Awesome Raja Lawak Alumni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Awesome Raja Lawak ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang berkonsepkan pencarian bakat sebagai pelapis kepada golongan pelawak elit sedia ada ini agar dapat diketengahkan dalam industri seni hiburan di Malaysia.Setiap minggu, peserta akan menampilkan jenaka mengikut tema yang ditetapkan di atas pentas.

Kini selepas tamatnya Awesome Raja Lawak, Pihak Awesome TV menggantikan program raja lawak ini dengan program raja lawak yang sama dengannya iaitu Awesome Raja Lawak #Alumni. Program raja lawak ini menampilkan para Alumni berentap sesama sendiri untuk merebut gelaran juara.

Awesome Raja Lawak Alumni
GenreRealiti
Komedi
PengacaraChiwan
Nizam Jentik-Jentik
JuriSaiful Apek
Ayda Jebat
Khir Rahman
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Syarikat penerbitan
AWESOME MEDIA NETWORK SDN BHD.
Penyiaran
Saluran asalAwesome TV (123)
MyTV (112)
Format gambar1080i HDTV (16:9)
Format audioStereo
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal9 November 2022
StatusSudah Ditayangkan
MengikutiAwesome Raja Lawak
Rancangan berkaitan
Raja Lawak

Format rancangan[sunting | sunting sumber]

Program ‘Awesome Raja Lawak #Alumni’ kini bersiaran untuk menggantikan 'Awesome Raja Lawak' yang sudah selesai tayangannya. Masih dikendalikan sepenuhnya oleh Chiwan dan Nizam Jentik Jentik yang telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hos musim ini.

8 Alumni yang akan berentap di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ untuk membuktikan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang Komedi pula adalah terdiri daripada peserta Duo dan Trio.

Sistem pemarkahan program ‘Awesome Raja Lawak #Alumni’ pula akan diadili 100% oleh pihak juri tetap berdasarkan tiga komponen utama penilaian iaitu aspek vokal yang mewakili 50%, persembahan sebanyak 30% dan 20% lagi untuk kreativiti.

Uniknya, markah Peserta yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah peserta terendah. Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah akan mara ke pusingan penyingkiran. Peserta yang akan tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.

Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program ‘Awesome Raja Lawak’ ialah Saiful Apek, Ayda Jebat serta Khir Rahman.

Senarai Alumni[sunting | sunting sumber]

Mamak, Mamat Sepah, Amir, Abu Mamu, Man Raja Lawak, Caca Dboss, Ilham, Wan Wala, Achok, Chot, Pak Cu, Che Mat, Faiz, Kijat Kintan, Atan Kintan, Momo Okay, Yim Okay, Ajoe Mamu dan Idlan.