Asmak Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustazah

Asmak Husin
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1 Julai 2018 – 30 Jun 2021
Didahului olehKhairiah Mohamed
Digantikan olehWan Martina Wan Yusoff
Butiran peribadi
Lahir (1978-05-16) 16 Mei 1978 (umur 45)
Kampung Tapang, Kota Bahru, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
(2020-kini)
PasanganMohd Fakaruddeen Che Omar
Kediaman Kelantan
PekerjaanAhli politik, Pendakwah

Ustazah Asmak Husin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan[1]. Asmak merupakan lulusan Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Undang-undang dan Pentadbiran Agama Islam dari Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Penglibatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam aktiviti wanita dan masyarakat khususnya di negeri Kelantan. Antaranya beliau merupakan ahli penggubal Dasar Kanak-kanak Fitrah Negeri Kelantan, ahli jawatankuasa semakan Dasar Wanita Kelantan, dan ahli Jawatankuasa Induk Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Negeri Kelantan sejak tahun 2013. Selain itu, beliau juga merupakan ahli Persatuan Ulama Malaysia dan pernah muncul di kaca televisyen Malaysia sebagai ahli panel bagi rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita di TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]