Pergi ke kandungan

Anugerah Terindah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Terindah
GenreDrama
Cinta
PenciptaSofia. J Rhyland (cerita dan idea asal)
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan dan Eja Lorena
PengarahKhairul Amri "Keoi" Khalid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Anugerah Terindah" oleh Aril
Lagu penutup"Anugerah Terindah" oleh Aril
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
PenyuntingHaikal Fadzil
Tempoh siaran38 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal13 Mac 2014 – 24 April 2014

Anugerah Terindah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Khairul Amri "Keoi" Khalid dengan skrip oleh Wan Mahani Wan Hassan dan Eja Lorena. Dibintangi oleh Sari Yanti, Ayda Jebat, Fezrul Khan dan Syafiq Kyle, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 13 Mac 2014 hingga 24 April 2014 menggantikan Istidraj Cinta.[1][2]

Anugerah Terindah mengisahkan tentang Amar, lakonan Fezrul Khan, yang mempunyai sikap dingin dan hanya komited pada kerjayanya sahaja. Amar juga tidak mempercayai wanita setelah gagal dalam membina rumah tangga. Berbeza dengan adiknya, Amir (Syafiq Kyle) yang lebih mesra dan sering keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Perbezaan sikap mereka berdua itu membuatkan mereka sering bertikam lidah. Ayah mereka, Dato’Rahman (Omar Abdullah) menasihati anak-anaknya agar berbaik namun Amar dan Amir tidak mengendahkannya.

Di pejabat, Dato’ Rahman mempunyai seorang setiausaha bernama Riana (Sari Yanti). Amar tidak menyukai Riana dan selalu mencari kesalahan Riana. Namun, mengenangkan akan Dato’ Rahman yang amat baik pada keluarga Riana, gadis itu terus bersabar dengan sikap Amar. Sementara itu, Amir cuba membuktikan bahawa dia juga boleh membuat keputusan yang bijak seperti Amar. Jadi, Amir menghasut ayahnya untuk membeli sebuah syarikat yang telah dijual oleh seorang ahli perniagaan. Melihat kesungguhan Amir, Dato’ Rahman memberi peluang dan meletakkan kepercayaannya pada Amir lalu bersetuju membeli syarikat itu.

Namun, sehari selepas membeli syarikat itu barulah mereka ketahui bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit hasil hutang pemilik syarikat sebelum ini. Musibah itu menyebabkan Dato’ Rahman diserang sakit jantung. Selepas kejadian itu, Dato’ Rahman dijaga oleh Riana. Malah, Riana turut menjaga anak kecil bernama Rita iaitu anak Dato’ Rahman bersama isteri keduanya yang baru sahaja meninggal dunia. Amar terkejut mendapat tahu ayahnya selama ini mempunyai isteri kedua.

Amar tidak berpuas hati kerana baginya selama ini dia mempertaruhkan sepenuh hidupnya pada syarikat mereka. Sedangkan ayahnya bersenang lenang dengan isteri baru manakala Amir pula tidak kisah tentang syarikat dan suka berfoya-foya. Sejak iu, Amar sering melepaskan perasaan marah dan bencinya pada Riana. Amir sentiasa mempertahankan Riana dan menceriakan gadis itu. Amar bertambah geram apabila Dato’ Rahman mengarahkan Riana untuk tinggal bersama mereka demi menjaga Rita. Dalam diam Amar sebenarnya cemburu melihat kemesraan di antara Dato’ Rahman, Amir, Rita dan Riana.

Di pejabat Amar mula rasa sunyi kerana tiada rakan untuk bergaduh. Tambahan pula dengan ketiadaan Riana membuatkan Amar seperti kucing hilang anak. Semuanya serba tidak kena. Amar mula sukakan Riana namun dia menafikannya. Amir pula tidak suka dengan keegoan Amar. Kemudian, Amir berpura-pura memikat Riana dan bermesra dengan Rita dan ayahnya di hadapan Amar. Ternyata ada sekelumit perasaan cemburu dalam hati Amar dan terutamanya pada Riana.

Sementara itu, Normah (Liza Shadan) yang merupakan sahabat baik kepada Dato’ Rahman dan arwah isteri pertamanya muncul dengan niat untuk mengusai kemewahan keluarga Dato’ Rahman. Normah turut menyuruh anaknya, Zara (Adriana) menggoda Amar. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjauhkan Riana dari Amar dan Amir. Ketika Riana jatuh sakit, Amir menjadi tidak keruan dan segera pergi ke rumah Riana. Keadaan Riana yang tidak sihat itu bukan sahaja membuat Amir seorang yang susah hati malah Amar juga turut dalam kegelisahan. Ketika Amar muncul di rumah Riana, dia melihat Amir sedang menyuapkan makanan pada Riana dalam keadaan mesra. Amir sengaja mengambil peluang itu untuk mempamerkan aksi mesra dan manja bersama Riana di depan abangnya.

Amar yang merasakan tiada harapan untuk bersama dengan Riana, akhirnya terpedaya dengan godaan Zara. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Zara berjaya memikat Amar? Adakah selama ini Amir sememangnya menyintai Riana? Atau Amar akan menurunkan ego demi cintanya pada Riana? Siapakah yang bertakhta di hari Riana?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Luka" - Zarul & The Protes
  • "Anugerah Terindah" - Aril
  • "Jangan Tinggalkan Aku" - Abstrak Hingga Ke Bulan
  • "Setelah Kau Pergi" - Abstrak Hingga Ke Bulan
  1. ^ Zaza Zehra (18 Mac 2014). Anugerah Terindah Sari Yanti Dan Fezrul Khan Hyebro. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  2. ^ Anugerah Terindah BudakGemok. Dicapai pada 18 Jun 2014.