Asmirandah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asmirandah
Asmirandah.jpg
Kelahiran Asmirandah Zantman
(1989-10-05) 5 Oktober 1989 (umur 28)
Indonesia Jakarta, Indonesia
Pekerjaan Pelakon, penyanyi, model
Tahun aktif 2000–kini
Pasangan Jonas Rivanno (berkahwin 2013)

Asmirandah Zantman (lahir 5 Oktober 1989) atau lebih dikenali sebagai Asmirandah merupakan seorang pelakon sinetron Indonesia.[1][2] Beliau memulakan kerjayanya di dunia hiburan tanah air lewat sinetron Kawin Gantung. Namanya mula dikenali oleh orang ramai sejak membintangi beberapa sinetron seperti Inikah Rasanya? dan Cinta SMU 2.

Andah juga membintangi beberapa produk iklan televisyen seperti: Gery Cokluut, Gery Saluut, XL, Rexona,Suzuki Spin, dan AC Sharp. Pendidikan formal terakhir adalah D3 Jurusan sutradara pada The Next Academy Jakarta. Beliau pernah menjalin hubungan dengan Dude Harlino sebelum kemudian putus. Sejak pertengahan tahun 2012 beliau menjalin hubungan kekasih dengan sesama pelakon sinetron, Jonas Rivanno.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Asmirandah dilahirkan pada 5 Oktober 1989 di Jakarta, beliau merupakan anak bongsu Anton Farmidji Zantman dan Sani Suliwati. Beliau berdarah kacukan Belanda di sebelah bapanya dan Betawi di sebelah ibunya.[3][4]

Beliau mula muncul di sinetron Indonesia pada 2004. Beliau melangkan ke peranan peragawati dalam bebrapa iklan termasuk Coca-Cola dan Suzuki, dengan kemunculan fizikalnya dan rambut panjangnya.[5]

Asmirandah juga menghargai sastera dan sajak, pada 2012, beliau menerbitkan koleksi cerpen pertamanya bertajuk « Lovandah ».[6][7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Asmirandah pernah berpacaran dengan Dude Harlino pada lewat 2000an, tetapi berpisah kerana perbezaan umur pada 2011.[8] Pada 2012, beliau mengesahkan hubungannya dengan pelakon Jonas Rivanno meskipun perbezaan agama mereka, yang mewujudkan kontroversi dalam kebudayaan Indonesia dan tidak direstui oleh keluarga Asmirandah.[9][10]

Berpendidikan dalam keluarga Muslim taat,[11] beliau beralih ke Protestantisme dan telah dibaptiskan pada Jula 2013, kemudian berkahwin dengan Jonas Rivanno di Singapura, pada 22 Disember 2013.[12] Beliau menafikan khabar angin penukaran paksa, berkata ia adalah secara sukarela selepas bermimpi Jesus.[13]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sinetron[sunting | sunting sumber]

  • Haji Qomar
  • Kawin Gantung Belatung
  • Inikah Rasanya?
  • Cinta SMU 2
  • Arti Cinta
  • Maha Kasih
  • Maha Kasih 2
  • Kau Masih Kekasihku
  • Wulan
  • Surgamu
  • Baby Doll
  • Melody
  • Aisyah (2007)
  • Nona Dewa
  • Hingga Akhir Waktu
  • Kau Masih Kekasihku
  • Sekar
  • Nikita (2009)
  • Dari Sujud Ke Sujud
  • Binar Bening Berlian (2011)
  • Iskul Musikal
  • Separuh Aku

Muzik video[sunting | sunting sumber]

  • Benci Bilang Cinta (Radja)
  • Malaikat Cinta (Kapten)
  • Salahkah Kita (feat. Robinhood)
  • Dalam Mihrab Cinta (Afgan)
  • Bunga-Bunga Cinta (feat. Dude Harlino)
  • Aku Jatuh Cinta (Asmirandah)
  • Ketulusan Cinta (Asmirandah)
  • Aku Ingin Kamu (Asmirandah)

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Liar (2008)
  • Ketika Cinta Bertasbih 2 (2009)
  • Dalam Mihrab Cinta (2010)
  • Jakarta Hati (2010)
  • Rectoverso (2013)
  • Teman Bayangan (2013)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Aku Jatuh Hati
  • Salahkah kita (ft. Robinhood)
  • Bunga-Bunga Cinta (ft. Dude harlino)
  • Lagu Tema Aku Ingin Kamu
  • Ketulusan Cinta

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2012 Panasonic Gobel Awards Aktris Favorit Asmirandah Menang
2013 Nickelodeon Indonesia Kids' Choice Awards Favorite Actress Asmirandah Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]