Antun kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Antun kanak-kanak ialah sejenis aktiviti jenayah, kadangkala melalui Internet, yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual.[1][2][3] Antun kanak-kanak juga digunakan untuk mengumpan kanak-kanak di bawah umur untuk bersubahat dalam perniagaan haram seperti pemerdagangan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, atau dalam terbitan pornografi kanak-kanak.[4][5][6]

Jenayah ini telah diharamkan dalam semua aspek sejak Konvensyen Antarabangsa untuk Pencegahan Pemerdagangan Wanita dan Kanak-kanak, yang dipersetujui pada tahun 1921 sebagai sebuah perjanjian multilateral (disetujui berbilang pihak) dalam Liga Bangsa yang mengemukakan masalah pemerdagangan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan jahat pada tahap antarabangsa. Masalah ini berleluasa pada zaman tersebut. Konsep antun setempat, di mana kumpulan geng antun mangsa-mangsa sejiran, ditakrifkan pada tahun 2010 oleh Pusat Eksploitasi dan Perlindungan Kanak-Kanak United Kingdom.[7]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pegawai Perisik Kay Wallace dengan komputer, telefon bimbit dan peranti storan digital yang dirampas dari rumah-rumah pedofil. Antun dalam talian melalui bilik sembang dan webcam ialah masalah yang pasukan pegawai COST hadapi dengan semakin kerap.

Untuk jalinkan hubungan yang elok dengan kanak-kanak dan keluarga mereka, pengantun kanak-kanak mungkin akan lakukan pelbagai perkara: Pelaku mungkin akan cuba peroleh kepercayaan mereka dengan menjadi rakan, dengan tujuan utama untuk mudah mendatangi kanak-kanak tersebut.[8][9][10] Hubungan yang kuat dengan keluarga bermakna ibu bapa kanak-kanak akan kurang percaya terhadap apa-apa jenis tuduhan yang timbul.[8] Pelaku mungkin akan mencari kesempatan untuk bersendirian dengan kanak-kanak tersebut, mungkin dengan menawarkan ibu bapa untuk menjaga anak mereka; pelaku mungkin ajak mereka bermalam di rumah mereka, untuk peluang berkongsi katil.[11] Mereka mungkin memberi hadiah atau wang kepada kanak-kanak sebagai pertukaran untuk hubungan seksual, atau tanpa apa-apa sebab.[11][12] Biasanya, mereka tunjukkan pornografi kepada kanak-kanak, atau bercakap mengenai topik seksual dengan anak itu, dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk menerima perkara sedemikian, dengan itu membiasakan hal itu.[13][14][15] Mereka juga mungkin melibatkan berpelukan, berciuman, ataupun bersentuhan, walaupun kanak-kanak tersebut tidak mahukan ia.[11][16]

Pelaku yang disyaki telah kerap kali menggunakan konon-konon "pembelaan khayalan," di mana yang disyaki berhujah ia hanyalah fantasi sahaja dan bukan rancangan sebenar, untuk pertahankan diri mereka atas perbuatan seperti hubungan dalam talian.[17] Di Amerika, undang-undang kes membezakan antara fantasi dan rancangan dan ramai yang dituduh "mengantun" berjaya lepaskan diri daripada dilaksana mahkamah.[18]

Di Internet[sunting | sunting sumber]

Antun seksual kanak-kanak juga berlaku di Internet. Pelaku akan berlakon sebagai kanak-kanak dalam talian dan akan buat rancangan untuk bertemu dalam dunia nyata. Facebook juga pernah terlibat dalam kontroversi berkenaan jika mereka ada ambil langkah berjaga-jaga. Jim Gamble, ketua Pusat Eksploitasi dan Perlindungan Kanak-Kanak (CEOP) di United Kingdom, berkata pada April 2010 bahawa jabatan mereka mendapat 292 aduan berkenaan pengguna Facebook pada tahun 2009 tetapi "Tiada aduan datang secara terus dari Facebook." Seorang jurucakap untuk Facebook membalas aduan-aduan dengan berjumpa CEOP secara berdepan, dan berkata, "Kami mengambil isu keselamatan dengan sangat serius."[19]

