Jordan Veretout

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jordan Veretout
Jordan Veretout.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhJordan Marcel Gilbert Veretout
Tarikh lahir (1993-03-01) 1 Mac 1993 (umur 26)[1]
Tempat lahirAncenis, Perancis
Ketinggian1.77 m
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniRoma (dipinjam dari Fiorentina)
Nombor21
Kerjaya remaja
1999–2003Belligne
2003–2011Nantes
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2015Nantes130(14)
2015–2017Aston Villa25(0)
2016–2017Saint-Étienne (pinjam)35(3)
2017–Fiorentina69(13)
2019–Roma (pinjam)0(0)
Pasukan kebangsaan
2010–2011Perancis B188(2)
2011–2012Perancis B1912(1)
2012–2013Perancis B2015(2)
2013–2014Perancis B219(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:53, 3 Jun 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 15 Disember 2014

Jordan Marcel Gilbert Veretout (Sebutan bahasa Perancis: [vəʁətu]; lahir 1 Mac 1993) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Roma secara pinjaman dari Fiorentina.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Nantes[sunting | sunting sumber]

Veretout melakukan penampilan sulungnya untuk Nantes pada 13 Mei 2011 ketika aksi liga menentang Sedan. Pada musim berikutnya, beliau melakuka penampilan sulungnya ketika perlawanan Coupe de la Ligue menentang Reims. Secara keseluruhannya, Veretout telah beraksi sebanyak 146 perlawanan untuk Nantes sepanjang tempoh lima tahun kariernya bersama kelab Perancis itu.

Aston Villa[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2015, Veretout menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa selepas beliau setuju menandantangani kontrak selama lima tahun.[2][3] Veretout secara rasminya melakukan penampilan sulungnya untuk Aston Villa ketika aksi menentang Bournemouth pada 8 Ogos 2015.[4]

Pada 23 Ogos 2016, Veretout dipinjamkan ke kelab Saint-Étienne dari Aston Villa.[5][6]

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Julai 2017, Veretout melakukan perpindahan ke kelab Itali, Fiorentina selepas beliau bersetuju menandantangani kontrak selama empat tahun bersama pilihan untuk melanjutkannya sehingga ke lima tahun. Perpindahan yang membabitkan beliau dari Aston Villa itu dilaporkan bernilai €7 juta.[7][8]

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Julai 2019, Veretout menyertai Roma secara pinjaman bersama pilihan untuk dibeli dengan kekal.[9]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Veretout merupakan seorang bekas pemain bola sepak remaja Perancis. Beliau telah mewakili pasukan Perancis sejak dari peringkat bawah-18 sehingga pasukan bawah-21 Perancis. Beliau telah meraih kejuaraan Piala Dunia B-20 FIFA 2013 di Turki. Beliau telah diberi pujian berdasarkan prestasinya yang menyerlah bersama gandingan pemain tengah lain seperti Geoffrey Kondogbia dan Paul Pogba.[10] Veretout telah menyudahkan tendangan penalti pada aksi final dalam penentuan penalti bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Perancis.[11]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019[12][13]
Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Nantes 2010–11 1 0 0 0 1 0
2011–12 35 6 5 0 40 6
2012–13 31 0 3 1 34 1
2013–14 27 1 4 0 31 1
2014–15 36 7 4 0 40 7
Jumlah 130 14 16 1 146 15
England Aston Villa 2015–16 25 0 4 0 29 0
Perancis Saint-Étienne 2016–17 35 3 1 1 7 0 43 4
Itali Fiorentina 2017–18 36 8 2 2 38 10
2018–19 33 5 4 0 37 5
Jumlah 69 13 6 2 75 15
Jumlah kerjaya 259 30 27 4 7 0 293 34

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Nantes

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Perancis B20

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Player Profile Jordan Veretout". Barclays Premier League. 2016. Dicapai 4 February 2016. 
  2. ^ "Jordan Veretout: Aston Villa sign French midfielder". BBC Sport. 31 July 2015. Dicapai 31 July 2015. 
  3. ^ Oilver, Todd (31 July 2015). "Aston Villa unveil £8m Jordan Veretout as midfielder signs from Nantes on five-year deal". Daily Mail. Dicapai 5 August 2015. 
  4. ^ "J. Veretout". Soccerway. Dicapai 10 November 2015. 
  5. ^ "St Etienne sign Newcastle's Saivet and Villa's Veretout on a season's loan". BBC Sport. 24 August 2016. Dicapai 24 August 2016. 
  6. ^ Monier, Hugo (24 August 2016). "igue 1 : Saint-Etienne officialise les prêts d'Henri Saivet et Jordan Veretout". France TV Sport (dalam bahasa French). Dicapai 24 August 2016. 
  7. ^ "Official: Fiorentina sign Veretout". Football Italia. 25 July 2017. Dicapai 25 July 2017. 
  8. ^ "Jordan Veretout signe officiellement à la Fiorentina". L'Équipe (dalam bahasa French). 25 July 2017. Dicapai 25 July 2017. 
  9. ^ "UFFICIALE: Roma, dalla Fiorentina ecco Veretout in prestito con obbligo". Dicapai 20 July 2019. 
  10. ^ "Avec Paul Pogba et Geoffrey Kondogbia, il faut faire comme ça (France U20)". Eurosport. 4 July 2013. Dicapai 20 August 2015. 
  11. ^ "France triumph after shootout drama". FIFA. 13 July 2013. Dicapai 5 August 2015. 
  12. ^ "J. Veretout". Soccerway. Dicapai 20 May 2017. 
  13. ^ "Jordan Veretout". Ligue1.com (dalam bahasa Perancis). Ligue de Football Professionnel. Dicapai 29 July 2015. 

External links[sunting | sunting sumber]