Akta Pewarisan Mahkota 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akta Pewarisan 2013
Tajuk panjangSuatu Akta untuk membuat pewarisan Mahkota tidak bergantung pada jantina; membuat peruntukan tentang Perkahwinan Diraja; dan untuk tujuan berkait.
Petikan2013 c. 20
Diperkenalkan olehNick Clegg
Tarikh
Perkenan diraja25 April 2013
Berkuatkuasa26 Mac 2015[1]
Status: Undang-undang semasa
Sejarah laluan melalui Parlimen
Teks undang-undang seperti yang asalnya digubal

Akta Pewarisan Takhta 2013 (bahasa Inggeris: Succession to the Crown Act 2013) (c. 20) ialah suatu Akta Parlimen United Kingdom yang mengubah undang-undang pewarisan takhta British selaras dengan Perjanjian Perth 2011.[2] Akta ini memansuhkan Akta Perkahwinan Diraja 1772, menggantikan pewarisan putera sulung dengan pewarisan anakanda sulung mutlak bagi yang diputerakan dalam susur galur pewarisan selepas 28 Oktober 2011, yang bermaksud paduka anakanda sulung, tanpa mengira jantina, akan mendahului paduka-paduka adindanya. Akta ini juga menamatkan ahli kerabat yang mengahwini penganut Roman Katolik tidak dibenarkan daripada susur galur pewarisan, dan membuang syarat bagi yang di luar enam ahli kerabat pertama dalam susur galur takhta memohon limpah perkenan Raja Pemerintah untuk berkahwin. Ia berkuat kuasa pada 26 Mac 2015,[1] pada masa sama dengan alam Komanwel yang lain melaksanakan Perjanjian Perth dalam undang-undang masing-masing.[3]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Succession to the Crown Act 2013 (Commencement) Order 2015 at legislation.gov.uk (retrieved 30 March 2015)
  2. ^ "Bills before Parliament". parliament.uk.
  3. ^ Statement by Nick Clegg MP, UK parliament website, 26 March 2015 (retrieved on same date).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]