Pada tahun 2003, MSN laksanakan sekatan terhadap bilik sembang untuk melindungi kanak-kanak daripada orang dewasa yang cuba untuk mulakan perbualan seksual dengan mereka.[20] Pada tahun 2005, bilik sembang Yahoo! disiasat oleh pejabat peguam negeri New York kerana membenarkan pengguna untuk mencipta bilik sembang dengan nama yang menandakan tujuan ini. Oktober pula, Yahoo! setuju untuk "laksanakan dasar dan tatacara direka untuk pastikan" bilik sembang seperti itu tidak akan dibenarkan tercipta.[21]

Beberapa pertubuhan pengawas menggunakan penyiasat yang berlakon sebagai remaja bawah umur di Internet untuk mengenal pasti pencabul kanak-kanak dan serahkan maklumat berkenaan kepada pihak polis dan mahkamah. Rancangan berita Dateline NBC menggunakan kes-kes ini ke dalam rencana To Catch a Predator [Menangkap Pemangsa], berdasarkan pendokumenan aktiviti tersebut. Antara yang lain termasuk Perverted-Justice, Dark Justice dan Creep Catcher.

Pelbagai perisian komputer telah dicipta untuk bantu mengecam antun dan maklumkan ibu bapa.[22] Perisian sebegini menyemak bilik sembang dan daftar mesejan segera untuk apa-apa kelakuan yang boleh mengecamkan antun atau apa jua jenis kelakuan mencurigakan. Beberapa teknologi telah disuaikan dengan perkhidmatan rangkaian sosial dan ISP (pembekal perkhidmatan maklumat).[23]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Antun seksual kanak-kanak di internet selalunya melibatkan (99% daripada semua kes) julat umur 13–17, lebih-lebih lagi kanak-kanak berumur 13–14 (48%). Kebanyakan mereka perempuan. Selalunya pemangsaan ini berlaku dengan telefon pintar. Kanak-kanak dan remaja dengan masalah tingkah laki seperti yang suka mencari perhatian mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding yang lain.[24]

Antun setempat[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Takrif antun setempat dari sebuah dokumen daripada Pusat Eksploitasi dan Perlindungan Kanak-Kanak adalah seperti berikut:[7]

Antun setempat ialah sejenis eksploitasi seksual – sebelum ini dipanggil ‘antun jalanan’ dalam media - di mana kanak-kanak diantun dan dipergunakan secara seksual oleh pelaku, yang pada mulanya berjumpa di lokasi di luar rumah. Lokasi ini selalunya tempat awam, seperti taman, pawagam, di jalanan atau di rumah kawan. Pesalah sering bertindak bersama, menghasilkan hubungan dengan kanak-kanak tersebut sebelum mempergunakan mereka secara seksual. Sesetengah mangsa kepada 'antun jalanan' mungkin kata bahawa pesalah itu sebenarnya 'teman lelaki' mereka yang lebih tua; mangsa-mangsa ini memperkenalkan rakan-rakan mereka kepada kumpulan pesalah yang mungkin kemudiannya akan dipergunakan untuk tujuan seksual. Penganiayaan boleh berlaku di beberapa lokasi di dalam kawasan sama dan pada beberapa kali. ‘Antun setempat’ merupakan istilah yang digunakan CEOP dalam permintaan perisikan yang dikeluarkan kepada pasukan polis dan agensi perkhidmatan lain untuk menentukan data yang kami ingin terima.

