Andreas Weimann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andreas Weimann
Maklumat peribadi
Nama penuh Andreas Weimann[1]
Tarikh lahir (1991-08-05) 5 Ogos 1991 (umur 32)
Tempat lahir Vienna, Austria
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Penyerang / Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Aston Villa
Nombor 10
Kerjaya remaja
1998–2005 Stadlau
2005–2007 Rapid Wien
2007–2010 Aston Villa
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010– Aston Villa 102 (17)
2011-2012Watford (pinjam) 21 (4)
Pasukan kebangsaan
2006–2008 Austria B17 6 (5)
2007–2009 Austria B19 8 (3)
2011 Austria B20 3 (0)
2009–2012 Austria B21 10 (6)
2012– Austria 13 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16:08, 1 Januari 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 08:48, 12 September 2014v(UTC)

Andreas Weimann (Sebutan bahasa Jerman: [vaɪman]; lahir 5 Ogos 1991) merupakan pemain bola sepak Austria yang bermain untuk Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris sebagai pemain sayap. Dia mewakili Austria di peringkat antarabangsa dan pernah bermain untuk Watford secara pinjaman pada tahun 2011.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Rapid Wien[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Vienna, Weimann memulakan kariernya dengan kelab FC Stadlau sebelum menyertai Rapid Wien ketika berumur tiga belas tahun. Dia kekal di sana selama tiga tahun, sebelum ditandatangani oleh kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa. Dia menyertai kelab itu bersama rakan senegaranya, Dominik Hofbauer. Dia sejak itu berkata dia masih lagi menyokong Rapid.[3]

Aston Villa[sunting | sunting sumber]

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Weimann mewakili kelab itu ketika 2009 Peace Cup menentang Juventus, Atlante dan F.C. Porto.[4] Penyerang itu merupakan pemain penting dalam pasukan simpanan Aston Villa, terutamanya pada musim 2009–10 mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nathan Delfouneso dimana dia mengakhiri musim sebagai penjaring terbanyak Liga Simpanan Selatan dengan sembilan gol.

Selepas aksi mengagumkan dalam pasukan simpanan, Weimann menandatangani kontrak lanjutan yang akan mengekalkan dia bersama kelab itu sehingga bulan Jun 2012.[5]

Pada 8 Mei 2010, Weimann dinamakan dalam skuad sementara untuk perlawanan terakhir musim menentang Blackburn Rovers selepas menarik hati pengurus Martin O'Neill semasa perlawanan akhir Play-off pasukan simpanan menentang Manchester United.[6] Walau bagaimanapun, dia tidak termasuk dalam senarai akhir 18 pemain yang dipilih.[7]

Pada 16 Mei 2010, Weimann merupakaan ahli pasukan Aston Villa yang memenangi Hong Kong Soccer Sevens tournament.[8] Kemuncak persembahannya semasa pertandingan itu adalah gol hatrik ketika menentang Pilihan Liga Yau Yee dari Hong Kong.[9]

Pada 27 Julai 2010, Weimann menjaringkan dua gol untuk Aston Villa dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Walsall. Semasa bulan berikutnya, pada 6 Ogos, Weimann masuk sebagai pemain gantian dan beraksi untuk pasukan utama ketika perlawanan persahabatan di tempat sendiri menentang kelab Sepanyol, Valencia.

Pada 14 Ogos 2010, Weimann membuat penampilan penuh liga pertamanya untuk Aston Villa, menggantikan Ashley Young sebagai pemain gantian pada minit ke-86 ketika menentang West Ham United. Pengurus sementara Villa, Kevin MacDonald menamakan Weimann dalam skuad 20 pemain ke Austria untuk berhadapan dengan bekas kelabnya, Rapid Vienna dalam LIga Europa UEFA pada 19 Ogos 2010;[3] Dia masuk menggantikan Marc Albrighton pada minit ke-79 dan mengalami kecederaan tiga minit kemudian. Dia tidak boleh beraksi sehingga bulan Januari 2011.

Watford (pinjam)[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Januari 2011, Weimann menyertai Watford secara pinjaman untuk baki musim 2010–11. Dia membuat penampilan sulung untuk Watford dalam Piala FA menentang Brighton and Hove Albion. Dia kemudiannya membuat penampilan sulung liga menentang Crystal Palace pada 1 Februari 2011, dan menjaringkan gol.[10] Dia bermain 19 kali secara keseluruhan untuk Watford, menjaringkan 4 gol.

Weimann kembali ke Aston Villa dan membuat penampilan pertamanya untuk musim 2011–12 pada 23 Ogos 2011 dalam pusingan kedua Piala Liga menentang Hereford United.[11] Tiga hari kemudian pada 26 Ogos, dia menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya di Villa Park sehingga tahun 2014[12] Weimann kembali ke Watford secara pinjaman sehingga bulan Januari 2012.[13] Dia membuat tiga penampilan liga Championship untuk Watford. Pada 23 September, Weimann telah dipanggil semula oleh kelab asalnya.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Clubs submit retained and released lists". Premier League. 7 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-13. Dicapai pada 24 July 2013.
  2. ^ "Premier League Player Profile Andreas Weimann". web page. Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-24. Dicapai pada 19 June 2012.
  3. ^ a b "Weimann's Austrian family affair | Latest News | Aston Villa". Avfc.co.uk. Dicapai pada 19 January 2011.
  4. ^ "Aston Villa | Squads | Professionals | Player Profile | Andreas Weimann". Avfc.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-03. Dicapai pada 19 January 2011.
  5. ^ "Weimann extends Villa contract". FIFA.com. 5 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-21. Dicapai pada 19 January 2011.
  6. ^ http://www.avfc.co.uk/page/NewsDetail/0,,10265~2046490,00.html
  7. ^ Henson, Mike (9 May 2010). "BBC Sport – Football – Aston Villa 0–1 Blackburn". BBC News. Dicapai pada 19 January 2011.
  8. ^ Our Grumpy Old Man (17 May 2010). "Young Villa win Soccer Sevens " Express & Star". Expressandstar.com. Dicapai pada 19 January 2011.
  9. ^ "Two Up Front – Sports PR | Client News | Celtic and Rangers face early showdown". Tuf.com.hk. 15 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 19 January 2011.
  10. ^ "Watford | News | News | Latest Headlines | OFFICIAL: LOAN STRIKER ARRIVES". Watfordfc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-22. Dicapai pada 19 January 2011.
  11. ^ "Eric Lichaj's first goal for Aston Villa breaks Hereford's resistance". The Guardian. 23 August 2011. Dicapai pada 16 August 2014.
  12. ^ http://www.avfc.co.uk/page/NewsDetail/0,,10265~2432696,00.html
  13. ^ Smith, Frank (26 August 2011). "Aston Villa striker Andreas Weimann returns to Watford on loan". Watford Observer. Dicapai pada 6 April 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ http://www.avfc.co.uk/page/NewsDetail/0,,10265~2460167,00.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]