Al-Ahli Saudi FC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Ahli
Nama penuhAl-Ahli Saudi Football Club
GelaranAl-Malaki (The Royals)
Ma'aqil Al-Aswad (Stronghold of Lions)
Al-Raqi (The Classy Ones)
Diasaskan17 Mac 1937; 87 tahun yang lalu (1937-03-17)
StadiumKing Abdullah Sports City
(Kapasiti: 62,345)
PemilikPublic Investment Fund (75%)
Al-Ahli Non-Profit Foundation (25%)[1]
PengerusiRon Gourlay
PengurusMatthias Jaissle
LigaSaudi Pro League
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Kelab Bola Sepak Al-Ahli Saudi ( Arab: النادي الأهلي السعودي, rumi: an-nādī al-ʿahlī as-saʿūdī, lit.'Saudi National Club' 'Saudi National Club'), lazimnya disebut sebagai Al-Ahli, atau Al-Ahli SFC adalah kelab sepak bola professional yang berpangkalan di bandar Jeddah. Kelab ini bersaing di Liga Pro Saudi, kejohanan bola sepak paling mahsyur di negera Arab Saudi.

Kelab ini merupakan salah satu kelab paling tua di negara itu, ditubuhkan pada tahun 1937. Al Ahli ialah salah satu di antara 6 kelab besar Saudi (Al-Nassr, Al Ahli, Al Ittihad, Al Ettifaq, Al Shabab dan Al Hilal) paling berjaya. Dalam negara, Al-Ahli berjaya memenangi tiga Liga Profesional Saudi, juga memegang rekod 13 Piala Raja-raja, enam Piala Putera Mahkota, satu Perisai Liga Umum dan satu Piala Super. Dalam bola sepak kelab antarabangsa, mereka telah memenangi rekod yang sama dengan 3 Liga Juara-Juara GCC dan 1 Kejohanan Kelab Champions Arab (Arab Club Champions Cup dari UAFA), serta rekod pertandingan yang elok di Kejohanan Liga Champions AFC.

Al Ahli ialah kelab Saudi pertama yang berjaya memenangi liga dan Piala Raja pada musim secara bersamaan bahkan berjaya melakukannya dua kali pada tahun 1978 dan 2016.

Al-Ahli pernah mengalami relegasi dari liga teratas pada musim 2021–22. Di mana kelab ini mempunyai rekod buruk dan turun ke Divisyen 2 Liga Saudi. Pada Musim 2022-2023 Al Ahli kembali di promosikan ke Divisyen 1. Meskipun sempat terdegradasi dan mengalami kesulitan dalam pelbagai hal ehwal, Al-Ahli satu-satunya klub di Saudi yang memegang rekod tanpa kalah paling lama dalam liga dengan 51 permainan tanpa kekalahan dari tahun 2014 hingga 2016.

Permainan Al-Ahli dimainkan di Stadium King Abdullah Sports City, juga di Bandar Riyadh sebagai Stadium permata yang bersinar. Stadium itu juga dikongsi pesaing dari bandar yang sama iaitu Al-Ittihad yang telah berlangsung sejak lamanya. Stadium itu memiliki jumlah kapasiti sebanyak 63,000 penengok. Pemain Arab Saudi yang paling terkenal di Kelab ialah Taisir Al-Jassim, Khalid Massad, Amin Dabo, Mohamed Abd Al-Jawad, Malek Mouath, dan Yasser Al-Mosailem; pemain luar negara yang paling terkenal diantaranya Omar Al Somah, Victor Simões, Nabil Maâloul, Imad Al Hosni, Mohamed Barakat, Roberto Firmino, Riyad Mahrez, Allan Saint-Maximin dan Franck Kessié .

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad terkini[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 Ogos 2023[2]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Arab Saudi Abdulrahman Al-Sanbi
3 DF Brazil Roger Ibañez
6 DF Arab Saudi Bassam Al-Hurayji
7 FW Algeria Riyad Mahrez
8 MF Arab Saudi Sumayhan Al-Nabit
10 FW Brazil Roberto Firmino (kapten)
14 MF Arab Saudi Abdullah Otayf
15 DF Arab Saudi Abdullah Al-Ammar
16 GK Senegal Édouard Mendy
17 FW Arab Saudi Haitham Asiri
19 MF Arab Saudi Fahad Al-Rashidi
20 FW Arab Saudi Firas Al-Buraikan
21 GK Arab Saudi Emad Al-Fadda
24 MF Sepanyol Gabri Veiga
26 DF Arab Saudi Fahad Al-Hamad
27 DF Arab Saudi Ali Majrashi
28 DF Turki Merih Demiral
No. Pos. Negara Pemain
29 MF Arab Saudi Mohammed Al-Majhad
30 MF Arab Saudi Ziyad Al-Johani
31 DF Arab Saudi Saad Balobaid
34 DF Arab Saudi Bander Al-Shamrani
37 DF Arab Saudi Abdulbasit Hindi
40 MF Arab Saudi Ali Al-Asmari
45 MF Arab Saudi Abdulkarim Darisi
46 DF Arab Saudi Rayane Hamidou
62 GK Arab Saudi Abdullah Abdoh
65 DF Arab Saudi Faisal Al-Sibyani
73 MF Arab Saudi Abdulrahman Al-Humayani
79 MF Côte d'Ivoire Franck Kessié
91 FW Arab Saudi Sultan Al-Serihi
92 DF Arab Saudi Adel Khodari
95 MF Arab Saudi Ayman Fallatah
97 FW Perancis Allan Saint-Maximin

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Saudi Arabia's PIF takes over Al-Ittihad, Al-Nassr, Al-Hilal and Al-Ahli". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 5 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2023. Dicapai pada 6 Jun 2023.
  2. ^ "الفريق الأول" [First team] (dalam bahasa Arab). Al Ahli Saudi FC. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2017. Dicapai pada 21 Julai 2023.