Oleh kerana antun kanak-kanak (namun ia tidak ditakrif sebegitu pada zaman tersebut) di United Kingdom telah diharamkan sejak Konvensyen Perdagangan Hamba Kulit Putih 1910, idea antun setempat ditakrif sekitar tahun 1990. Sebuah dokumentari televisyen disiarkan pada Ogos 2003, di mana pelapor merungkaikan maklumat berkenaan siasatan yang dijalani pihak polis dan perkhidmatan sosial berkenaan dakwaan bahawa lelaki Asia Timur–British menyasarkan gadis-gadis bawah umur untuk hubungan seks, dadah, dan pelacuran di bandar West Yorkshire di Keighley.[25] Pertubuhan Penghapusan Alku (Crop, kini dinamakan Pace) dari Leeds telah cuba untuk bawakan perkara ini dalam perhatian awam pada tahun 2010.[26] Pada November 2010, kes antun seksual kanak-kanak Rotherham dapati berbagai sabitan ke atas pelaku deraan seksual kanak-kanak. Pada 2012, berbilang anggota dari geng perdagangan seks Rochdale disabit atas banyak kesalahan berkenaan. Pada 2016, berikutan penyiasatan eksploitasi seks kanak-kanak terbesar di United Kingdom – "lebih besar daripada kes di Rochdale dan Rotherham,"[27] 18 orang lelaki dalam kes lingkaran seks kanak-kanak Halifax disabit lebih daripada 175 tahun dalam penjara.[28]

Home Affairs Select Committee [Jawatankuasa Pilihan Hal-Ehwal Dalam Negeri] siasat pada tahun 2013 Eksploitasi seksual kanak-kanak dan balas kepada antunan tempatan.[29]

Menurut siasatan Inside Out London dan BBC Inside Out, gadis Sikh British muda yang tinggal di luar Britain pernah (dan masih lagi) menjadi sasaran oleh lelaki yang berpura-pura menjadi Sikh untuk menggoda dan antun mereka.[30]

Kesalahan jenayah[sunting | sunting sumber]

Umum[sunting | sunting sumber]

Dalam laporan Protection of Children Against Abuse Through New Technologies [Perlindungan Kanak-kanak Terhadap Penganiayaan Melalui Teknologi Baharu] oleh Jawatankuasa Konvensyen Jenayah Siber Majlis Eropah, majlis telah mengemukakan isu amang terhadap kanak-kanak melalui teknologi baharu (isu pornografi kanak-kanak di Internet telahpun dikemukakan dalam Perkara 9 Konvensyen tersebut) merujuk antun kepada melalui internet dan telefon bimbit.[31]

Sesetengah negara telah mengharamkan pengantunan dalam undang-undang negara mereka. Analisis undang-undang ini menunjukkan beberapa mungkin tidak diperlukan kerana berulang dengan undang-undang dan/atau amalan budaya yang sedia ada.[32]

Amerika[sunting | sunting sumber]

Di Amerika, menurut kanun jenayah 18 U.S.C. § 2422 merupakan suatu jenayah persekutuan untuk menggunakan surat, perdagangan antara negeri, dsb. untuk memikat individu bawah umur kepada aktiviti seksual di mana individu boleh disabit kesalahan jenayah. 18 U.S.C. § 2425 menjadikannya suatu kesalahan persekutuan untuk menghantar maklumat mengenai seseorang di bawah umur 16 tahun untuk tujuan ini. Sesetengah negeri mempunyai statut tambahan yang meliputi goda seorang kanak-kanak dalam talian, seperti undang-undang Florida yang menyebabkan "Mengguna Komputer untuk Memikat Kanak-Kanak" suatu feloni (jenayah berat).[33]

Undang-undang yang bertumpukan 'antun' pertama kalinya dikuat kuasa di seluruh persekutuan menentang Jerry Alan Penton dari Alabama pada tahun 2009. Penton dihukum 20 penjara akibat itu dan tambahan 20 atas pengedarann dan pemilikan pornografi kanak-kanak.[34]

Australia[sunting | sunting sumber]

Akta 1995 Seksyen 474.26 dan 474.27 dalam Kanun Jenayah Australia mengharamkan kegunaan "perkhidmatan telekom" untuk berkomunikasi dengan hasrat untuk mendapat individu di bawah umur 16 tahun, atau mendedahkan individu tersebut kepada apa-apa jenis barang tidak senonoh bertujuan kepada antun.[35] Setiap negeri dan wilayah mempunyai undang-undang yang sedemikian, cuma berbeza dari segi umur (contohnya mangsa harus berumur di bawah 16 tahun di Queensland). Undang-undang ini baru-baru ini diperkuatkuasakan sejak peristiwa pembunuhan Carly Ryan.

