Roberto Firmino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Roberto Firmino
20141118 1838 AUTBRA 4936.jpg
Firmino berlatih bersama Brazil pada tahun 2014
Maklumat peribadi
Nama penuhRoberto Firmino Barbosa de Oliveira[1]
Tarikh lahir (1991-10-02) 2 Oktober 1991 (umur 26)[1]
Tempat lahirMaceió, Brazil[1]
Ketinggian1.81 m (5 ka 11+516 in)[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor11
Kerjaya remaja
2004–2008CRB
2008–2009Figueirense
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2010Figueirense38(8)
2011–20151899 Hoffenheim140(35)
2015–Liverpool0(0)
Pasukan kebangsaan
2014–Brazil10(4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 06:11, 24 Jun 2015 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 27 Jun 2015

Roberto Firmino Barbosa de Oliveira (lahir 2 Oktober 1991) lebih dikenali sebagai Roberto Firmino atau Firmino merupakan seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dan pasukan kebangsaan Brazil sebagai pemain tengah atau penyerang.

Dia memulakan karier bola sepaknya bersama Figueirense pada tahun 2009 sebelum menghabiskan empat setengah musim di Hoffenheim, membantu kelab itu meraih promosi ke Bundesliga. Dia menjaringkan 16 gol dalam 33 perlawanan semasa musim 2013-14. Pada bulan Julai 2015, dia menyertai kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool.

Firmino membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Brazil pada bulan November 2014 dan mewakili negara itu dalam Copa América 2015.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Maceió, Alagoas, Firmino menyertai pasukan belia Figueirense pada tahun 2008, ketika berumur 17 tahun selepas bermain untuk CRB.[2] Bakatnya telah ditemui oleh seorang doktor gigi, Marcellus Portella.[3] Dia kebanyakkannya digunakan sebagai pemain tengah bertahan.[4]

Firmino membuat penampilan sulung profesional pada 24 Oktober 2009, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Toninho ketika kekalahan 1–2 di tempat sendiri kepada Ponte Preta dalam Série B.[5] Pada bulan Januari 2010, dia dinaikkan ke pasukan utama.

Firmino menjaringkan gol profesional pertamanya pada 8 Mei 2010, menjaringkan gol kemenangan di tempat lawan menentang São Caetano.[6] Dia menjaringkan lapan gol dalam 36 penampilan pada musim itu dan Figueira kembali ke Série A selepas dua tahun.

Hoffenheim[sunting | sunting sumber]

Firmino bermain untuk 1899 Hoffenheim pada tahun 2014.

Firmino menyertai Hoffenheim pada bulan Disember 2010, dengan kontrak berkekalan sehingga bulan Jun 2015.[7] Dia tiba secara rasmi di Hoffenheim pada 1 Januari 2011.[8] Pengurus Hoffenheim pada ketika itu, Ernst Tanner memberi komen mengatakan mereka "gembira untuk mendapatkan bakat Brazil".[9] Dia membuat penampilan sulungnya sebulan kemudian ketika kekalahan dalam Bundesliga kepada Mainz, dimana dia masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75 menggantikan Sebastian Rudy.[1] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 16 April, menjaringkan satu-satunya gol ketika kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt.[10]

Dia digugurkan daripada skuad utama bersama Chinedu Obasi pada akhir bulan November 2011 kerana tiba lewat untuk latihan menyebabkan dia terlepas perlawanan liga menentang Bayer Leverkusen.[11] Dia kemudiannya menjaringkan dua lagi gol pada musim itu, ketika menentang Wolfsburg dan Borussia Mönchengladbach.[1] Dalam musim 2012–13, Firmino membuat 36 penampilan dan menjaringkan tujuh gol.[1]

Kapten pasukan Andreas Beck memuji pembangunan Firmino sebagai "luar biasa".[12] Pada 27 Mac 2014, Firmino menyambung kontraknya bersama kelab itu, menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun.[13] Dia mengakhiri musim 2013-14 sebagai penjaring keempat terbanyak dengan 16 gol,[14].[15]

Liverpool[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Jun 2015, semasa bermain untuk Brazil dalam Copa América, Hoffenheim dan Firmino bersetuju dengan terma untuknya berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool dengan yuran £29 juta.[16] Liverpool mengesahkan perpindahan itu pada hari berikutnya.[17] Perjanjian itu telah dimuktamadkan pada 4 Julai 2015.[18]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Firmino beraksi menentang Austria pada tahun 2014

Firmino berkata ia adalah impiannya untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan walaupun dia tidak menerima sebarang panggilan dari pengurus pasukan kebangsaan, Dunga".[19] Pada 23 Oktober 2014, Firmino menerima panggilan pertamanya ke Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil untuk perlawanan persahabatan menentang Turki dan Austria. Dia membuat penampilan sulung ketika kemenangan 4–0 ke atas Turki pada 12 November, menggantikan Luiz Adriano untuk 17 minit terakhir.[20] Firmino menjaringkan gol pertamanya enam hari kemudian ketika kemenangan 2–1 ke atas Austria.[21]

