Ampersan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

 

Ampersan, juga dikenali sebagai tanda dan, merupakan logogram & yang mewakili kata hubung "dan". Ia berasal daripada gabungan dua huruf dalam perkataan et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[1]

Menurut Geoffrey Glaister dalam Glossary of the Book, istilah ampersan (bahasa Inggeris: ampersand) timbul daripada kerancuan ungkapan and per se and yang bermaskud "aksara 'dan' sendiri adalah (perkataan) 'dan'". Simbol & terbentuk daripada gabungan huruf et, iaitu "dan" dalam bahasa Latin.[2]

Dalam bahasa Inggeris apabila membacakan ejaan, terdapat tradisi yang mana sebarang huruf yang juga boleh digunakan sebagai perkataan sendiri ("A", "I", dan, "O") disebut dengan ungkapan Latin per se ('dengan sendirinya'), misalnya "per se A" atau "A per se A".[3][4][5] Begitu juga, aksara &, apabila digunakan dengan sendirinya berbanding dengan bentuk yang lebih lanjutan seperti &c., disebut and per se and.[6][7] Lama-kelamaan frasa and per se and ini secara tabii terubah menjadi istilah ampersand lalu memasuki kosa kata am bmahasa Inggeris pada tahun 1837.[4][8][9]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ampersan boleh disusurgalurkan ke seawal abad ke-1 Masihi pada tulisan Rumi kursif lama, di mana huruf E dan T kadang-kadang ditulis secara terikat untuk membentuk satu huruf kembar [en] (Evolusi ampersan – rajah 1). Dalam tulisan Rumi kursif terbaharu yang lebih tercantum, terdapat bermacam-macam bentuk huruf kembar; rajah 2 dan 3 menggambarkan rupa huruf kembar et dalam bentuk tulisan ini dari pertengahan abad ke-4. Sepanjang perkembangan skrip Latin sehingga timbulnya "huruf kecil Carolus [en]" (abad ke-9), penggunaan huruf kembar mula berkurangan, tetapi huruf kembar et terus digunakan dan secara beransur-ansur menjadi lebih bergaya dan kurang ketara asal-usulnya (angka 4–6).[10]

Ampersan huruf condong moden merupakan suatu bentuk huruf kembar "et" yang berasal dari tulisan kursif yang tercipta pada zamanRenaissance. Selepas kemunculan percetakan di Eropah pada 1455, pencetak banyak menggunakan kedua-dua ampersan italik dan Rom. Memandangkan tanda ampersan berasal-usul pada zaman Rom, maka ia digunakan dalam banyak bahasa yang menggunakan tulisan Rumi.

Simbol ampersan pernah sering dihadirkan sebagai huruf terakhir abjad Latin, contohnya dalam senarai huruf Byrhtferð [en] dari tahun 1011.[11] Begitu juga, simbol & dianggap sebagai huruf ke-27 abjad Inggeris, seperti yang diajar kepada kanak-kanak di AS dan di tempat lain. Satu contoh boleh dilihat dalam buku pendidikan The Dixie Primer, for the Little Folks karya M. B. Moore dari tahun 1863.[12]

Menulis ampersan[sunting | sunting sumber]

Dalam tulisan tangan harian, tanda ampersan kadangkala dipermudahkan kepada bentuk seakan huruf epsilon kecil yang diperbesar (Ɛ) atau angka 3 terbalik dan ditindih oleh garis menegak. Ada kalanya juga ia ditulis seperti epsilon dengan garis menegak kecil atau titik di bahagian-bahagian atas dan bawahnya.

Tanda tambah + (sendiri berdasarkan huruf kembar et[13]) sering digunakan secara tidak rasmi sebagai ganti ampersand dan kadangkala ditambah satu gelung sehingga menyerupai "ɬ".

