Immanuel Kant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Immanuel Kant
Portrait by Johann Gottlieb Becker, 1768
Kelahiran(1724-04-22)22 April 1724
Meninggal dunia12 Februari 1804(1804-02-12) (umur 79)
Königsberg
WarganegaraPrusia
EraZaman Pencerahan
FalsafahFalsafah Barat
InstitusiUniversiti Königsberg
Kepentingan utama
Mempengaruhi

Immanuel Kant (22 April 172412 Februari 1804) ialah seorang ahli falsafah Jerman yang dianggap sebagai salah satu daripada pemikir Eropah moden yang terpengaruh, serta ahli falsafah terutama yang terakhir dalam Zaman Pencerahan.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Immanuel Kant dilahirkan di Konigsberg, Prusia Timur (kini Kaliningrad, Rusia) dan telah menetap di wilayah itu sehinggalah beliau meninggal dunia. Setelah mendalami pengajiannya di Universiti Kaliningrad dari 1740 hingga 1746, beliau bekerja sebagai seorang guru swasta. Pada tahun 1755 beliau telah kembali ke Universiti Kaliningrad untuk menerima ijazah sarjana serta mula memberi kuliah. Pada tahun 1770 beliau mendapat taraf Profesor dan meneruskan kuliahanya dalam subjek Matematik, Fizik, Antropologi, Padagologi, Geografi Fizikal dan Falsafah sehingga beliau bersara pada tahun 1796.

Kant tidak berkahwin,bahkan eliau jarang merantau keluar negerinya dan suka hidup bersendirian. beliau merupakan seorang penguliah yang terpuji dan suka berbicara.

Pemikiran[sunting | sunting sumber]

Kant menyatakan bahawa nilai moral adalah satu hasil perbuatan yang dilakukan seperti satu kesimpulan terhadap sesuatu aktiviti dan menolak Teori Utilitarisma. Utilitarisma adalah memikirkan dahulu sebelum mengambil sebarang tindakanseperti bertanya kepada diri sendiri tentang kesan sesuatu tindakan ke atas semua pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Penulisan Kant adalah lebih Deontologikal d imana deonto bermaksud tugas (duty). Beliau menyatakan bahawa “seseorang itu terikat pada tugas kerana dia adalah seorang manusia”. [nota 1]

Kant menegaskan bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan undang undang sejagat dengan penyataannya (“Layanilah dengan cara yang mulia ,seperti layanan yang ingin anda terima sebagai seorang manusia dan kelakuan yang memperalatkan orang lain untuk mencapai tujuan harus dihindarkan”.[nota 2] Kant memperkenalkan konsep Maxim iaitu polisi yang mengawal arah tindakan untuk mencapai kesempurnaan ataupun sesuatu tujuan (Maxime / Maximum). Kant mengemukakan dua konsep iaitu Konsep Tekad Baik (goodwill / Wille) dan Prinsip Perintah Mutlak (Kategorischer Imperativ / categorical imperative ).

Konsep tekad baik (Wille)[sunting | sunting sumber]

Menurut Kant, tekad baik (goodwill) yang membawa maksud penilaian praktikal kesungguhan hati untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan niat yang baik adalah sesuatu yang ‘baik tanpa syarat’ (unconditional good) dalam sesuatu aktiviti itu. Beliau menyatakan: “tiada apa yang dikatakan baik tanpa syarat dalam sesuatu tindakan kecuali tekad yang baik”[nota 3] Konsep "tekad baik" ini berasaskan kepada tanggungjawab dan tugas seorang manusia terhadap dunia sekelilingnya ke arah mencapai kesempurnaan diri (maxim). Namun begitu, Kant juga mengatakan bahawa prinsip tekad baik tidak dapat ditetapkan merujuk kepada ‘kebaikan objektif’ (objective good) yang bermaksud suatu perasaan yang hadir daripada kesedaran terhadap kewajipan (duty) akan membawa kepada perlakuan yang baik, benar dan bermoral kerana bukan semua kewajipan seseorang itu bermotifkan kebaikan dan mungkin tindakan yang baik itu ada syarat syaratnya. Satu satu konsep tekad baik adalah keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan sebab tujuan kebajikan orang lain dan menghormati undang undang. Kant juga menegaskan sesuatu perbuatan yang bercirikan kepentingan diri tidak menghasilkan nilai moral disebaliknya melanggar prinsip interaksi sejagat manusia.

