Édouard Mendy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Édouard Mendy
Mendy menjulang Piala Dunia Kelab FIFA pada musim 2021 bersama Chelsea
Maklumat peribadi
Nama penuh Édouard Osoque Mendy
Tarikh lahir (1992-03-01) 1 Mac 1992 (umur 32)
Tempat lahir Montivilliers, Perancis
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)[1]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Ahli
Nombor 16
Kerjaya remaja
1999–2005 Le Havre Caucriauville
2005–2006 Le Havre AC
2006–2011 CS Municipaux Le Havre
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2014 AS Cherbourg Football 26 (0)
2015–2016 Marseille II 8 (0)
2016–2019 Reims 80 (0)
2017 Reims II 1 (0)
2019–2020 Rennes 25 (0)
2020–2023 Chelsea 75 (0)
2023– Al-Ahli 19 (0)
Pasukan kebangsaan
2018– Senegal 33 (0)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:27, 29 Disember 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20:35, 21 November 2023 (UTC)

Édouard Osoque Mendy (tarikh lahir 1 Mac 1992) ialah seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penjaga gol bagi kelab Liga Profesional Arab Saudi, Al-Ahli. Dilahirkan di Perancis, dia bermain bagi pasukan kebangsaan Senegal.

Memulakan kerjayanya di negara kelahirannya Perancis, Mendy bermain di akademi Le Havre sebelum menandatangani terma profesional bagi kelab divisyen tiga, Cherbourg pada tahun 2011. Terma Mendy tamat pada tahun 2014, selepas itu dia hampir bersara bekerja sebagai pemain bola sepak profesional, sebelum mendapat peluang menduduki bangku simpanan di kelab baharunya. Perlahan Mendy semakin sering tampil dalam perlawanan di Olympique, kemudian menjadi pemain utama pada musim-musim berikutnya di Reims dan Rennes.

Pada 2020, Mendy menandatangani kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £22 juta. Pada musim pertamanya, dia mara ke kesebelasan utama dan penjaga gol dari Afrika pertama yang bermain bagi pasukan senior Chelsea. Mendy merekodkan enam belas penjagaan sempurna dalam perlawanan Liga Perdana. Mendy berjaya merekodkan sembilan penjagaan sempurna dalam perlawanan musim Liga Juara-Juara UEFA, selepasnya merekodkan penjagaan sempurna dalam pentas akhir bagi menyokong Chelsea memenangi gelaran kedua mereka. Dia juga dianugerahkan Penjaga Gol Terbaik UEFA dan Penjaga Gol Terbaik FIFA 2021. Mendy ialah penjaga gol Afrika pertama dalam sejarah bola sepak yang berjaya memenangi kedua-dua anugerah itu dalam satu musim. Dia menjadi penjaga gol pilihan pertama bagi jurulatih Chelsea pada musim 2021–22, sebelum kemudian kemampuannya tampak menurun pada musim 2022–23. Pada 2023, Mendy menandatangani kontrak dengan kelab Liga Pro Saudi Al-Ahli. Bayaran yang didapat ialah £16 juta.

Mendy memenuhi kelayakan bermain bagi 3 pasukan kebangsaan. Ayahnya ialah warganegara Guinea-Bissau, Ibunya berasal dari Senegal dan Perancis membolehkan pemain dari mana-mana etnik menyertai pasukannya. Mendy memulakan kerjaya antarabangsanya dengan menyertai Guinea-Bissau sebagai wujud bakti kepada Ayahnya. Beberapa tahun kemudian; dia bertukar pasukan kebangsaan kepada negeri asal ibunya. Dia menjadi penjaga gol paling utama dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2019, menyokong Senegal mendapatkan naib juara. Mendy ialah salah satu pemain terbaik dalam perlawanan kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2021, dipilih sebagai penjaga gol terbaik dan berjaya mencipta penjagaan sempurna pada pentas akhir menentang Mesir.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Édouard Mendy beragama Islam.[2] Pada tahun 2021, tajuk akhbar UK dan Perancis menghujat Benjamin Mendy dengan foto-foto Édouard Mendy dan Ferland Mendy. Édouard Mendy menamatkan kontroversi yang dibuat media-media itu dengan menegaskan dalam satu wawancara bahawa, kesilapan yang dilakukan itu ialah "cerminan" bagaimana Eropah memandang ras kulit hitam.[3] Akhbar Agence France-Presse telah memohon maaf kepadanya.[4]

Mendy dikeruniakan pingat Grand Officer of the National Order of the Lion oleh Presiden Senegal, Macky Sall selepas kemenangan Piala Negara-Negara Afrika 2021.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Edouard Mendy". Chelsea F.C. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2023.
  2. ^ Makayasa, Adhe (2022-04-04). "Berisi Edouard Mendy Hingga Mohamed Salah: Inilah XI Muslim Terkuat Saat Ini! | Goal.com Indonesia". www.goal.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-11-06.
  3. ^ "Édouard Mendy unhappy his photo was used on Benjamin Mendy news stories". The Guardian. 18 November 2021. Dicapai pada 16 December 2021.
  4. ^ Debono, Matt (24 November 2021). "AFP Sport Issues Apology After Photo Misuse of Chelsea Goalkeeper Edouard Mendy". Sports Illustrated. Dicapai pada 16 Disember 2021.
  5. ^ "Cash prizes, real estate, and highest honours as Senegal celebrates Nations Cup heroes". Reuters. 8 February 2022. Dicapai pada 28 March 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]