Assim al-Hakeem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Assim al-Hakeem
NamaAssim al-Hakeem
LahirAssim bin Luqman al-Hakeem
(1962-11-23)23 November 1962
Khobar, Arab Saudi
Nama lainSyekh Assim al-Hakeem
Pekerjaan
DenominasiAhli Sunnah
Alma materUniversiti Raja Abdul Aziz
Universiti Umm al-Qura
Laman webwww.assimalhakeem.net

Syeikh Assim bin Luqman al-Hakeem (bahasa Arab: عاصم بن لقمان الحكيم; lahir 23 November 1962) ialah seorang ulama berpusat di Arab Saudi.[1] Assim terkenal sebagai salah seorang pendakwah Islam berbahasa Inggeris di Arab Saudi.[2] Assim al-Hakeem mendapatkan populariti yang tinggi melalui sesi soal jawabnya yang lazim dimuat naik melalui media sosial.[3][4][5]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Assim lahir dalam keluarga kuat agamanya. Sejak muda, Assim sudah tertarik dengan bidang pengajian Islam. Assim tamat sekolah menengah 1980, dan menerima ijazah sarjana muda seni dalam linguistik dari Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 1987, dan gelaran lebih tinggi dalam pengajian Islam di Universiti Umm al-Qura, Makkah pada 1998. Assim juga telah mempelajari kitab-kitab ulama Ibnu Utsaimin selama beberapa tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Syekh Assim memulai kerjayanya pada 1988 dengan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah menengah.[2] Beliau ialah imam masjid di Jeddah, satu peranan yang telah dipegangnya selama 20 tahun terakhir, di mana beliau menjadi pengkhutbah solat Jumaah dan memberi ceramah tentang ilmu pengetahuan Islam.

Syekh Assim al-Hakeem mahir berbahasa Inggeris dalam dakwah Islam, dan biasanya menyertai dan menguruskan acara program Islamik berbahasa Inggeris di media sosial, seperti Questions and Answers (Ask Huda), Umdatul Ahkaam, Youth Talk dan Mercy to the Worlds. Assim juga berdakwah di pelbagai saluran televisyen dan radio seperti Al Huda, Peace TV,[2] Iqraa (bahasa Arab) dan saluran Saudi 2.

Assim juga sering melawat Eropah, Asia dan Timur Tengah untuk menyampaikan ceramah Islam atas undangan pelbagai pertubuhan, dengan sebagian besar ceramah dimuat naik ke YouTube.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Syekh Assim bekerja 8-9 jam sehari. Pada waktu lapang, Assim juga pergi ke gimnasium empat hari seminggu, bermain skuasy, ping-pong dan badminton. Di kelas, beliau mengajar pelbagai kitab, dan kemudiannya pulang untuk menghabiskan waktu bersama keluarganya. Assim menyatakan bahawa beliau dapat menghabiskan 95% waktunya bersama keluarganya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Biography of Sheikh Assim al-Hakeem (Interview 2010) | ASSIM AL-HAKEEM". web.archive.org. 2018-07-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 2023-05-06. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c "Assim Al Hakeem". web.archive.org. 2018-07-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-26. Dicapai pada 2023-05-06. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Media, Kompas Cyber (2023-05-03). "Siapa Sheikh Assim al-Hakeem yang Viral di Media Sosial? Halaman all". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-05-06.
  4. ^ "Sosok Sheikh Assim al-Hakeem, Ulama Arab Viral Jawab Pertanyaan Nyeleneh, Dijuluki Savage Syekh". MSN (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-05-06.
  5. ^ "Mengenal Sheikh Assim al-Hakeem, Ulama Arab yang Viral Gara-gara Kerap Jawab Pertanyaan Kocak". Tribunjakarta.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-05-06.
  6. ^ "assimalhakeem - YouTube". www.youtube.com. Dicapai pada 2023-05-06.