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Tanda ampersan sering kelihatan pada nama-nama perniagaan yang terbentuk daripada perkongsian dua atau lebih orang, misalnya Johnson & Johnson, Dolce & Gabbana, Marks & Spencer, dan Tiffany & Co., dan juga beberapa singkatan yang mengandungi perkataan dan, seperti AT&T (American Telephone and Telegraph), R&D (research and development), D&B (drum and bass), D&D (Dungeons & Dragons), R&B (rhythm and blues), B&B (bed and breakfast).[15][16]

Dalam penghargaan (kredit) filem untuk penulisan cerita, lakon layar dsb., tanda & menandakan kerjasama yang lebih erat daripada dan. Tanda ampersan digunakan oleh Perseikatan Penulis Amerika (Writers Guild of America) untuk menandakan dua orang penulis bekerjasama mengusahakan satu skrip, dan bukannya seorang penulis menulis semula karya orang lain.

Dalam hal lakon layar, nama-nama penulis yang diikat dengan tanda & menandakan mereka mengusahakan skripnya bersama-sama, manakala yang diikat dengan perkataan and pula menandakan mereka mengerjakan skrip pada masa yang berbeza dan mungkin tidak pernah saling berunding sama sekali.[17][18] Dalam kes kedua, penulis terbabit menyumbang bahan signifikan yang cukup kepada lakon layar untuk menerima penghargaan tetapi tidak pernah bekerjasama. Akibatnya, kedua-dua & dan dan mungkin terpapar dalam penghargaan yang sama mengikut kesesuaian dengan proses penulisan.

Frasa et cetera ("dan sebagainya"), biasanya ditulis sebagai etc. boleh disingkatkan sebagai &c. iaitu gabungan et + c(etera).

Ampersan boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa "dan" dalam item tersenarai adalah sebahagian daripada nama item dan bukan pemisah (cth "Rock, pop, rhythm & blues dan hip hop").

Ampersan masih boleh digunakan sebagai singkatan untuk "dan" dalam penulisan tidak formal tanpa mengira bagaimana "dan" digunakan.

Pengkomputeran[sunting | sunting sumber]

Pengekodan dan paparan[sunting | sunting sumber]

Aksara ini dalam Unicode ialah U+0026 & AMPERSAND (HTML & · &, &); ia diwarisi dari nilai sama dalam ASCII.

Selain daripada ini, Unicode juga mempunyai varian-varian berikut:

  • U+FE60 SMALL AMPERSAND (HTML ﹠ · ideograf CJK lebar penuh (fullwidth) untuk tipografi Asia Timur)
  • U+FF06 FULLWIDTH AMPERSAND (HTML & · dalam blok Halfwidth and Fullwidth Forms [en])
  • U+214B TURNED AMPERSAND (HTML ⅋ · dalam blok Letterlike Symbols [en])
  • U+1F670 🙰 SCRIPT LIGATURE ET ORNAMENT (HTML 🙰)
  • U+1F671 🙱 HEAVY SCRIPT LIGATURE ET ORNAMENT (HTML 🙱)
  • U+1F672 🙲 LIGATURE OPEN ET ORNAMENT (HTML 🙲)
  • U+1F673 🙳 HEAVY LIGATURE OPEN ET ORNAMENT (HTML 🙳)
  • U+1F674 🙴 HEAVY AMPERSAND ORNAMENT (HTML 🙴)
  • U+1F675 🙵 SWASH AMPERSAND ORNAMENT (HTML 🙵)

Enam yang terakhir daripada senarai ini adalah pindahan daripada fon Wingdings [en] dan hanya bertujuan untuk keserasian ke belakang dengan fon tersebut.

Pada papan kekunci QWERTY, ampersan dihasilkan dengan menekan ⇧ Shift+7. Simbol ampersan hampir selalu tersedia pada susun atur papan kekunci, kadangkala pada ⇧ Shift+6 atau ⇧ Shift+8. Pada papan kekunci AZERTY, & adalah kuncian tunggal yang terletak di atas A.

Dalam URL, ampersand mesti digantikan dengan %26 apabila mewakili aksara rentetan untuk mengelak daripada tertafsir sebagai aksara sintaks URL.

Bahasa pengaturcaraan[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-20, berikutan perkembangan logik formal, simbol ampersan dijadikan tatatanda logik yang lazim digunakan untuk operator dedua (binari) atau penghubung ayat AND. Penggunaan ini telah diterima pakai dalam pengkomputeran.

