Aiman Tino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Herman Tino.
Aiman Tino
KelahiranMohammad Aiman bin Yusri
(1998-06-27) 27 Jun 1998 (umur 20)
Kuala Kubu Bharu, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, usahawan
Tahun aktif2016–kini
Ibu bapaYusri Ishak (bapa)
Riena (ibu)
SaudaraFara Hezel (kakak)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
Aries Music
Kegiatan berkaitan
Fara Hezel

Mohammad Aiman bin Yusri (lahir 27 Jun 1998) atau lebih dikenali sebagai Aiman Tino (Jawi: أيمان تينو) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian umum selepas lagu single pertama beliau iaitu "Ku Rela Dibenci" mula mendapat sambutan.[1]

Kehidupan awal

Aiman berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan merupakan anak keempat dari 10 orang adik beradik[2]. Beliau juga mempunyai seorang kakak yang turut sama berada dalam bidang nyanyian iaitu Fara Hezel[3][4].

Kejaya

Aiman mula dikenali oleh peminat di Malaysia apabila lagu single beliau iaitu Ku Rela Dibenci menjadi popular dan mencipta fenomena di Youtube apabila mendapat tontonan sehingga 21 juta. Lagu ini juga merupakan hasil karya ibu bapa Aiman iaitu Yusri Ishak yang menggunakan nama pena ACK dan Riena [5]. Lagu ini juga diumumkan sebagai antara lagu pilihan pengunjung pada Anugerah Lagu Karaoke Popular 2016 atau Anugerah K-20 yang dianjurkan oleh pusat karaoke terkenal, Kumpulan Karaoke Red Box [6]

Nama Aiman Tino yang digunakan oleh beliau merupakan nama timangan beliau sejak dari kecil. Tambahan pula, ibu beliau amat meminati Herman Tino [7].

Beliau juga dilamar oleh syarikat Aries Music Production dan telah menjadi artis bawah naungan syarikat tersebut [8]

Pada 22 Januari 2017, lagu Ku Rela Dibenci telah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu ke-31 dan Aiman telah membuat persembahan dengan membawa lagu tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur [9]

Selain menyanyi, Aiman juga telah mencuba nasib sebagai seorang pelakon dan telah membintangi dalam drama seperti drama bersiri Mak Cun musim ke-4 serta memegang watak sebagai Kumin dalam drama tersebut [10] [11].

Seterusnya, Aiman telah kembali dengan single terbaru berjudul Ku Sesat Dalam Rindu pada tahun 2018 dan single tersebut berjaya mendapat sambutan yang baik daripada peminat beliau [12]

Pada 2019, Aiman akan muncul dalamn telefilem khas bergenre komedi seram bertajuk Penunggu Simpang. Diarahkan oleh Along Kamaludin bersempena Drama Festival Kuala Lumpur 2019 [13].

Kehidupan peribadi

Pada 11 Oktober 2018 [14] , Aiman dijangka menjalani pembedahan membuang tonsil beliau namun terpaksa menangguhkannya kerana takut ia memberi kesan kepada suara beliau [15] [16].

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Album Nota
2016 "Ku Rela Dibenci" Tiada album single
"Permata Cinta"
2017 "Ku Hanya Sayang Padamu"
"Lara Dalam Kerinduan" lagu untuk Hari Raya
"Terasa Cinta" (feat. Fara Hazel) single Fara Hazel
2018 "Ku Sesat Dalam Rindu"
"Terlerai Sebuah Janji"

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Sebagai Saluran Catatan
2018 Mak Cun Musim Keempat Kumin TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Sebagai Saluran Catatan
2019 Penunggu Simpang Norman TV3 telefilem untuk DFKL.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 Bebas Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH) 3.0 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan

Rujukan

  1. ^ Nama AIMAN TINO melonjak kerana 'Ku Rela Dibenci'. berita harian singapura. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  2. ^ Aiman Tino kongsi rezeki dengan keluarga. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  3. ^ Cun Juga Kakak Aiman Tino, Dah Jadi Penyanyi. mstar. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
  4. ^ Nak Kenal Fara Hezel, Jumpa Aiman Tino Dulu! mstar. Dicapai 13 Februari 2018.
  5. ^ Ku Rela Dibenci cipta fenomena, lebih 21 juta tontonan di YouTube. berita harian. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  6. ^ Aiman Tino sudah lali dikecam. berita harian. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  7. ^ Apa kaitan Aiman Tino dan Herman Tino? berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  8. ^ Henti sebar cerita saya mati - Aiman Tino. berita harian. Dicapai 22 Oktober 2018.
  9. ^ Kuala Lumpur 22 Januari 2017 AIMAN Tino membawakan lagu Ku Rela. utusan online. Dicapai 11 Januari 2018.
  10. ^ Demi Mak Cun, Aiman Tino rela ditampar. utusan online. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  11. ^ 'Bukan mudah bergelar pelakon'. harian metro. Dicapai 11 Disember 2018.
  12. ^ Aiman Tino tak serik berlakon. harian metro. Dicapai 19 Oktober 2018.
  13. ^ Garap karya sesuai usia. harian metro. Dicapai 11 Mac 2019.
  14. ^ Aiman bedah tonsil 11 Oktober. berita harian. Dicapai 1 Januari 2019.
  15. ^ Aiman Tino hadiah emak, ayah restoran baharu. berita harian. Dicapai pada 12 Februari 2019.
  16. ^ Harap tiada penyakit serius - Ibu Aiman Tino. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2018.

Pautan luar