  • Contoh perlakuan Tekad Baik: Memberanikan diri untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam keadaan yang merbahaya tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri.
  • Contoh perlakuan ‘Baik secara objektif’ (Objective Good): memberi maklumat kepada Polis , lokasi kegiatan pengedaran Dadah semata mata kerana ingin mendapatkan hadiah wang.

Prinsip perintah mutlak (Kategorischer Imperativ)[sunting | sunting sumber]

Kant menyatakan “Biarlah undang undang menjadi peraturan hidup seseorang itu”.[nota 4] Beliau berpendapat bahawa manusia harus hidup mengikuti undang undang yang diterima oleh semua orang di dunia ini tanpa pengecualian. Namun demikian, moral tidak dapat menjadi satu prinsip sejagat kerana adanya perbezaan pendapat dan pandangan diantara manusia. Dengan kata lain, sesuatu tidak boleh dijadikan prinsip moral jika ia tidak boleh menjadi prinsip untuk semua orang.Prinsip moral dengan penolakan prinsip prinsip yang tidak boleh dijadikan sejagat atau universal (minus non universalizable prinsipal).Idea ini dinamakan Perintah Mutlak (The Categorical Imperative) .Prinsip perintah mutlak bermaksud sesuatu prinsip yang mutlak atau sebarang pengecualian dan syarat (unconditional) .Menurut Kant kebenaran sebenar haruslah bebas daripada sebarang penyekatan ataupun perselisihan dalaman. Prinsip Perintah Mutlak Kant menegaskan bahawa kita perlu bertindak dengan cara yang betul supaya Maxim kita boleh menjadi peraturan atau undang undang ini menjadi umum.

Unsur penting Perintah Mutlak

- Prinsip moral yang diamalkan mesti boleh diterima secara umum. - Tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati manusia bukan memperalatkan manusia. - Pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Contoh : Penilaian Prinsip Perintah Mutlak

Situasi

- Seorang lelaki khuatir akan kelakuannya yang berunsurkan kejahatan dan bertanya kepada pada diri sendiri bahawa adakah ia satu tanggungjawab untuknya untuk membunuh diri . - Adakah ia satu kelakuan yang bermoral kerana ingin membuat kebaikan untuk menjaga keselamatan orang lain dengan membunuh diri sendiri…

Kaedah Penilaian

- Maxim lelaki tersebut boleh menjadi undang undang universal. - Maximnya adalah ‘kerana menyintai diri orang lain,saya bertanggungjawab untuk memendekan usia saya dimana pada janka masa yang panjang ia akan menghasilkan lebih kejahatan daripada kepuasan” - Lelaki itu berpendapat bahawa membunuh dirinya membawa kepada perkembangan hidupnya. Kant berpendapat bahawa maxim ini bercanggah kepada dengan Undangan Kehidupan manusia kerana destinasi kehidupan manusia adalah kearah perubahan kehidupan dan membunuh diri hanya akan memusnahkan kehidupan .

Kesimpulannya Membunuh diri adalah satu perlakuan yang salah dari segi prinsip Perintah Mutlak.

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kata asal:"A human being is duty bound because he is a human being."
  2. ^ Kata asal:"Act so as to use humanity ,whether in your own person or in the person ,always as an end, and never merely as a means."
  3. ^ Kata asal:"Nothing can possibly be conceived in the world or out of it that can be called good without qualification expect a goodwill."
  4. ^ Kata asal:"Let the law be the sole motive of thy will."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kuehn 2001, p. 251.
  2. ^ I. Kant, Theoretical Philosophy: 1755–1770, Cambridge University Press, p. 496
  3. ^ Josephson-Storm, Jason (2017). The Myth of Disenchantment: Magic, Modernity, and the Birth of the Human Sciences. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 185–86. ISBN 978-0-226-40336-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]