Angga Dwimas Sasongko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angga Dwimas Sasongko
Angga Dwimas Sasongko, IFFI (2015)
Kelahiran (1985-01-11) 11 Januari 1985 (umur 39)
Jakarta, Indonesia
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
  • Pengarah filem
  • Penerbit filem
Tahun aktif2008 - kini
Karya
  • Cahaya dari timur: Beta Maluku (2014)
  • Surat dari Praha (2016)
  • Mencuri Raden Saleh (2022)
  • 13 Bom di Jakarta (2023)
Anugerah
  • Anugerah Citra
  • Anugerah Usmar Ismail

Angga Dwimas Sasongko (lahir 11 Januari 1985 di Jakarta) ialah seorang pengarah dan penerbit filem Indonesia. Beliau mengambil pendidikan di Universiti Indonesia dalam jurusan sains politik. Kerjaya beliau bermula ketika beliau berusia 19 tahun. Pada tahun 2008, beliau mengasaskan Visinema Pictures, sebuah syarikat pengeluaran filem yang memenangi anugerah yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia.

Beliau telah mencipta berpuluh-puluh video komersial TV, ratusan muzik video, satu dokumentari cereka dan lima filem cereka. Filem keduanya, Hari Untuk Amanda (2010) pernah dicalonkan dalam Anugerah Citra 2010 untuk 8 kategori. Antara pencalonannya ialah Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Oka Antara), Pelakon Wanita Terbaik (Fanny Fabriana) dan Filem Terbaik.

Dengan filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku (Kami Orang Maluku), beliau menjadi penerbit termuda memenangi Anugerah Citra untuk Filem Terbaik dalam Festival Filem Indonesia, anugerah filem paling berprestij di negara Indonesia.

Filem-filem beliau yang lain turut mendapat pengiktirafan dan penghargaan dari industri perfileman Indonesia dan antarabangsa, termasuk Surat Dari Praha (2016) menjadikan penyertaan rasmi Indonesia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Akademi. Filem-filem beliau yang lain ialah Filosofi Kopi (2015), Bukaan 8 (2017) dan Filosofi Kopi 2: Ben & Jodi (2017).

Beliau adalah salah seorang pengarah filem yang paling dihormati di Indonesia dan yang pertama di negara Indonesia bekerjasama dengan Fox International Production untuk Wiro Sableng (212 Warrior) (2018).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Angga memenangi anugerah pertamanya apabila Cahaya Dari Timur: Beta Maluku (Kami Orang Maluku) dianugerahkan Filem Terbaik (juga dikenali Gambar Terbaik) di Festival Filem Indonesia (FFI) 2014.

Pada tahun 2014, Angga mengarah dan menghasilkan Filosofi Kopi, adaptasi daripada cerpen eponim Dewi "Dee" Lestari.[1] Filem ini juga menerima anugerah kebangsaan dan antarabangsa, serta dua Anugerah Citra untuk lakon layar adaptasi terbaik (Jenny Jusuf) dan penyuntingan terbaik (Ahsan Andrian) di Festival Filem Indonesia (FFI) 2016. Filosofi Kopi telah ditayangkan dalam banyak Festival Filem Antarabangsa, termasuk Festival Filem Kuda Emas Taipei dan BiFan.

Pada 2016, Angga mengarahkan Surat dari Praha, sebuah filem yang menceritakan tentang pengusiran pelajar Indonesia dari negara itu pada tahun 1965.[2] Filem ini memperoleh pujian pengkritik dan memenangi pelbagai anugerah termasuk Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik di Anugerah Usmar Ismail 2016.

Angga juga dikenali sebagai aktivis yang bekerja untuk Yayasan Muzik Hijau (Green Music Foundation) yang diuruskannya bersama penyanyi Indonesia, Glenn Fredly. Yayasan Muzik Hijau memulakan gerakan sosial bernama "Save Mentawai" sebagai tindak balas kepada gempa bumi dan tsunami Mentawai 2010. Angga juga dikenali sebagai pencipta kepada Projek Pondok Cerdas Indonesia atau PONDASI, sebuah pusat pembelajaran komuniti berasaskan perpustakaan yang dibina di beberapa kawasan luar bandar. Perpustakaan yang pertama kali dibina di Kampung Mapinang Selatan dan Kampung Pasapuat, Mentawai.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Foto Kotak dan Jendela (2006)
  • Jelangkung 3 (2007)
  • Muzik Hati (2008)
  • Hari Untuk Amanda (2009)
  • Cahaya Dari Timur: Beta Maluku (2013)
  • Filosofi Kopi (2015)
  • Surat Dari Praha (2016)
  • Bukaan 8 (2017)
  • Filosofi Kopi 2 (2017)
  • 212 Warrior (2018)
  • Suatu Hari Kita Akan Berbincang Tentang Hari Ini (2020)
  • Mencuri Raden Saleh (2022)
  • Jauh untuk Pulang (2023)
  • 13 Bom di Jakarta (2023)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yuliasri Perdani (12 April 2015). "Filosofi Kopi, a cup friendship soul searching". The Jakarta Post.
  2. ^ Yuliasri Perdani (30 January 2016). "Letters Prague a political exile story interviewed with romance Glenn Fredly' song". The Jakarta Post.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]