Andainya Takdir (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Andainya Takdir 2)
Andainya Takdir
Musim 2
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod20
Keluaran
RangkaianTV3
Tarikh siaran13 Jun –
2 Ogos 2018
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1

Musim kedua Andainya Takdir, juga dikenali sebagai Andainya Takdir 2 memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 bermula pada 13 Jun 2018 hingga 2 Ogos 2018. Drama ini berjaya meraih penarafan terbanyak seramai 12 juta penonton menurut Nielsen Audience Measurement.[1]

Ia boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Along Kamaludin pada awalnya mahu terus mengarah drama ini, namun mengundurkan diri kerana perbezaan kreatif. Beliau digantikan oleh Eoon Shuhaini.[4]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
3.5 juta
12 juta
1 juta
[1][5][6]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2019
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32
Pelakon Watak Antagonis Popular Shukri Yahaya Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019[7] Antagonis Pilihan Mas Khan Tercalon
Lagu Tema Pilihan Permata Cinta (Aiman Tino) Tercalon
2018 Anugerah Skrin 2018 Drama Rantaian Terbaik A.Aida Production Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Budiey (8 Ogos 2018). Drama Andainya Takdir 2 raih 12 juta penonton Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  2. ^ Andainya Takdir 2 (2018): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 12 Ogos 2018.
  3. ^ Lany Azman (4 Ogos 2017). Andainya Takdir 2, Shukri Yahaya disuruh kurus? Media Hiburan. Dicapai pada 28 Februari 2019.
  4. ^ Terkilan tak arah Andainya Takdir 2 Harian Metro (26 April 2018). Dicapai pada 27 April 2018.
  5. ^ Zaidi Che (24 Disember 2018). 5 Drama Melayu Paling Popular 2018 - Teka Drama Yang Mengalahkan Nur Diarkibkan 2020-04-20 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 24 Disember 2018.
  6. ^ Budiey (22 Disember 2018). Senarai Top 5 Drama Melayu TV3 Tahun 2018 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Disember 2018.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (6 April 2019). Saingan sengit gondol trofi Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2020.