Pasaran Pelaburan Alternatif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Alternative Investment Market)
Pasaran Pelaburan Alternatif
ڤاسرن ڤلابورن الترناتيف
Alternative Investment Market (AIM)
Maklumat am
JenisBursa saham, Pasaran saham Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan19 Jun 1995; 28 tahun yang lalu (1995-06-19)
PengendaliLondon Stock Exchange Group Sunting ini di Wikidata
Orang penting
Marcus Stuttard (Ketua)[1]
Mata wangPaun British, Dolar Amerika Syarikat
Bil. penyenaraian821[2]
Laman sesawangLaman AIM di tapak web Bursa Saham London
Maklumat lokasi
Negara United Kingdom
LokasiLondon, England
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

AIM atau Pasaran Pelaburan Alternatif ialah subpasaran Bursa Saham London yang dilancarkan pada 19 Jun 1955 bagi menggantikan Pasaran Sekuriti Tak Tersenarai (USM) yang telah beroperasi sejak 1980. Subpasaran ini membolehkan syarikat yang lebih kecil, kurang maju, atau mahu/memerlukan pendekatan tadbir urus untuk mengapungkan saham dengan sistem pengawalseliaan yang lebih fleksibel daripada yang diguna pakai di pasaran utama.

Pada pelancarannya, AIM hanya mempunyai 10 buah syarikat dengan nilai terkumpul berjumlah £82.2 juta. Setakat Mei 2021, sebanyak 821 syarikat yang terdiri daripada subpasaran dengan purata permodalan pasaran £80 juta bagi setiap penyenaraian.[2] AIM juga telah mula menjadi bursa antarabangsa, selalunya disebabkan oleh beban kawal selianya yang rendah, terutamanya berkaitan dengan Akta Sarbanes–Oxley Amerika Syarikat (walaupun hanya satu perempat daripada syarikat tersenarai di AIM layak untuk disenaraikan di bursa saham A.S. walaupun sebelum Akta Sarbanes–Oxley diluluskan).[3] Menjelang Disember 2005, lebih 270 syarikat asing telah diterima masuk ke AIM.

Kumpulan FTSE mengekalkan tiga indeks untuk mengukur AIM, iaitu Indeks FTSE AIM UK 50, Indeks FTSE AIM 100 dan Indeks FTSE AIM All-Share.

Permodalan pasaran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jadual yang menyenaraikan 10 syarikat AIM terbesar setakat 31 Mei 2021.[2]

Ked. Syarikat Permodalan pasaran (GBP)
1 ASOS PLC 4.869 bilion
2 Boohoo Group PLC 4.035 bilion
3 Abcam PLC 3.211 bilion
4 Hutchmed (China) Ltd 3.060 bilion
5 Fevertree Drinks PLC 2.977 bilion
6 Jet2 PLC 2.897 bilion
7 RWS Holdings PLC 2.487 bilion
8 ITM Power PLC 2.166 bilion
9 Ceres Power Holdings PLC 2.070 bilion
10 Keywords Studios PLC 1.967 bilion

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LSE AIM Contact page" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2009. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  2. ^ a b c "Reports: Issuer List, May 2021" (dalam bahasa Inggeris). Bursa Saham London. Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal (xlsx) pada 10 Jun 2021.
  3. ^ "Doidge, Karolyi and Stulz "Has New York Become Less Competitive in Global Markets? Evaluating Foreign Listing Choices over Time"" (dalam bahasa Inggeris). Papers.ssrn.com. 25 April 2007. SSRN 982193. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]