Alkali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam kimia, alkali (daripada Arab: القلي, القالي, "abu-abu Salsola") ialah garam bes berion daripada unsur kimia logam alkali atau logam alkali bumi. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai bes yang larut dalam air, di mana larutan sebegini mempunyai pH lebih besar daripada 7.0. Kata adjektif alkali dan alkalesen digunakan untuk merujuk kepada bes yang larut dalam air. Penggunaan istilah ini yang meluas mungkin datangnya daripada alkali yang merupakan bes pertama diketahui mematuhi pentakrifan Arrhenius terhadap sesuatu bes, dan alkali-alkali ini masih antara bes yang paling biasa digunakan.

Sifat biasa alkali dan asid[sunting | sunting sumber]

Kesemua alkali merupakan bes Arrhenius yang membentuk ion hidroksida (OH) apabila larut dalam air. Ciri-ciri sama yang dikongsi larutan alkali akueus termasuklah:

  • Larutan berkepekatan sederhana (lebih 10-3 M) bernilai pH 7.1 atau lebih tinggi, menukarkan fenoftalein yang lutsinar menjadi berwarna merah jambu.
  • Larutan yang pekat bersifat kaustik (menyebabkan kebakaran kimia).
  • Larutan alkali bersifat licin atau kesabunan apabila disentuh, disebabkan penyabunan terhadap bahan-bahan lemak di permukaan kulit.
  • Alkali biasanya larut dalam air, walaupun ada juga sebatian seperti barium karbonat yang hanya akan larut selepas bertindak balas dengan larutan asid akueus.

Perbezaan antara alkali dan bes[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua istilah "bes" dan "alkali" sering digunakan antara satu sama lain dengan maksud yang sama, terutamanya di luar konteks kimia dan kejuruteraan kimia.

Terdapat pelbagai takrifan yang lebih khusus untuk menggambarkan konsep alkali. Alkali biasanya ditakrifkan sebagai sebahagian dari bes. Salah satu dari dua subset biasanya dipilih.

  • Garam bes logam alkali atau logam bumi alkali[1] (termasuk Mg(OH)2 tetapi tidak termasuk NH3.)
  • Sebarang bes yang larut dalam air dan membentuk ion hidroksida[2][3][4] atau larutan bes dalam air.[5] (Ini termasuk Mg(OH)2 dan NH3.)

Subset bes yang kedua ini juga dikenali sebagai "bes Arrhenius".

Garam alkali[sunting | sunting sumber]

Garam alkali ialah hidroksida logam-logam alkali dan logam alkali bumi yang mudah larut, contohnya:

  • Natrium hidroksida – sering dipanggil "soda kaustik"
  • Kalium hidroksida – biasanya dikenali sebagai "potasy kaustik"
  • Lai – istilah umum untuk mana-mana kedua-bua bahan yang disebutkan atau untuk suatu campuran
  • Kalsium hidroksida – larutan tepunya dikenali sebagai dikenali sebagai "air kapur"
  • Magnesium hidroksida – alkali yang atipikal kerana keterlarutan rendahnya dalam air (walaupun bahagian yang terlarut dianggap sebagai bes yang kuat kerana penceraian ionnya yang lengkap)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alkali | Define Alkali at Dictionary.com. Dictionary.reference.com. Retrieved on 18 April 2012.
  2. ^ alkali. Tiscali.co.uk. Dicapai pada 18 April 2012. Diarkibkan 2006-05-23 di Wayback Machine
  3. ^ alkali – definition of alkali by the Free Online Dictionary, Thesaurus and Encyclopedia. Thefreedictionary.com. Dicapai pada 18 April 2012.
  4. ^ Chung, L.H.M. (1997) "Characteristics of Alkali", pp. 363–365 in Integrated Chemistry Today. ISBN 9789623722520
  5. ^ Acids, Bases and Salts. KryssTal. Dicapai pada 18 April 2012.