Alexandra Daddario

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alexandra Daddario
Kelahiran
Alexandra Anna Daddario

(1986-03-16) 16 Mac 1986 (umur 38)
Nama lainAlex Daddario
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–sekarang
PasanganAndrew Form (k. 2022)
Saudara

Alexandra Anna Daddario[1] (lahir 16 Mac 1986) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali dengan lakonan beliau sebagai Annabeth Chase di dalam siri filem Percy Jackson (2010–2013). Beliau juga melakonkan watak sebagai Paige di dalam Hall Pass (2011), Heather Miller di dalam Texas Chainsaw 3D (2013), Blake Gaines di dalam San Andreas (2015), Summer Quinn di dalam Baywatch (2017) dan Alexis Butler di dalam We Summon the Darkness (2019). Selain itu, beliau juga mempunyai peranan di dalam siri televisyen seperti White Collar, It's Always Sunny in Philadelphia, True Detective, New Girl dan American Horror Story: Hotel.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Alexandra Anna Daddario dilahirkan di Bandar Raya New York pada 16 Mac 1986. Beliau merupakan anak sulung kepada Christina, seorang peguam dan Richard Daddario, seorang pendakwa raya dan bekas ketua unit anti keganasan Jabatan Polis Bandar Raya New York di bawah Datuk Bandar, Michael Bloomberg. Adik lelakinya, Matthew Daddario juga merupakan seorang pelakon.[2][3] Beliau juga mempunyai seorang adik perempuan bernama Catharine.[4] Datuk sebelah bapa beliau, Emilio Q. Daddario adalah seorang ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Parti Demokrat bagi negeri Connecticut dari tahun 1959 sehingga tahun 1971.[5] Beliau berketurunan Itali, Hungary, Inggeris, Slovakia dan Ireland. Daddario dibesarkan di Upper East Side, Manhattan. Beliau menghadiri Sekolah Brearley dan Sekolah Kanak-Kanak Profesional.[6] Daddario berkata beliau membuat keputusan untuk menjadi seorang pelakon ketika berumur sebelas tahun.[7] Beliau menghadiri Kolej Marymount Manhattan.[8] Beliau mempelajari teknik lakonan Meisner selama bertahun-tahun.[9]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Daddario membuat penampilan televisyen pertamanya ketika berumur 16 tahun dengan melakonkan watak Laurie Lewis di dalam All My Children. Peranan besar pertama beliau adalah sebagai Annabeth Chase di dalam filem pengembaraan fantasi tahun 2010, Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief.[10] Beliau juga melakonkan watak Kate Moreau di dalam siri televisyen USA Network, White Collar. Pada tahun 2011, beliau membintangi filem Hall Pass dan mempunyai peranan sebagai Rachel di dalam siri televisyen NBC, Parenthood.[11]

Daddario di WonderCon pada bulan April 2015

Pada tahun 2012, beliau membintangi video muzik Imagine Dragons untuk lagu "Radioactive" dan mempunyai peranan di dalam satu episod sitkom FX, It's Always Sunny in Philadelphia sebagai Ruby Taft. Watak utama pertamanya selepas Percy Jackson adalah di dalam filem slasher, Texas Chainsaw 3D sebagai Heather Miller yang ditayangkan pada tahun 2013. Juga pada tahun 2013, Daddario menyambung wataknya sebagai Annabeth Chase di dalam filem Percy Jackson: Sea of Monsters. Beliau kemudiannya muncul di dalam filem romantik komedi seram, Burying the Ex bersama-sama Anton Yelchin dan Ashley Greene.

Pada tahun 2014, Daddario mempunyai peranan singkat di dalam musim pertama siri HBO, True Detective. Beliau muncul dalam empat episod sebagai Lisa Tragnetti. Pada tahun berikutnya, Daddario mempunyai peranan utama sebagai Blake Gaines di dalam filem bencana, San Andreas (2015) bersama-sama Dwayne Johnson.[12] Juga pada tahun 2015, Daddario membuat penampilan kameo di dalam siri komedi Fox, The Last Man on Earth,[13] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan di dalam musim kelima siri antologi FX, American Horror Story sebagai Natacha Rambova.[14]

Pada tahun 2016, Daddario mempunyai peranan sokongan di dalam filem Nicholas Sparks, The Choice, diarahkan oleh Ross Katz.[15] Daddario kemudiannya membintangi sebagai salah seorang watak utama di dalam filem adaptasi Baywatch (2017). Beliau melakonkan watak Summer Quinn yang dilakonkan oleh Nicole Eggert di dalam siri televisyen asal.[16] Pada tahun yang sama, Daddario melakonkan watak Kate Jeffries di dalam filem The Layover (2017) yang diarahkan oleh William H. Macy.[17]

Pada tahun 2018, beliau muncul di dalam video muzik lagu "Wait" oleh Maroon 5 dan membintangi sebagai Avery Martin di dalam filem romantik komedi, When We First Met.[18] Daddario juga muncul sebagai penyelam skuba di dalam filem Rampage tetapi babaknya dipotong di dalam filem.[19] Daddario membintangi sebagai Constance Blackwood di dalam We Have Always Lived in the Castle, sebuah filem adaptasi dari novel karya Shirley Jackson dengan tajuk yang sama.[20] Daddario turut membintangi di dalam filem Night Hunter.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2005 The Squid and the Whale Wanita cantik
2006 Pitch Alex Filem pendek
2006 The Hottest State Kim
2007 The Babysitters Barbara Yates
2007 The Attic Ava Strauss
2010 Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief Annabeth Chase
2010 Bereavement Allison Miller
2011 Hall Pass Paige
2013 Texas Chainsaw 3D Heather Miller
2013 Percy Jackson: Sea of Monsters Annabeth Chase
2013 Life in Text Haley Greene Filem pendek
2014 Burying the Ex Olivia
2015 San Andreas Blake Gaines
2015 Faces Without Eyes Iris Filem pendek
2016 The Choice Monica
2016 Baked in Brooklyn Kate Winston
2017 Baywatch Summer Quinn
2017 The House Corsica
2017 The Layover Kate Jeffries
2018 When We First Met Avery Martin
2018 Rampage Penyelam skuba Babak dipotong sahaja
2018 We Have Always Lived in the Castle Constance Blackwood
2018 Nomis Rachel

