Pergi ke kandungan

Andrianampoinimerina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Andrianampoinimerina
Potret gambaran baginda bertarikh 1905 oleh Ramanankirahina
Pemerintahansekitar 1787–1810
Nama penuhImboasalama Andrianampoinimerina
Keputeraan1745
Tempat keputeraanIkaloy
Mangkat1810 (berumur 6465)
Tempat mangkatAntananarivo
DimakamkanAmbohimanga, 1810
PendahuluAndrianjafy
PenggantiRadama I
DinastiDinasti Hova
AyahandaAndriamiaramanjaka
BondaPuteri Ranavalonanandriambelomasina

Andrianampoinimerina [anˈɖʐianˌmpuʲnˈmerʲnə̥, and.ziam.puin.mé.ri.nĕ] (1745-1810) memerintah Kerajaan Merina dari 1787 sehinggalah kemangkatan baginda. Pemerintahan ditandai dengan penyatuan Imerina berikutan berakhirnya perang saudara yang berlarutan selama 77 tahun, kemudiannya memulakan penyatuan kesemua kawasan Madagaskar di bawah kerajaan Merina.

Baginda dianggap sebagai seorang wira budaya dalam kalangan orang Merina serta juga dianggap sebagai salah satu pemimpin tentera dan tersohor dalam sejarah Madagaskar.

Peluasan wilayah

[sunting | sunting sumber]
Peluasaan Kerajaan Imerina dibawah pemerintahan Andrianampoinimerina, 1787-1810

Separuh kedua pemerintahan Andrianampoinimerina dari sekitar tahun 1800 dicirikan oleh usaha untuk menyatukan 18 kumpulan etnik pulau itu di bawah pemerintahannya.[1] Usaha ini bermula dengan penghantaran pesuruh diraja membawa jemputan untuk menjadi negeri naungan di bawah kedaulatan Andrianampoinimerina, atau berhadapan dengan penaklukan tentera.[2] Fokus pertama pengembangan ini adalah wilayah yang secara sejarahnya didiami oleh orang Merina tetapi telah berada di bawah pemerintahan kumpulan lain, terutamanya termasuk tanah timur yang dipegang oleh Orang Sihanaka dan Orang Bezanozano. Andrianampoinimerina kemudian menyatukan kuasa Merina di wilayah Betsileo tengah selatan jiran, menubuhkan pangkalan tentera untuk melindungi peneroka Merina sejauh selatan ke pergunungan Ankaratra dan Wilayah Faratsiho.[3] Kerajaan yang bersatu dengan Imerina hasil usaha diplomatik termasuk Betsileo sekitar Manandriana; Betsileo, Merina dan Antandrano Andrandtsay dari Betafo; dan wilayah barat Imamo. Sakalava dari Menabe dan Manangina menolak tawaran ini dan secara aktif menentang penguasaan Merina;[2] wilayah Bezanozano turut menentang, walaupun orang Merina berjaya mengekalkan cengkaman rapuh ke atas kawasan tersebut.[3]

Penaklukan secara beransur-ansur ke atas tanah sekeliling oleh Andrianampoinimerina dan tentera Merinanya ditentang dengan giat oleh orang Sakalava, yang kekal sebagai ancaman utama kepada Andrianampoinimerina dan rakyatnya.[4] Sepanjang pemerintahannya, kumpulan Sakalava melancarkan serangan hamba di Imerina dan membawa orang Merina yang ditangkap ke pantai untuk dijual kepada pedagang hamba Eropah. Tentera Sakalava melancarkan serangan berulang ke Imerina dan hampir menembusi ibu kota lebih daripada sekali. Andrianampoinimerina melancarkan beberapa kempen untuk meredakan orang Sakalava tetapi tiada yang berjaya. Beliau juga cuba mewujudkan keamanan melalui perkahwinan yang bertujuan membentuk pakatan politik, tetapi tidak mencapai keamanan berkekalan atau penghentian serangan hamba.[3]

Beberapa bangsawan Merina dan ahli keluarga diraja juga meletakkan pemerintahan Andrianampoinimerina dalam bahaya. Selepas menggulingkan Andrianjafy, raja yang tumbang itu cuba membunuh Andrianampoinimerina. Seorang pemberi maklumat yang tahu tentang konspirasi itu secara kebetulan menghalang percubaan pembunuhan itu. Untuk membalas jasa pemberi maklumat, Andrianampoinimerina mengahwinkan anak perempuannya dengan anak lelakinya, Raja Radama I. Andrianampoinimerina kemudiannya menyatakan bahawa anak-anak yang dilahirkan daripada penyatuan ini akan menjadi orang pertama yang akan menggantikan Radama. Tetapi perkahwinan itu tidak mempunyai anak, dan selepas Radama meninggal dunia pada 1828, isteri diraja ini akan memerintah Madagaskar selama 33 tahun sebagai Ratu Ranavalona I.[5] Autoriti Andrianaimpoinimerina juga diancam oleh anak angkatnya, Rabodolahy, yang merancang untuk membunuh Radama; apabila usaha ini gagal, dia cuba membunuh Andrianampoinimerina, tetapi ditemui dan dihukum bunuh.[6]

Pembukaan kota Antananarivo

[sunting | sunting sumber]

Bermula pada tahun 1797, Andrianampoinimerina memerintah kerajaannya daripada Antananarivo, ibukota lama Kerajaan Imerina. Baginda dianggap sebagai tokoh yang bertanggungjawab atas pembangunan dan penyusunan semula bandar ini dengan tujuan menjadikan ia sebagai model yang boleh dicontohi dan ditiru di setiap wilayah baru. Baginda meletakkan tempat persemayamannya - Rova Antananarivo - di puncak tertinggi bukit di kota, dan di tengah-tengah bandar ruang yang berkembang di sekitar itu, berdasarkan perlambangan suci dalam kepercayaan orang Merina berdasarkan ketinggian dan arah persekitaran.[7]

Setiap kelas sosial Merina telah ditetapkan daerah tinggal mereka: hamba hidup selatan rova (arah tidak disukai dalam kosmologi Merina), mainty (kelas khadam istana) tinggal di Amparihy tenggara kita tersebut, puak-puak penting (hova) diperuntukkan daerah barat, dan setiap tujuh sub-kelas banhsawan andriana ditempatkan di kawasan utara dan timur laut istana. Setiap kejiranan milik puak (foko) diorientasikan pada arah yang sama dengan arah kampung asal daripada ibu kota.[7] Para penghuni kota Antananarivo pada zaman kini membayangkan keadaan tempat tersebut pada zaman baginda sebagai pembayangan kepada keadaan ruang bandar yang harmoni dan sempura merangkumi kebijaksanaan dan kepentingan rohani dalam kalangan orang Merina.[7]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Andrianampoinimerina mangkat dalam istana Mahitsielafanjaka di Rova Antananarivo pada 6 Julai 1810 pada usia 65, meninggalkan sebelas anak lelaki dan tiga belas anak perempuan hasil perkahwinan dengan banyak permaisuri.[8]

  1. Ade Ajayi 1998, m/s. 413.
  2. 1 2 Ogot 1992, m/s. 877.
  3. 1 2 3 Ade Ajayi 1998, m/s. 415.
  4. Rich 2012, m/s. 229–230.
  5. Freeman & Johns 1840, m/s. 7–17.
  6. Callet 1908, m/s. 523–30.
  7. 1 2 3 Fournet-Guérin 2007.
  8. Buyers, Christopher. "Royal Ark: the Merina (or Hova) dynasty". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2011. Dicapai pada 3 February 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
Sumber