Belanda[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 2010, seksyen 248e ditambah ke dalam Kanun Jenayah Belanda mengharamkan antun (dalam talian) terhadap kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara atau denda kategori keempat dengan denda sejumlah € 20,500.[36]

Canada[sunting | sunting sumber]

Di Canada, Kanun Jenayah Seksyen 172.1 menjadikannya suatu kesalahan untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak melalui sistem komputer untuk tujuan melakukan kesalahan seksual (digelar "mengumpan budak").

Costa Rica[sunting | sunting sumber]

Di Costa Rica, sejak April 2013, Kanun Jenayah seksyen 167 bis, menjadikannya suatu kesalahan untuk menggoda kanak-kanak dengan kaedah elektronik. Dengan hukuman satu hingga tiga tahun penjara bagi pelaku yang, dengan cara apa-apa cuba untuk menghasilkan hubungan erotik atau seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Menurut Undang-Undang Malaysia 2017, Akta 792: Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Bahagian III, berkomunikasi dengan kanak-kanak secara seksual ataupun menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara seksual (di mana sama ada berkomunikasi benar-benar berunsur seksual mahupun dianggap oleh mana-mana orang yang munasabah dikira sebagai seksual), jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.[37] Jika dilakukan dengan niat untuk mudahkan pelakuan di bawah seksyen 5, 6, 7, 8, 14 atau 15 atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan, apabila disabit, akan dihukum penjara tidak melebihi 5 tahun dan juga boleh dihukum sebat, dan jika sudah dilakukan tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan. Jika berjumpa selepas pengantunan, dengan butiran yang sama dengan niat yang dinyatakan tadi, boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh dihukum sebat.

New Zealand[sunting | sunting sumber]

Undang-undang New Zealand menyatakan bahawa ia adalah suatu sejenayah untuk bertemu atau ingin bertemu dengan hasrat untuk melakukan hubungan seks haram dengan individu di bawah umur 16 tahun. Ini dicatatkan dalam Seksyen 131B dalam Akta Jenayah 1961.[38] Seksyen ini dilabelkan ‘Bertemu Warga Muda Berikutan Antun Seksual, dsb’. Mana-mana pelaku yang disabit boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 7 tahun.

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Di England dan Wales, seksyen 14 dan 15 dalam Akta Kesalahan Seksual 2003 menyatakan bahawa ia suatu jenayah untuk mengaturkan perjumpaan dengan individu di bawah umur 16 tahun, untuk di sendiri mahupun orang lain, dengan hasrat untuk menganiaya individu tersebut secara seksual. Perjumpaan itu sendiri juga dikira jenayah. Kesalahan itu membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara, dan sekatan kepada pesalah untuk berjawatan dengan kanak-kanak atau orang dewasa yang bakal terancam.[39]

Akta 2005 Perlindungan Kanak-kanak dan Pencegahan Kesalahan Seksual (Scotland) kemukakan peruntukan yang sama untuk Scotland.[40]

