Air kapur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air kapur

Air kapur adalah nama umum bagi larutan tepu kalsium hidroksida. Kalsium hidroksida, Ca(OH)2 tidak begitu larut di dalam air (1.5 g dm−3 pada suhu 25 °C.[1]) Air kapur tulen adalah jernih dan tidak berwarna, dengan sedikit bau tanah dan mempunyai rasa pahit akibat kewujudan kalsium hidroksida.

Air kapur disediakan dengan mengocak lebihan kalsium hidroksida di dalam air suling, dan menurasnya dari lebihan Ca(OH)2 yang tak terlarut. Apabila lebihan kalsium hidroksida ditambah ke dalam air kapur, apungan zarah kalsium hidroksida akan wujud lalu memberikan rupa keputihan seperti susu lalu diberi istilah milk of lime. Larutan keputihan ini mempunyai pH 12.3.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Harian[sunting | sunting sumber]

Air kapur sering digunakan di dapur sebagai salah satu bahan untuk melembutkan sotong kering selain air abu.

Air kapur turut digunakan oleh masyarakat Melayu lama dan juga masyarakat India yang sering meletakkannya di atas daun sirih sebelum dikunyah. Amalan ini masih diamalkan oleh sesetengah masyarakat kampung dan boleh dilihat semasa majlis perkahwinan apabila sirih junjung sering disekalikan dengan kapur yang basah.

Kimia[sunting | sunting sumber]

Karbon dioksida melalui air kapur, lalu memberikan larutan keputihan. Ini disebabkan apungan kalsium karbonat tidak terlarut yang terbentuk:

Ca(OH)2(ak) + CO2(g) → CaCO3(p) + H2O(c)

Jika CO2 ditambah lagi, tindak balas berikut akan berlaku:

CaCO3(p) + H2O(c) + CO2(g)Ca(HCO3)2(ak)

Ciri kimia di atas adalah lazim dugunakan untuk mengesahkan kehadiran gas karbon dioksida dalam makmal sekolah, dan proses penulenan gula yang dipanggil pengkarbonatan.

Industri[sunting | sunting sumber]

Sisa gas daripada industri yang mengandungi sulfur dioksida boleh dibersihkan dengan kaedah pembuihan di dalam air kapur, satu proses yang dinamakan, pengsulfatan, iaitu sulfur dioksida yang bertoksik diperangkapkan sebagai mendakan:

Ca(OH)2(ak) + SO2(g) → CaSO3(p) + H2O(c)

Ia juga digunakan di dalam industri sebagai agen peneutralan dalan rawatan sisa air bandaran.

Seni[sunting | sunting sumber]

Dalam seni catan fresko, air kapur digunakan sebagai pelarut warna untuk dikenakan pada plaster. Ia turut dinamakan cat kapur.

Kegunaan lain[sunting | sunting sumber]

Air kapur turut digunakan secara meluas oleh penjaga marin sebagai pelengkap utama kalsium dan kealkalian bagi akuarium terumbu karang. Ia juga turut digunakan untuk membuat naskah kulit. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ ´Solubility of Inorganic and Metalorganic Compounds - A Compilation of Solubility Data from the Periodical Literature´, A. Seidell, W. F. Linke, Van Nostrand (Publisher), 1953
  2. ^ "The Nature and Making of Parchment" by Ronald Reed