Pada bulan Mei 2015, Firmino dimasukkan ke dalam skuad 23-pemain Brazil untuk Copa América 2015 yang akan diadakan di Chile.[22] Pada 21 Jun, dia menjaringkan gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Venezuela untuk membantu pasukannya layak ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan C.[23]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 June 2015.[1]
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain-lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Figueirense 2009 2 0 2 0
2010 36 8 15 4 51 12
Jumlah 38 8 15 4 53 12
1899 Hoffenheim 2010–11 11 3 11 3
2011–12 30 7 3 0 33 7
2012–13 33 5 1 0 2 2 36 7
2013–14 33 16 4 6 37 22
2014–15 33 7 3 3 36 10
Jumlah 140 38 11 9 2 2 153 49
Jumlah 178 46 11 9 17 6 206 61

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 9 Julai 2015.[24]
Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2014 2 1
2015 8 3
Jumlah 10 4

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gol Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 18 November 2014 Ernst-Happel-Stadion, Vienna, Austria  Austria 2–1 2–1 Persahabatan[21]
2. 29 Mac 2015 Stadium Emirates, London, England  Chile 1–0 1–0 Persahabatan[25]
3. 10 Jun 2015 Estádio Beira-Rio, Porto Alegre, Brazil  Honduras 1–0 1–0 Persahabatan
4. 21 Jun 2015 Estadio Monumental David Arellano, Santiago, Chile  Venezuela 2–0 2–1 Copa América 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h Biodata Roberto Firmino di Soccerway. Capaian 19 November 2014.
  2. ^ "De volante no CRB a alvo de ingleses, Firmino emociona amigo de Maceió" (dalam bahasa Portuguese). Globo Esporte. 22 June 2015. Dicapai 23 June 2015.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ "Firmino was destined for top". Daily Mirror. 28 June 2015. Dicapai 29 June 2015. 
  4. ^ "Primeiro técnico de Firmino no CRB rasga elogios e revela: "Era volante"" (dalam bahasa Portuguese). Globo Esporte. 11 June 2015. Dicapai 23 June 2015.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ "Figueirense perde para a Ponte Preta e vê G-4 se distanciar" (dalam bahasa Portuguese). ZH Esportes. 24 October 2009. Dicapai 23 June 2015.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ "Figueirense estreia com vitória em cima do São Caetano" (dalam bahasa Portuguese). ESPN Brasil. 8 May 2010. Dicapai 23 June 2015.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  7. ^ "Official: Hoffenheim Sign Roberto Firmino From Figueirense". Goal.com. 14 December 2010. 
  8. ^ Templat:Fussballdaten
  9. ^ "Hoffenheim contrata Roberto Firmino, do Figueirense". Esportes Estadao. Dicapai 31 March 2015. 
  10. ^ "Eintracht stürzt weiter ab". FR-Online. Dicapai 27 March 2015. 
  11. ^ "Chinedu Obasi dropped from Hoffenheim squad". BBC Sport. 30 November 2011. 
  12. ^ "Roberto Firmino: "Ich bin wie befreit"". Kicker. Dicapai 27 March 2015. 
  13. ^ "Roberto Firmino verlängert Vertrag bis 2017". TSG 1899 Hoffenheim (dalam bahasa German). 27 March 2014. 
  14. ^ "Top scorers 2013/2014". 
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan break tidak disediakan
  16. ^ Smith, Ben (23 June 2015). "Roberto Firmino: Liverpool agree £29m deal for Brazil striker". BBC Sport. Dicapai 23 June 2015. 
  17. ^ Carroll, James (24 June 2015). "Liverpool complete Firmino signing". Liverpool FC. Dicapai 24 June 2015. 
  18. ^ Jones, Neil (4 July 2015). "Roberto Firmino will bring joy to Liverpool FC fans, says Ryan Babel". Liverpool Echo. Dicapai 4 July 2015. 
  19. ^ "Firmino: "Ich will noch viel mehr"". Kicker. Dicapai 27 March 2015. 
  20. ^ "Roberto Firmino feiert Debüt bei Neymar-Show". Kicker. Dicapai 27 March 2015. 
  21. ^ a b "Roberto Firmino strikes late winner". BBC. Dicapai 27 March 2015. 
  22. ^ "2015 Copa America squad lists". ESPN. 28 May 2015. 
  23. ^ "Brazil v Venezuela: 2-1 win sees Dunga side progress in Copa America despite Neymar absence". Fox Sports. 22 June 2015. 
  24. ^ "Roberto Firmino". National Footbal Teams. Dicapai 15 June 2015. 
  25. ^ "Brazil 1-0 Chile". BBC. Dicapai 29 March 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Skuad Brazil Copa América 2015