Akta Koronavirus 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Koronavirus 2020
(Coronavirus Act 2020)
Tajuk panjangUndang-undang untuk membuat ketentuan yang berkaitan dengan koronavirus; dan untuk tujuan yang berkaitan.
Petikan2020 k. 7
Perkembangan wilayahEngland dan Wales, Scotland, Ireland Utara (berpelbagai mengikut penentuan)[1]
Tarikh
Perkenan diraja25 Mac 2020
Berkuatkuasa25 Mac 2020[a]
Undang-undang lain
Berkaitan denganUndang-Undang Kontinjen Sivil 2004
Undang-Undang Koronavirus (Scotland) 2020
Status: Tidak diketahui
Sejarah laluan melalui Parlimen
Teks undang-undang seperti yang asalnya digubal
Teks statut disemak semula sebagaimana yang dipinda

Akta Koronavirus 2020 (Inggeris: Coronavirus Act 2020 (c. 7)) ialah akta dalam Parlimen United Kingdom sehingga pemerintah memiliki kuasa darurat untuk menangani pandemik COVID-19 di United Kingdom. Akta ini memberikan kuasa kepada pemerintah untuk mengehadkan atau menangguhkan acara pertemuan di tempat umum, mengasingkan setiap warga negara yang disyaki dijangkiti COVID-19, dan berhak mengatur pelbagai sektor untuk meminimumkan penularan wabak penyakit, serta memudahkan pekerja kesihatan awam, dan yang telah terjejas oleh ekonomi kerana COVID-19. Tempat umum yang disebut dalam akta termasuk pejabat Perkhidmatan Kesihatan Nasional, daerah rawatan sosial, sekolah, balai polis, pejabat Pasukan Sempadan, pejabat dewan setempat, perkuburan dan juga pejabat kehakiman. Akta koronavirus diperkenalkan ke parlimen pada 19 Mac 2020, dan disahkan di Dewan Rakyat tanpa suara pada 23 Mac 2020, dan di Dewan pada 25 Mac 2020. Kemudian akta tersebut digunapakai dengan persetujuan kerajaan pada 25 Mac 2020.[2]

Ahli politik dari pelbagai parti di United Kingdom, termasuk parti Konservatif, parti Buruh, parti Liberal Demokrat, dan juga parti Hijau menuntut supaya parlimen mengawasi dengan ketat pembentukan akta koronavirus sementara hal itu diperdebatkan di Parlimen.[3] Pelbagai kumpulan advokasi seperti Liberty dan Hak Ketidakupayaan Inggeris, meminta supaya akta ini diteliti dengan baik dan dianggap memiliki pengaruh tidak baik terhadap hak asasi manusia, baik sepanjang ataupun selepas pandemik terjadi.[4]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mengikut bahagian 87–88 dari Undang-undang tersebut, Undang-undang koronavirus secara keseluruhan dapat mula diterapkan pada hari disahkan, namun pelbagai rang spesifik akan berlaku sesuai dengan dasar pemerintah; pihak berkuasa kebangsaan dapat menangguhkan dan juga menghidupkan kembali rang Undang-undang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Section 100 of the Act". www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
  2. ^ "Coronavirus Act 2020 receives Royal Assent | Cambridge Network". www.cambridgenetwork.co.uk. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  3. ^ "The coronavirus crackdown sets a dangerous precedent". www.spectator.co.uk. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  4. ^ Fouzder, Monidipa (10 September 2020). "Civil liberties group campaigns to scrap Coronavirus Act". Law Gazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.