Banyak bahasa dengan sintaks yang diturunkan daripada C, termasuk C++, Perl,[19] dan banyak lagi membezakan antara:

Dalam C, C++,[20] dan Go,[21] awalan & adalah operator sesatu (unari) yang menandakan alamat dalam memori argumen, misalnya &x, &func, &a[3].

Dalam C++ dan PHP, awalan unari & sebelum parameter formal bagi sesebuah fungsi menandakan hantaran menerusi rujukan (pass-by-reference).[22][23]

Dalam Pascal, & sebagai aksara pertama bagi sesuatu pengenal pasti (identifier) menghalang pengkompilasi (compiler) daripada menanggap pengenal pasti itu sebagai kata kunci.

Dalam Fortran, tanda ampersan memaksa pengkompilasi untuk menganggap dua baris sebagai satu. Ini tercapai dengan meletakkan ampersan di akhir baris pertama dan di awal baris kedua.[24]


Dalam MySQL, & mempunyai dua peranan. Di samping logik AND, ia juga berfungsi sebagai pengendali bitwise bagi persimpangan antara elemen.[25]

Penanda teks[sunting | sunting sumber]

Dalam SGML, XML dan HTML, ampersand digunakan untuk menyatakan entiti SGML, seperti   (untuk jarak yang tidak pecah) atau α (untuk huruf Yunani α). Pengekodan HTML dan XML untuk aksara ampersand ialah entiti &.[26] Ini boleh menimbulkan masalah percanggahan penentu had (delimiter collision) apabila teks ditukar kepada mana-mana bahasa penanda tersebut. Contohnya, apabila kita meletakkan URL atau sebarang bahan yang mengandungi ampersan ke dalam fail format XML seperti fail RSS, tanda & mesti digantikan dengan & kerana jika tidak ia akan dianggap tidak terbentuk dengan baik, dan komputer tidak akan dapat membaca fail dengan betul. Kegunaan ini diperoleh oleh SGML daripada IBM Generalized Markup Language yang merupakan salah satu daripada banyak bahasa kerangka utama IBM untuk menggunakan ampersand untuk menandakan penggantian teks, dan akhirnya menyusul kembali kepada bahasa himpunan makro System/360.

Dalam bahasa penanda TeX biasa, ampersan digunakan untuk menandakan hentian tab (tabstop). Ampersan itu sendiri boleh digunakan dalam TeX dalam bentuk \& . Fon-fon Computer Modern menggantikan ampersan dengan simbol "E.T." dalam fon cmti# (text italic), jadi ia boleh diinputkan sebagai {\it\&} dalam penjalanan teks apabila menggunakan fon lalai (Computer Modern).[27]

Dalam Microsoft Windows, ampersan digunakan pada menu, label dan lain-lain kapsyen untuk menandakan huruf seterusnya sebagai pintasan papan kekunci (yang dipanggil Access key oleh Microsoft). [28] Contohnya menetapkan label butang kepada "&Print" menjadikan butang itu terpapar sebagai Print dengan kombinasi Alt+P sebagai pintasan kekunci yang bersamaan dengan menekan butang tersebut. Untuk memaparkan ampersan dengan betul, kita perlu menginputkan ampersan berganda &&. Konvensyen ini berasal dari API WIN32 yang pertama, malah digunakan dalam Windows Forms,[28] (tetapi bukan WPF yang sebaliknya menggunakan tanda garis bawah _ untuk tujuan ini) bahkan juga ditiru ke dalam banyak set peralatan (toolkit) lain pada berbilang sistem pengendalian. Kadangkala ini menyebabkan masalah yang seakan-akan program lain yang gagal memperkemas penanda daripada input pengguna, contohnya pangkalan data Navision menghadapi masalah jika aksara ini terdapat dalam medan "Teks" atau "Kod".