Maka, jenayah boleh dilakukan walaupun perjumpaan sebenar tidak berlaku dan tanpa kanak-kanak terlibat dalam perjumpaan (contohnya, jika seorang pegawai polis telah mengambil alih komunikasi tersebut dan berpura-pura menjadi anak itu). Dalam kes R v T (2005) EWCA Crim 2681, perayu, berumur 43, telah berpura-pura untuk berkawan dengan seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun, had pretended to befriend a nine-year-old girl, tetapi tidak lakukan apa-apa yang serius dengannya sebelum dia dicurigai budak tersebut dan dilaporkan berkenaan cubaan beliau. Beliau ada beberapa sabitan yang sebelumnya (termasuklah satu kes rogol) dan dikatakan "pemangsa pedofil yang tidak mahu berhenti". Mahkamah Rayuan melaksanakan hukuman lapan tahun penjara dan tempoh lesen lanjutan selama dua tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Child Sexual Abuse and the "Grooming" Process". 
  2. ^ Ost, Suzanne (2009). Child Pornography and Sexual Grooming : Legal and Societal Responses. Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press. m/s. 32. ISBN 9780521885829. 
  3. ^ Undang-Undang Malaysia, "Pengantunan kanak-kanak", Akta 792, m/s 12.
  4. ^ Crosson-Tower, Cynthia (2005). UNDERSTANDING CHILD ABUSE AND NEGLECT. Allyn & Bacon. m/s. 208. ISBN 0-205-40183-X. 
  5. ^ Levesque, Roger J. R. (1999). Sexual Abuse of Children: A Human Rights Perspective. Indiana University. m/s. 64. ISBN 0-253-33471-3. 
  6. ^ Richard Wortley; Stephen Smallbone. "Child Pornography on the Internet". Problem-Oriented Guides for Police. No. 41: 14–16. 
  7. ^ a b "EXECUTIVE SUMMARY CEOP thematic assessment" (PDF). ceop.police.uk. June 2011. 
  8. ^ a b Christiane Sanderson (2006). Counselling Adult Survivors of Child Sexual Abuse. Jessica Kingsley Publishers. m/s. 30. ISBN 1843103354. Dicapai April 6, 2016. 
  9. ^ Ian O'Donnell; Claire Milner (2012). Child Pornography: Crime, Computers and Society. Routledge. m/s. 59. ISBN 1135846286. Dicapai April 6, 2016. 
  10. ^ Robert Moore (2014). Cybercrime: Investigating High-Technology Computer Crime. Routledge. m/s. 86. ISBN 1317522974. Dicapai April 6, 2016. 
  11. ^ a b c Christiane Sanderson (2004). The Seduction of Children: Empowering Parents and Teachers to Protect Children from Child Sexual Abuse. Jessica Kingsley Publishers. m/s. 189. ISBN 184310248X. Dicapai April 6, 2016. 
  12. ^ Christiane Sanderson (2004). The Seduction of Children: Empowering Parents and Teachers to Protect Children from Child Sexual Abuse. Jessica Kingsley Publishers. m/s. 237–238. ISBN 184310248X. Dicapai April 6, 2016. 
  13. ^ Alisdair A. Gillespie (2012). Child Pornography: Law and Policy. Routledge. m/s. 108–109. ISBN 1136733825. Dicapai April 6, 2016. 
  14. ^ Jill S. Levenson; John W. Morin (2001). Treating Nonoffending Parents in Child Sexual Abuse Cases: Connections for Family Safety. Sage Publications. m/s. 63. ISBN 0761921923. Dicapai April 6, 2016. 
  15. ^ Monique Mattei Ferraro; Eoghan Casey; Michael McGrath; Michael McGrath (2005). Investigating Child Exploitation and Pornography: The Internet, the Law and Forensic Science. Academic Press. m/s. 159. ISBN 0121631052. Dicapai April 6, 2016. 
  16. ^ Eric Leberg (1997). Understanding Child Molesters: Taking Charge. Sage Publications. m/s. 35. ISBN 0761901876. Dicapai April 6, 2016. 
  17. ^ "The Fantasy Defense". CBS Evening News. May 24, 2000. Dicapai Jan 21, 2018. 
  18. ^ "Online child grooming" (PDF). Australian Institute of Criminology. Dicapai 2013-10-22. 
  19. ^ Edwards, Richard (9 April 2010). "Complaints about grooming and bullying on Facebook quadruple". The Daily Telegraph. London. 