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2002–03 All My Children Laurie Lewis 43 episod
2004 Law & Order Felicia Episod: "Enemy"
2006 Law & Order Samantha Beresford Episod: "Release"
2006 Conviction Vanessa Episod: "Pilot"
2006 The Sopranos Wanita lain Episod: "Johnny Cakes"
2009 Damages Lily Arsenault Episod: "I Lied, Too"
2009 Life on Mars Emily "Rocket Girl" Wyatt Episod: "Let All the Children Boogie"
2009 Nurse Jackie Wanita muda Episod: "Pilot"
2009 Law & Order: Criminal Intent Lisa Wellesley Episod: "Salome in Manhattan"
2009–11 White Collar Kate Moreau Peranan berulang, 11 episod
2011–12 Parenthood Rachel 5 episod
2012 It's Always Sunny in Philadelphia Ruby Taft Episod: "Charlie and Dee Find Love"
2013 Chelsea Lately Diri sendiri Episod: "Alexandra Daddario"
2014 True Detective Lisa Tragnetti 4 episod
2014 New Girl Michelle 2 episod
2014 Married Ella Episod: "Pilot"
2015 The Last Man on Earth Victoria Episod: "Alive in Tucson"
2015 American Horror Story: Hotel Natacha Rambova 3 episod
2016 Workaholics Donna Episod: "Save the Cat"
2016 Robot Chicken Theresa Johnson/Lena Episod: "Joel Hurwitz Returns"

Web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2009–10 Odd Jobs Cassie Stetner 3 episod
2017 Do You Want to See a Dead Body? Diri sendiri Episod: "A Body and a Plane"

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Artis Tajuk
2012 "Radioactive" Imagine Dragons
2017 "Judy French" White Reaper
2018 "Wait" Maroon 5

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2015 Battlefield Hardline Dune Alpert Suara dan tangkapan gerakan
2016 Marvel Avengers Academy Janet van Dyne / The Wasp Suara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daddario, Alexandra (3 April 2010). "Alexandra Daddario tweet". Twitter.
  2. ^ Sneider, Jeff (16 Ogos 2011). "Matthew Daddario joins Doremus pic". Variety. Dicapai pada 15 Mei 2014.
  3. ^ Rawls, Dustin (29 Januari 2014). "FYI: Apparently Alexandra Daddario and Her Siblings Got First Pick at the Gene Pool Draft". Pajiba. Dicapai pada 11 Februari 2016.
  4. ^ "How to Date Me". GQ. 1 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-21. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  5. ^ Associated Press (7 Julai 2010). "Emilio Daddario, Connecticut Congressman, Dies at 91". The New York Times. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  6. ^ Berrie, Nicole (8 Februari 2010). "The Radar: Alexandra Daddario". Orange County. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2010. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  7. ^ Turner, Matthew (2010). "Alexandra Daddario Interview". View London. Dicapai pada 11 Oktober 2012.
  8. ^ Stern, Marlow (5 September 2014). "Alexandra Daddario on 'True Detective's' Misogyny Claims and Her Hollywood Ascent". The Daily Beast. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  9. ^ Wallace, Chris (Jun 2014). "Alexandra Daddario". Interview. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  10. ^ "Up And Comer Alexandra Daddario Joining Percy Jackson". ComingSoon.net. 19 Mac 2009.
  11. ^ Masters, Megan (21 September 2011). "Parenthood Exclusive: White Collar Alum Alexandra Daddario Joins the Family Biz". TVLine. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  12. ^ Fleming Jr., Mike (4 Februari 2014). "Up And Comer Alexandra Daddario Lands 'San Andreas' Lead Opposite The Rock". Deadline Hollywood. Dicapai pada 27 Februari 2014.
  13. ^ Framke, Caroline (1 Mac 2015). "The Last Man On Earth: "Alive In Tucson"/"The Elephant In The Room"". The A.V. Club. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  14. ^ Stephens, Emily L. (19 November 2015). "American Horror Story: Hotel does its best work without words". The A.V. Club. Dicapai pada 20 November 2015.
  15. ^ Sneider, Jeff (8 Oktober 2014). "'True Detective' actress Alexandra Daddario Joins Nicholas Sparks Adaptation 'The Choice'". TheWrap. Dicapai pada 3 Mac 2015.
  16. ^ Fleming Jr, Mike (18 November 2015). "Alexandra Daddario Lands 'Baywatch' Female Lead". Deadline Hollywood.
  17. ^ Hipes, Patrick (7 Mei 2015). "Tim Griffin Joins 'Central Intelligence'; Alexandra Daddario In For 'The Layover'". Deadline Hollywood.
  18. ^ Pedersen, Erik (6 Mei 2016). "Adam Devine & Alexandra Daddario Will Reminisce About 'When We First Met'". Deadline Hollywood. Dicapai pada 20 Julai 2016.
  19. ^ "Rampage Deleted Scene – Alexandra Daddario Cameo (2018)". Cypriumnews. 8 Julai 2018. Dicapai pada 1 September 2018. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ Kit, Borys (Ogos 10, 2016). "Alexandra Daddario, Taissa Farmiga Join Sebastian Stan in We Have Always Lived in the Castle". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada September 16, 2017. Dicapai pada April 17, 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]