Piawaian web[sunting | sunting sumber]

Sintaks URL generik membenarkan rentetan pertanyaan [en] dilampirkan pada nama fail dalam alamat web supaya maklumat tambahan boleh dihantar ke skrip. Tanda tanya ? digunakan untuk menunjukkan permulaan rentetan pertanyaan.[29] Rentetan pertanyaan biasanya terdiri daripada beberapa pasangan nilai–nama [en] yang berbeza, setiap satu dipisahkan oleh simbol ampersan, &. Contohnya, http://www.example.org/list.php?order=ascending&year=2024.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Ampersand & More" Diarkibkan 4 Julai 2015 di Wayback Machine with Kory Stamper, part of the "Ask the Editor" video series at Merriam-Webster.com
  2. ^ Glaister, Geoffrey Ashall (1960). Glossary of the Book. London: George Allen & Unwin. cited in Caflisch, Max. "The ampersand". Adobe Fonts. Adobe Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2013. Dicapai pada 23 December 2012.
  3. ^ Nares, Robert (2011) [first published 1822]. A Glossary. Cambridge University Press. m/s. 1. ISBN 9781108035996. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2014. Dicapai pada 1 May 2013.
  4. ^ a b "The ampersand". word-detective. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2008.
  5. ^ "The Ampersand & More". merriam-webster. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 March 2014. Dicapai pada 14 November 2012.
  6. ^ Ainger, Alfred (2 December 1871). "Amperzand". Notes and Queries. 4. 8: 468.
  7. ^ Harper, Douglas R. (20 September 2022). "ampersand". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 5 August 2023.
  8. ^ "What character was removed from the alphabet but is still used every day?". The Hot Word. Dictionary.com. 2 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2011. Dicapai pada 4 September 2011.
  9. ^ "ampersand". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.) (langganan diperlukan)
  10. ^ a b Jan Tschichold: "Formenwandlung der et-Zeichen."
  11. ^ Everson, Michael; Sigurðsson, Baldur; Málstöð, Íslensk (7 June 1994). "On the status of the Latin letter þorn and of its sorting order". Evertype. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2018. Dicapai pada 16 November 2010.
  12. ^ "The Dixie Primer, for the Little Folks". Branson, Farrar & Co., Raleigh NC. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2011. Dicapai pada 16 November 2010.
  13. ^ Cajori, Florian (1928). "Origin and meanings of the signs + and −". A History of Mathematical Notations, Vol. 1. The Open Court Company, Publishers.
  14. ^ a b "A Visual Guide to the Ampersand (Infographic)". Six Revisions. 13 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2017. Dicapai pada 24 June 2017.
  15. ^ "Ampersands". ChicagoManualOfStyle.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 1 April 2015.
  16. ^ Fiske, Robert Hartwell (November 2011). Robert Hartwell Fiske's Dictionary of Unendurable English: A Compendium of Mistakes in Grammar, Usage, and Spelling with Commentary on Lexicographers. Simon and Schuster. ISBN 9781451651348. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2017. Dicapai pada 23 September 2016.
  17. ^ "Frequently Asked Questions". Writers Guild of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2022. Dicapai pada 24 September 2018.
  18. ^ Trottier, David (2010). The Screenwriter's Bible (ed. 5th expanded & updated). Silman-James Press. m/s. 142. ISBN 978-1-935247-02-9.
  19. ^ "perlop – Perl operators and precedence". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 May 2007. Dicapai pada 31 May 2007.
  20. ^ "Pointers - C++ Tutorials". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2021. Dicapai pada 2021-06-18.
  21. ^ "The Go Programming Language Specification". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2021. Dicapai pada 2021-06-18.
  22. ^ "Pass by reference (C++ only)". www.ibm.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2021. Dicapai pada 2021-10-23.
  23. ^ "PHP: Passing by Reference - Manual". www.php.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2021. Dicapai pada 2021-10-23.
  24. ^ "Fortran continuation lines". pages.mtu.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2017. Dicapai pada 12 September 2017.
  25. ^ "MySQL :: MySQL 8.0 Reference Manual :: 12.4 Operators". dev.mysql.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2021. Dicapai pada 2021-10-23.
  26. ^ "HTML Compatibility Guidelines". World Wide Web Consortium. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2006. Dicapai pada 19 April 2006.
  27. ^ Knuth, Donald (1986). The TeXbook. Addison-Wesley. m/s. 428. ISBN 0-201-13447-0.
  28. ^ a b How to: Create Access Keys for Windows Forms Controls Diarkibkan 3 Oktober 2009 di Wayback Machine, from msdn.microsoft.com
  29. ^ ""Ampersands in URI attribute values"". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2007. Dicapai pada 7 June 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]