Aubervilliers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aubervilliers
Housing projects at dusk
Housing projects at dusk
Paris and inner ring départements
Paris and inner ring départements
NegaraPerancis
KawasanÎle-de-France
JabatanSeine-Saint-Denis
ArrondissementSaint-Denis
Kanton2 cantons
InterkomunalitiPlaine Commune
Keluasan
1
5.76 km2 (2.22 batu persegi)
Penduduk
 (2006)2
74,221
 • Kepadatan13,000/km2 (33,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
93001 /93300
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.

Aubervilliers (Sebutan bahasa Perancis: [obɛʁvilje]) ialah sebuah komun di bahagian perbandaran timur Paris, Perancis. Ia terletak 7.2 km (4.5 bt) dari pusat Paris.

Nama[sunting | sunting sumber]

Semasa zaman pertengahan, nama Aubervilliers yang direkodkan ialah Alberti Villare, bermaksud "estet (villare) Adalbert". Adalbert ialah nama Germanik yang bermaksud "bangsawan (Adal-) dan pintar (-bert)" (Inggeris Kuno Æþelbeorht) yang melahirkan Albert dalam bahasa Inggeris moden, Aubert dalam bahasa Perancis Kuno, dan Albert dalam bahasa Perancis moden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 1860, kota Paris telah diperbesarkan dengan menggabungkan komun-komun berhampiran. Dalam pada itu, sebahagian kecil komun Aubervilliers telah digabungkan dengan kota Paris. Pada masa yang sama, komun La Chapelle-Saint-Denis telah dimansuhkan dan dibahagikan antara Paris, Aubervilliers, Saint-Denis, dan Saint-Ouen. Aubervilliers menerima sebahagian kecil jajahan La Chapelle-Saint-Denis.

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Imigrasi[sunting | sunting sumber]

Tempat lahir bagi penduduk Aubervilliers dalam tahun 1999
Lahir di Perancis Metropolitan Lahir di luar Perancis Metropolitan
63.2% 36.8%
Lahir di
Perancis seberang laut
Lahir di luar negara dengan kerakyatan Perancis semasa lahir¹ Imigran EU-15² Imigran bukan EU-15
2.8% 2.3% 5.8% 25.9%
¹Kelompok ini kebanyakannya terdiri daripada pieds-noirs dari Afrika Barat Laut, diikuti oleh bekas rakyat koloni yang memiliki kerakyatan Perancis seja lahir (misalnya golongan elit penduduk asal dan koloni Perancis), dan anak bagi ekspatriat Perancis yang lahir di luar negera. Sila maklum bahawa luar negara di sini bermaksud negara bukan sebahagian daripada Perancis sejak 1999, jadi contohnya jika seorang lahir dalam 1950 di Algeria, semasa Algeria merpupakan sebahagian daripada Perancis, dia akan disenaraikan sebagai orang kelahiran luar negara dalam statistik Perancis.
²Seorang imigran ialah seorang yang lahir dalam negara luar dan tidak memiliki kerakyatan Perancis semasa lahir. Sila maklum bahawa seorang Imigran mungkin telah mendapat kerakyatan Perancis selepas berpindah ke Perancis, namun masih dianggap imigran dalam statistik Perancis. Sebaliknya, orang yang dilahirkan di Perancis dengan kerakyatan asing (anak kepada imigran) tidak disenaraikan sebagai imigran.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Aubervilliers

Aubervilliers dibahagikan kepada dua kanton:

  • Kanton Aubervilliers-Est (Timur): 36,010 orang penduduk;
  • Kanton Aubervilliers-Ouest (Barat): 27,126 orang penduduk.

Tokoh-tokoh[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Aubervilliers memiliki 14 écoles maternelles, 15 écoles élémentaires, 5 collèges, dan 4 lycées. Kota ini juga memiliki tiga institusi persendirian dan beberapa intitusi khas.[1] Collèges termasuklah Diderot, Rosa Luxemburg, Jean Moulin, Gabriel Péri, dan Henri Wallon.[2]Lycées pula termasuklah Lycée Polyvalent D'Alembert, Lycée d'enseignement général et technologique Le Corbusier, Lycée professionnel Jean-Pierre Timbaud, dan Lycée d'enseignement général et technologique Henri Wallon.[3]

Terdapat tiga buah perpustakaan di Aubervilliers, masing-masing ialah André Breton, Paul Eluard, Henri Michaux, dan Saint-John Perse.[4]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Di Aubervilliers, terdapat dua stesen Paris Métro Line 7 iaitu Aubervilliers–Pantin–Quatre Chemins dan Fort d'Aubervilliers.

Aubervilliers is also served by La Courneuve – Aubervilliers station on Paris RER line B. This station, although administratively located on the territory of the neighboring commune of La Courneuve, lies in fact very close to the town center of Aubervilliers.

Monumen[sunting | sunting sumber]

Fail:Quartier du Cornillon et Stade de France - 03.04.05.JPG
Stade de France dan daerah La Plaine

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Etablissements Diarkibkan 2010-12-22 di Wayback Machine." Commune of Aubervilliers. Retrieved on 17 June 2010.
  2. ^ "Collèges." Commune of Aubervilliers. Capaian 2011-02-22.
  3. ^ "Lycées." Commune of Aubervilliers. Capaian 2011-02-22.
  4. ^ "Les plans Diarkibkan 2011-06-15 di Wayback Machine." Commune of Aubervilliers. Capaian 2011-02-22.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Paris Metropolitan Area