  20. ^ "MSN begins closing its chatrooms". CNN.com. Oct 15, 2003. Dicapai Jan 21, 2018. 
  21. ^ "Yahoo shuts pedophilia-themed chat rooms". Cnet.com. Nov 11, 2005. Dicapai Jan 21, 2018. 
  22. ^ "New mobile phone app identifies predatory adults posing as children". Daily Mail. Jan 24, 2011. Dicapai Jan 21, 2018. 
  23. ^ "Technology | The 'anti-child grooming' website". BBC News. 2007-07-03. Dicapai 2013-10-22. 
  24. ^ Munro, Emily R. (August 2011). "The protection of children online: a brief scoping review to identify vulnerable groups" (PDF). Childhood Wellbeing Research Centre. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 26 May 2012. Dicapai 2013-10-22. 
  25. ^ Channel 4 News. "channel4.com: "Asian rape allegations" 27 Aug 2003". Diarkibkan daripada asal pada June 20, 2010. 
  26. ^ "independent.co.uk: "'They like us naive': How teenage girls are groomed for a life of prostitution by UK gangs" 31 Jan 2010". The Independent. 
  27. ^ "Child sexual abuse ring in Halifax: 25 men charged - police reaction". Halifax Courier. 9 February 2015. Dicapai 13 February 2018. police say is the largest child sexual exploitation (CSE) investigation in the country - bigger than high profile cases in Rochdale and Rotherham 
  28. ^ "Last two men sentenced in Calderdale's biggest child sex abuse case". Halifax Courier. 24 June 2016. Dicapai 13 February 2018. Sentences imposed on the sexual offenders now total more than 175 years and an 18th man convicted only of supplying the girl with cannabis was also jailed for 10 months. 
  29. ^ "publications.parliament.uk: "Home Affairs Committee - Second Report: Child sexual exploitation and the response to localised grooming" 5 Jun 2013". 
  30. ^ "British Sikh girls exposed to sexual grooming". BBC News. 
  31. ^ "Council of Europe - ETS No. 185 - Convention on Cybercrime". Conventions.coe.int. Dicapai 2013-10-22. 
  32. ^ Staksrud, E. (2013). "Online grooming legislation : Knee-jerk regulation?". European Journal of Communication. 28 (2): 152. doi:10.1177/0267323112471304. 
  33. ^ "Statutes & Constitution :View Statutes : Online Sunshine". Leg.state.fl.us. Dicapai 5 August 2012. 
  34. ^ Groos, Caleb (16 July 2009). "First 'Grooming' Child Porn Sentence: 40 Years – Sentencing – FindLaw Blotter". Blogs.findlaw.com. Dicapai 5 August 2012. 
  35. ^ Australia Criminal Code 1995. "474.26 Using a carriage service to procure persons under 16 years of age". Dicapai 11 April 2019.
  36. ^ "Wetboek van Strafrecht Artikel 248e". Overheid.nl (dalam bahasa Dutch). Rijksoverheid. Dicapai 9 October 2013. 
  37. ^ http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/aktaBM_20170707_WJW008739BM.pdf
  38. ^ "Crimes Act 1961 No 43 (as at 07 November 2015), Public Act 131B Meeting young person following sexual grooming, etc – New Zealand Legislation". www.legislation.govt.nz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-02-01. 
  39. ^ "Legislation.gov.uk". Legislation.hmso.gov.uk. 2013-10-16. Dicapai 2013-10-22. 
  40. ^ "Protection of Children and Prevention of Sexual Offences (Scotland) Act 2005". Opsi.gov.uk. 2011-05-26. Dicapai 2013-10-22. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Kim-Kwang Raymond Choo (2009). Online Child Grooming: A Literature Review on the Misuse of Social Networking Sites for Grooming Children for Sexual Offences [Antun Kanak-Kanak Dalam Talian: Sebuah Sorotan Kajian tentang Penyalahgunaan Laman Rangkaian Sosial untuk Antun Kanak-Kanak demi Kesalahan Seksual]. Australian Institute of Criminology. ISBN 9781921185861. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]