Albrecht Dürer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Albrecht Dürer
Potret diri Dürer di Muzium Prado
Kelahiran(1471-05-21)21 Mei 1471
Meninggal dunia6 April 1528(1528-04-06) (umur 56)
Nuremberg, Empayar Rom Suci
WarganegaraJerman
Terkenal kerana
Gerakan politikZaman Renaissance Tinggi

Albrecht Dürer (ˈalbʀɛçt ˈdyʀɐ) (lahir 21 Mei 1471 – meninggal 6 April 1528 pada umur 56 tahun)[1] ialah seorang pelukis, pengukir dan ahli Matematik Jerman. Beliau telah melakar suatu reputasi diseluruh benua Eropah yang boleh dibanggakan sejak ketika beliau masih berumur 12 tahun, beliau juga terkenal sebagai artis/ pelukis terbaik lagi handal ketika era Renaissance Utaraan. Antara hasil kerja terkenalnya adalah potongan kayu Apocalypse, Knight, Death, and the Devil (1513), Saint Jerome in his Study (1514) dan Melencolia I (1514), dimana menjadi suatu bahan analisis ekstensif dan interpratasi. Kerja watercolours miliknya adalah merupakan salah satu hasil kerja seni landskap yang pertama kali dicipta di Eropah. Selain itu, kebolehannya dalam mengetengahkan revolusi potongan kayu merupakan suatu aset yang menjadi beliau cukup terkenal dalam dunia seni dan tukangan di Eropah.

Beliau telah lahir dan meninggal dunia di Nuremberg, Jerman.

Albrecht Dürer terkenal sebagai salah seorang pembuat cetakan lama terbesar, bersama dengan Rembrandt dan Goya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mueller, Peter O. (1993) Substantiv-Derivation in Den Schriften Albrecht Durers, Walter de Gruyter. ISBN 3-11-012815-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]