Pergi ke kandungan

Aliran Circle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliran Circle
Warna dalam peta Kuning
Tahun dibuka 1884
Jenis aliran Aras bawah
permukaan tanah
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
C Stock
Stesen dalam
perkhidmatan
35
Panjang 27 km (17 batu)
Depoh Hammersmith
Bilangan penumpang 74 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
 Aliran Bakerloo
 Aliran Central
 Aliran Circle
 Aliran District
 Aliran Hammersmith & City
 Aliran Jubilee
 Aliran Metropolitan
 Aliran Northern
 Aliran Piccadilly
 Aliran Victoria
 Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
 Docklands Light Railway
 Tramlink
 London Overground

Aliran Circle merupakan salah satu daripada perkhidmatan London Underground. Dalam peta London Underground aliran ini berwarna kuning. Perkhidmatan kereta api ini mencatatkan perkhidmatan kelapan paling banyak digunakan dalam London Underground.[1] Landasan perkhidmatan kereta api ini sebenarnya mengelilingi sekitar kawasan London Tengah, di bahagian utara Sungai Thames, namun pada 13 Disember 2009, perkhidmatan aliran ini dipanjangkan mencapai stesen Hammersmith.

Aliran Circle Pra-13 Disember 2009

[sunting | sunting sumber]

Sebelum 13 Disember 2009, landasan yang digunakan dalam perkhidmatan aliran Circle sememangnya berbentuk seperti sebuah gelung. Terdapat 27 buah stesen dalam perkhidmatan ini, sepanjang 14.5 batu (23.3 km). Berikut merupakan peta menggambarkan kedudukan landasan dan stesen mengikut peta geografi yang sebenar:

Aliran Circle sebelumnya, sebelum perkhidmatan dipanjangkan ke stesen Hammersmith

Maklumat perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 2009, aliran Circle tidak lagi menyediakan perkhidmatan lingkaran dengan penyambungan landasan ke Hammersmith. Secara teknikalnya perkhidmatan aliran ini lebih berbentuk "gayung". Perjalanan perkhidmatan yang lengkap mengambil masa lebih kurang 55 minit. Namun begitu, atas sebab perlaksanaan jadual waktu perjalanan, masa yang diambil ialah selama 59 minit kerana kereta api perlu berhenti selama dua minit di stesen High Street Kensington dan Aldgate. Tujuh perkhidmatan disediakan bagi setiap hala bagi memastikan sebuah kereta api tiba bagi setiap 8.5 minit.[2]

Perkhidmatan kini

[sunting | sunting sumber]

Peta bagi aliran Circle

Penyambungan perkhidmatan aliran Circle ke Hammersmith dibuat dari stesen Edgware Road ke Hammersmith.[3] Cadangan ini diumumkan pada bulan Mac 2009 dan bakal dilaksanakan pada bulan Disember 2009.[4]


Stesen dalam perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]
StesenImejTarikh dibukaMaklumat tambahan
Hammersmith Akses OKU1 Disember 1868Hammersmith & Citypeta 1. Stesen pengakhiran bagi kereta api yang bergerak arah lawan jam.
Goldhawk Road13 Jun 1864peta 2
Shepherd's Bush Market13 Jun 1864peta 3
Wood Lane Akses OKU12 Oktober 2008peta 4
Latimer Road16 Disember 1868peta 5
Ladbroke Grove13 Jun 1864Nama asalnya Notting Hill, sebelum ditukar kepada Notting Hill & Ladbroke Grove pada tahun 1880, selepas itu menjadi stesen Ladbroke Grove (North Kensington) pada 1 Jun 1919. Nama sekarang dikekalkan mulai tahun 1938.peta 6
Westbourne Park1 Februari 1866peta 7
Royal Oak30 Oktober 1871peta 8
Paddington National Rail (Lapangan terbang Kereta api ke Heathrow)1 Disember 1913peta 9
Edgware Road1 October 1863peta 10
Baker Street10 Januari 1863peta 11
Great Portland Street10 January 1863Nama asalnya ialah stesen Portland Roadpeta 12
Euston Square (National Rail Euston)1863Nama asalnya Gower Streetpeta 13
King's Cross St Pancras Akses OKU National Rail (Lapangan terbang Kereta api ke Gatwick dan Luton)1863peta 14
Farringdon National Rail (Lapangan terbang Kereta api ke Gatwick and Luton)10 January 1863peta 15
Barbican1865Nama asalnya ialah stesen Aldersgate Street, sebelum ditukar kepada Aldersgate pada tahun 1910, kemudiannya kepada Aldersgate and Barbican pada tahun 1923. Nama stesen sekarang digunakan dari tahun 1968.peta 16
Moorgate National Rail1865peta 17
Liverpool Street National Rail (Lapangan terbang Kereta api ke Stansted)12 Julai 1875Nama asalnya ialah stesen Bishopsgate, sebelum ditukar kepada nama sekarang pada 1 November 1909peta 18
Aldgate18 November 1876Aliran Metropolitanpeta 19
Tower Hill25 September 1882Aliran Districtpeta 20
Monument6 Oktober 1884 Aliran Central, Northern, Waterloo & City, DLR (dihubungkan melalui tangga bergerak ke stesen Bank)peta 21
Cannon Street (National Rail Fenchurch Street)6 Oktober 1884Perkhidmatan kereta api syarikat Southeasternpeta 22
Mansion House3 Julai 1871peta 23
Blackfriars National Rail
(ditutup hingga penghujung tahun 2011)
30 Mei 1870Perkhidmatan kereta api syarikat First Capital Connect / Southeastern (Thameslink)peta 24
Temple30 Mei 1870peta 25
Embankment30 Mei 1870Aliran Bakerloo, Northernpeta 26
Westminster Akses OKU24 Disember 1868Aliran Jubileepeta 27
St. James's Park24 Disember 1868peta 28
Victoria24 Disember 1868Aliran Victoria, perkhidmatan kereta api syarikat Southeastern dan Southernpeta 29
Sloane Square24 Disember 1868peta 30
South Kensington24 Disember 1868Aliran Piccadillypeta 31
Gloucester Road1 Oktober 1868Aliran Piccadillypeta 32
High Street Kensington1 Oktober 1868Aliran Districtpeta 33
Notting Hill Gate1 Oktober 1868Aliran Centralpeta 34
Bayswater1 Oktober 1868peta 35
Paddington National Rail (Lapangan terbang Kereta api ke Heathrow)1 Oktober 1868Aliran Bakerloo, District, Hammersmith & City, perkhidmatan kereta api syarikat First Great Westernpeta 9

Nota: Kereta api akan berhenti di stesen Edgware Road, platform 2[5] dan kemudiannya bergerak dalam arah pusingan lawan jam ke stesen Hammersmith.

Koordinat stesen dalam peta geografi

[sunting | sunting sumber]

  1. (Inggeris) Line facts Diarkibkan 2010-07-29 di UK Web Archive.
  2. Key Facts Diarkibkan 2011-12-15 di Wayback Machine, Transport for London.
  3. Mayorwatch – Circle Line Extension
  4. (Inggeris) Transport for London. 5 Mac 2009
  5. "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-06-23. Dicapai pada 2011-07-03.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Laman rasmi Transport for London mengenai aliran Circle.