Ali Khali' Qasam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ali bin Alwi (علي بن علوي), juga dikenali dengan panggilan Ali Khali' Qasam (علي خالع قسم), ialah seorang ulama Ahli Sunnah, ahli fiqah Syafii dengan minhaj Asy'ariyah, dan beliau merupakan keturunan Ahlul Bait yang berasal dari Hadramaut, Yaman.[1] Nama lengkapnya ialah al-Imam Ali Khali 'Qasam bin Alwi ats-Tsani bin Muhammad bin Alwi al-Awwal bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir.[1]

Gelaran Khali' Qasam (penanam Qasam) diperoleh kerana beliau membeli sebidang tanah yang dinamainya Qasam, iaitu seperti nama tanah leluhurnya di Basrah, Iraq yang kemudiannya beliau tanami dengan kurma.[1][2][3] Qasam berkembang menjadi sebuah kampung, dan kini berada di wilayah Gabenorat Hadramaut, Yaman.

Ali bin Alwi dilahirkan dan dibesarkan di kampung Bait Jubeir,[1][4][5] Hadramaut, yang dijuluki sebagai "bandar Alawiyin", suatu wilayah wadi yang subur dan banyak airnya. Beliau belajar agama daripada bapanya, lalu setelah dewasa melawat ke bandar Tarim, sehingga pada tahun 521 H beliau pun berpindah ke sana.[5] Oleh itu, beliau ialah yang pertama daripada keluarga Ba'Alawi yang tinggal di Tarim bersama dengan keturunannya.[5] Beliau mempunyai beberapa orang anak, antaranya juga ulama terkenal Muhammad Shahib Mirbath.[1]

Ali bin Alwi wafat pada tahun 527 H/1133 M, dan dimakamkan di tanah perkuburan Zanbal, Tarim.[5][6][7]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Keluarga Ali Khali' Qasam:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Amin Buxton (2012). Imams of the Valley. Western Cape, South Africa: DTI Publishing House. m/s. 15-16.
  2. ^ Salmá Samar Damlūji (1992). The Valley of Mud Brick Architecture: Shibām, Tarīm & Wādī Ḥaḍramūt : Ancient to Contemporary Design (ed. berilustrasi, cetak ulang). Garnet Pub. m/s. 288. ISBN 1-873938-01-2, 9781873938010.
  3. ^ R. Robert Bertram Serjeant (1995). Farmers and Fishermen in Arabia. 494 (ed. berilustrasi dari Collected Studies Series). Variorum. m/s. 954. ISBN 0-86078-491-6, 9780860784913.
  4. ^ Muhammad Syamsu As (1996). Ulama pembawa Islam di Indonesia dan sekitarnya. 4 (ed. 2). Lentera. m/s. 57.
  5. ^ a b c d Umar Ibrahim (2001). Thariqah 'Alawiyyah: Napak tilas dan studi kritis atas sosok dan pemikiran Allamah Sayyid' Abdullah Al-Haddad, tokoh Sufi abad ke-17. Mizan. m/s. 44-52.
  6. ^ Umm Soffah Nourellyssa (2015). My Journey to the Land of Love: Hadramawt-Tarim. Singapore: Partridge Publishing. ISBN 1-4828-2958-4, 9781482829587.
  7. ^ Hamilton Alexander Rosskeen Gibb (1967). The Encyclopaedia of Islam. 1. Brill. m/s. 829.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.