurusan lukis. Dari 1929 hingga 1932, beliau melanjutkan pelajarannya di Perancis; di sanalah beliau terdedah kepada karya-karya sastera Barat penting zaman itu termasuk Pierre-Auguste Renoir, Vladimir Mayakovsky dan Emile Verhaeren, Ai Qing melanjutkan perhatiannya pada pemikiran Immanuel Kant dan Georg W. F. Hegel.

Kembalinya ke China, pemenjaraan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Januari 1932, Ai Qing berangkat kembali ke China; dalam perjalanan inilah beliau sempat mengarang sebuah puisi pertamanya berjudul Di Sana (Cina ringkas: 那边pinyin: Nà Biàn) yang meluahkan rasa kekhawatirannya tentang keadaan negara dan rakyat. Di Mei 1932 beliau bergabung dalam Aliansi Seniman Kiri China dan mendapat perhatian Lu Xun. Dua bulan kemudian, Ai Qing ditangkap oleh seorang mata-mata Kuomintang. Beliau kemudian dipenjara atas tuduhan makar dengan tuntutan waktu penjara 6 tahun.

Di penjara, Ai Qing menulis seberapa banyak puisi. Salah satu karya ini, Dayanhe——Ibu Saya (Cina Ringkas: 大堰河——我的保姆; pinyin: Dàyànhé——Wǒ de bǎomǔ) yang dikarang memperingati ibu susuannya[nota 1] tidak lama kemudian menjadi mahakaryanya.[1] Pada tahun 1934 beliau menerbitkan Dayanhe dengan nama pena Ai Qing yang digunakan untuk pertama kalinya - beliau mendapat nama penanya ini kerana berasa malu besar senama keluarga dengan pemimpin Kuomintang pada ketika itu, Chiang Kai-shek.[nota 2]

Setelah beliau dilepaskan dari pemenjaraan pada tahun 1935, beliau kemudian mengajar di Sekolah Guru Perempuan Wujin di Changzhou selama setengah tahun dan kemudian pergi ke Shanghai. Tahun 1936 di Shanghai, Ai Qing menerbitkan kumpulan puisi Dayanhe dengan bantuan finansial dari seorang teman.[1] Saat akhbar Tiānxià Rìbāo didirikan pada bulan Mac 1937; beliau diajak ketua editornya, Zhong Dingwen menjadi pe,bantu editor akhbar ini.[4]

Pada tahun 1937 pasca meletusnya Perang China-Jepun, Ai Qing meninggalkan Shanghai dan berangkat ke Wuhan, Xi'an, dan Guilin, untuk membantu terlibat dalam kegiatan pemberontakan bersenjata China melawan Jepun. Beliau tiba di Chongqing pada tahun 1940 dan langsung mengambil posisi mengajar di sebuah sekolah sastera. Pada musim semi tahun 1941 Peristiwa Wannan terjadi, dan Ai Qing pun lari ke Yan'an.[1]

Kehidupan di Yan'an[sunting | sunting sumber]

Ai Qing hidup di Yan'an dari bulan Mac 1941 hingga September 1945. Dua hari setelah membantu melawan Jepun di Yan'an, beliau didatangi oleh Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China saat itu, Luo Fu, dan Ketua Jabatan Propaganda Partai Komunis China, Kai Feng, dan ditanyakan pandangannya mengenai mutu kerja dan hidup di Yan'an. Pada waktu yang sama, Sekolah Seni dan Sastera Lu Xun dan Persatuan Perlawanan Seniman Tiongkok baru dibuka dan hendak menawarkan posisi untuk Ai Qing. Ai Qing memilih Ding Ling untuk memimpin Oersatuan Perlawanan tersebut dan menolak memimpin Sekolah Seni dan Sastera Lu Xun.[5]

Pada tahun 1939, Ai Qing menerbitkan karyanya berjudul Utara (Cina ringkas: 北方pinyin: Běi Fāng), kemudian pada tahun 1945 beliau kembali menerbitkan seberapa karya dahulu termasuk Menghadap Matahari (Cina ringkas: 向太阳pinyin: Xiàng Tàiyang), Obor (Cina ringkas: 火把pinyin: Huǒbǎ), Puisi Untuk Desa (Cina ringkas: 献给乡村的诗), dan 12 antologi puisi lainnya.[1]

Di Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 1945, Ai Qing memimpin pergerakan bahagian pekerja sastera Chinq utara meninggalkan Yan'an menuju Zhangjiakou. Januari 1949, beliau menjadi seorang anggota pewakil tentwera di Sekolah Khusus Seni Beiping; pada bulan Oktober pada tahun yang sama, Ai Qing menjadi kepala redaksi majalah Sastera Rakyat. Beliau menerbitkan kumpulan puisi Huanhuji (欢呼集) pada tahun 1950; di musim gugur tahun yang sama, beliau diwawancarai oleh Kesatuan Soviet serta menerbitkan kumpulan puisinya Bintang Merah yang Bersinar (Cina ringkas: 宝石的红星pinyin: Bǎoshí de hóngxīng)

Karya terpilih[sunting | sunting sumber]

  • 《旷野》 (Kuangye- “Belantara”, 1940)
  • 《向太阳》 (Xiang taiyang - “Menuju Matahari”, 1940)
  • 《北方》 (Beifang - “Utara”, 1942)
  • 《归来的歌》 (Guilai de ge - “Lagu pulang”, 1980)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dayehe (大叶荷); pada waktu Ai Qing mengarang puisi ini, beliau hanya mengetahui sebutan dialek Jinhua untuk dayehe sambil tidak mengenal bahasa Mandarin Putonghua: dalam dialek Jinhua, pelafalan Dayehe (大叶荷) berhomofon dengan Dayanhe (大堰河), yang pada akhirnya mengakibatkan kesalahan penulisan ini.[2]
  2. ^ Beliau pada asalnya menulis namanya untuk mengarang namun terhenti saat setengah jalan menulis (Jiang, 蒋), lalu hanya memangkah "X".[3] terbentuknya aksara 艾 (ài). Hǎi Chéng pula bermaksud "laut jernih", maka aksara 青 (qīng, "biru-hijau") dipakai melambangkan nama asal ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "艾青小传". 中国网. 29 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-01. Dicapai pada 2019-06-21.
  2. ^ 公木 (1991). 新詩鑑賞辭典 (dalam bahasa 簡體中文). 上海: 上海辭書出版社. m/s. 366頁. ISBN 7-5326-0115-3. “大堰河”這名字,小時候只是聽口音的,1973年我回家鄉,鄉親們談起這首詩時告訴我,“大堰河”其實是“大葉荷”的誤寫,我們家鄉的土音“大葉荷”和“大堰河”完全一樣。 Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Gong Mu (1991). 新詩鑑賞辭典 [Leksikografi Sastera Mofen] (dalam bahasa Cina). Shanghai: Shanghai Lexicographical Publishing House. m/s. 366. ISBN 7-5326-0115-3. 为了躲过敌人的注意,我就根据本名蒋海澄的谐音第一次用了“艾青”这个笔名 [Saya memakai nama "Ai Qing" daripada nama lahir saya agar mengelak dikesan musuh]
  4. ^ (bahasa Mandarin)關國煊,與丁玲同被打成右派的詩人艾青,載 傳記文學69:2
  5. ^ "张立群,延安时期艾青的文人心态,粤海风2010年第2期". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2019-09-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]