Akademi Nasyid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Akademi Nasyid
FormatTelevisyen realiti
JuriFarihin Abdul Fatah dan 2 juri jemputan
Negara asalMalaysia Malaysia
Bilangan musim1
Penerbitan
Tempoh siaranselama 1.5 jam
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal21 Jun 2008 – 30 Ogos 2008
Pautan luar
Laman sesawang

Akademi Nasyid merupakan rancangan realiti muzikal nasyid pertama di Malaysia terbitan TV9. Setelah menjelajah ke enam lokasi terpilih untuk sesi uji bakat (Terengganu, Johor, Kuala Lumpur, Kuantan, Kedah, dan Melaka), seramai 12 peserta terpilih untuk musim pertama rancangan realiti ini.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Program realiti Akademi Nasyid diperkenalkan TV9 bagi melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid sejagat. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.

Program ini diharap memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.

Syarat pertandingan[sunting | sunting sumber]

Penyertaan dibuka kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.

Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.

Musim[sunting | sunting sumber]

Musim 1[sunting | sunting sumber]

Pelajar Akademi Nasyid
(dengan tarikh penyingkiran)
Musim 1
Azhan Atan Juara
Mohamad Aiman Mohd Sidek Naib juara
D'Vision 30 Ogos
Mohd Shukri Nasrun (Cicik) 30 Ogos
Muslim Voice 16 Ogos
Eda Fazilah Ismail 9 Ogos
In Heart 2 Ogos
Farhan 26 Julai
Mohd Shahridzal Lokma 19 Julai
Voice of Men 2 Julai
Zuriana Ishak (Ana) 5 Julai
Sofieya 28 Jun

Cabaran Akademi Nasyid bermula dengan konsert mingguan yang disiarkan setiap minggu hari Sabtu pada jam 8.30 malam di TV9 bermula 21 Jun 2008. Program ini dikendalikan oleh penyanyi dan penggubah Hafiz Hamidun yang juga bekas anggota kumpulan nasyid U.N.I.C. Juri tetap rancangan ini ialah Farihin Abdul Fatah (bekas pengurus kumpulan Raihan).

Dalam konsert akhir pada 30 Ogos, Azhan berjaya muncul juara dan mendapat hadiah RM100,000. Aiman di tempat kedua manakala kumpulan Division tempat ketiga.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]