Saiful Apek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Saiful Apek
Saifulazam15102008.jpg
Saiful Apek di sebuah taman.
Kelahiran Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff
(1969-05-12) 12 Mei 1969 (umur 49)
Rasmi (1969-08-15) 15 Ogos 1969 (umur 49)
Gombak, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Nama lain Apek Senario
Pekerjaan Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi
Tahun aktif 1994 - kini
Terkenal kerana kumpulan Senario
Pasangan Roslina Abu Hassan (berkahwin 1994)
Anak Mohd Riyadh Aslam
Mohd Radzin Aiman

Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara yang terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem di Malaysia pada waktu ini.[1] Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario walaupun telah keluar dari kumpulan tersebut, beliau tetap sering dipanggil sebagai tetamu khas di rancangan televisyen Senario.[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Saifulazam bin Mohd Yusoff di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahir Saiful adalah 12 Mei 1969.[4] Kekeliruan yang wujud itu disebabkan peristiwa 13 Mei 1969 apabila beliau terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat Saiful dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama pada 1994 anjuran TV3, sekali gus popular menerusi sitkom Senario yang disiarkan sehingga 2013. Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan hiburan paling popular di TV3, Melodi bersama Fauziah Ahmad Daud dengan menggunakan nama Apek.[4]

Saiful memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd dan pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABPBH03).[5] Apek membuat penampilan filem pertama menerusi watak undangan khas dalam filem Puteri Impian 2 arahan Aziz M. Osman lakonan Amy Mastura. Apek dan kumpulannya, Senario muncul bersama dalam filem sulung lakonan mereka, Senario The Movie yang ditayangkan pada 1999. Dalam filem ini, Apek memegang watak bos pesta ria, Apek kemudiannya muncul dalam empat lagi filem lakonan Senario.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[6] Apek muncul bersama Faizal Hussein dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[7]

Pada 1 November 2004, Apek melancarkan kelab peminatnya Apek's F.C (A.F.C) bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara beliau dan peminat.[8][9]

Filem lakonan Saiful yang paling berjaya bagi tahun 2006 ialah Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim. Beliau melakonkan watak utama, bersama pelakon yang terlibat termasuk Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yasmin Hani, Yusry KRU, Jalaluddin Hassan, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Apek memegang watak sebagai Hairi, seorang pemuda yang sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses uji kaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny, bekerja di syarikat milik Profesor Klon, di Bandar Metrofulus.[10] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam rancangan komedi santai Gitu-Gitu Apek yang bersiaran di Astro Ria.[11]

Apek memegang watak sebagai Jimmy dalam filem komedi khayalan, Duyung arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang menggandingkan beliau bersama Maya Karin yang memegang watak sebagai Puteri.[12] Filem ini ditayangkan pada 6 Mac 2008 hingga kejayaan komersial.[13] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini dengan menyanyikan lagu bertajuk "Aspalela".[14]

Apek kembali menjayakan peranannya sebagai Hairi/Cicakman dalam filem Cicakman 2 - Planet Hitam yang ditayangkan pada 11 Disember 2008.[15] Watak Cicakman lakonan beliau juga membuat kemunculan khas dalam filem The Wedding Game.[16]

Beliau ditawarkan menyertai Maharaja Lawak Mega 2015, namun menolak bagi menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior.[17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam (lahir 1996) dan Mohd Radzin Aiman (lahir 1998).[18][5]

Beliau juga memiliki restoran Gitu-Gitu Char Koey Tiaw yang beroperasi di Pulau Pinang.[5] Pada 2013, Apek mengambil keputusan untuk berhenti merokok.[19]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saiful Apek didapati bersalah kerana memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.[20] Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan beliau membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.[21][22]

Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.[23] Pada 25 April 2014, Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan.[24][25]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
1998 Puteri Impian Aziz M. Osman Artis jemputan
1999 Senario The Movie Saiful
2000 Mimpi Moon Penyanyi studio Datin Paduka Shuhaimi Baba Kemunculan khas
Senario Lagi Saiful Aziz M. Osman
2001 Lagi-Lagi Senario
2002 KL Menjerit Kilat Bade Hj. Azmi Kemunculan khas
2003 Gila Bola Luncai Aziz M. Osman
Jutawan Fakir Fakir bin Miskin Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Laila Isabella Harun Rashid Sibir
MX3 Masdor Yusof Kelana
Lang Buana Gunung Mamat Khalid
2004 Berlari Ke Langit Bade Hj. Azmi Kemunculan khas
Biar Betul Khai Aziz M. Osman Penerbit bersama
Bintang Hati Pengurus kompleks Kemunculan khas
Cinta Luar Biasa Husin Rashid Sibir
Gila-Gila Pengantin Remaja Wong Aziz M. Osman Kemunculan khas
Kuliah Cinta Terry Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
2005 Anak Mami Kembali Saiful
Gangster Black Bade Hj. Azmi Kemunculan khas
Gila-Gila Pengantin Popular Zul Aziz M. Osman
GK3 The Movie Saiful Datuk Yusof Haslam Kemunculan khas
KL Menjerit 1 Kilat Bade Hj. Azmi Kemunculan khas
Lady Boss Saiful Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen Penerbit bersama dan bersekutu
Senario XX Jeneral Zoragas Aziz M. Osman
Tak Ori Tapi Ok Zali A. R. Badul
2006 Main-Main Cinta Encik Aznil Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Man Laksa Fadhil Mat Dom Mamat Khalid
Bujang Senang Bujang/Datuk Azlan Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Nana Tanjung Akhbar Khan
Salah Bapak Selamat A.R Badul
Cicakman Hairi / Cicakman Yusry Abdul Halim
2007 Otai Aiman Tan Sri Mydin Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Nana Tanjung 2 Akhbar Khan
2008 Duyung Jimmy
Cicakman 2 - Planet Hitam Hairi / Cicakman Yusry Abdul Halim
2009 The Wedding Game Cicak-man Ekachai Uekrongtham Kemunculan khas
Sifu & Tongga Sifu Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
2010 Kecoh Betul Abang Don S. Baldev Singh
4 Madu Azlan/Azrul Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
Magika Hang Tuah Edry Abdul Halim Kemunculan khas
2011 Raya Tak Jadi! Shuib Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
2012 Bujang Telajak Saiful
Hantu Air Yassin Murali Abdullah
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Apong Tauke Raja Lawak
Shh...Dia Datang Enol Dirinya sendiri Juga sebagai penulis skrip, pengarah dan penerbit
2013 Rock Oo! Cik Man Mamat Khalid
Kecoh Hantu Raya Tok Chai Ebby Opie Zami
Banglasia Namewee
2014 Mana Mau Lari Tak Tau Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen Kemunculan khas
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Mirdu Mamat Khalid
2015 Gangsterock Kasi Sengat Bromo Soffi Jikan
2016 Lu Mafia Gua Gangster Pelanggan restoran Krishna Roy Kemunculan khas
Muluk dan Konco Dato' Prof. Dr. A. Razak Mohaideen
2017 Pak Pong Tok Belantara Fauzi Nawawi Kemunculan khas
2019 XX-Ray 3 Filem dan drama yang belum dikeluarkan Aziz M. Osman Pos-produksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1994 Sinaran Pasport Kegemilangan Dirinya sendiri (Peserta) TV3
1998 - 2005 Senario TV3
1998 - 1999 Melodi Dirinya sendiri (Pengacara) TV3
1999 Senario In Person Dirinya sendiri (Tetamu) TV3
2006 - 2007 Gitu-Gitu Apek Astro Ria
2009 - 2010 Jangan Tidur Lagi Dirinya sendiri (Pengacara) TV3
2011 Zizan Show Dirinya sendiri (Tetamu) Astro Warna
2011 - 2012 S.Y.O.K TV1
2011 - 2012 Maharaja Lawak Dirinya sendiri (Juri tetap) Astro Warna
2011 - 2013 Edisi Khas TV3
2013 Raja Lawak Astro S7 Dirinya sendiri (Juri tetap) Astro Warna
2016 - 2017 Lawak Solo Dirinya sendiri (Juri tetap) Astro Warna
2017 Lawak Ke Der Tak Coverline Dirinya sendiri (Tetamu) Astro Warna
2018 Di Balik Tawa Dirinya sendiri (Tetamu) Astro Warna
Bintang Bersama Bintang Musim 2 Dirinya sendiri (Juri tetap) TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 O.K Lim Tem Pek / Saiful Juga sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit eksekutif / terus-ke-video
2003 Champion Sood Direct-to-video
Qudut & Qatik Qudut Pengarah / direct-to-video
Jadi Tak Jadi?
Apa Nak Dikata? Azmi Direct-to-video
Siapa Tak Sayang Bini 1 & 2 Saiful Direct-to-video
Neon Lelaki Pelik Kemunculan khas / direct-to-video
Pelakon Popular Dirinya sendiri Kemunculan khas / direct-to-video
2004 Hero Yang Terlampau Kemunculan khas / direct-to-video
2006 Gitu-Gitu Apek Aidilfitri
2016 Last Kopek Havoc Taiko San Direct-to-video
2017 Gitu-Gitu Raya

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan Album
2008
"Aspalela"
OST Duyung
2009
"Kalakian"
Diarra Saiful Apek & Famili
"Hua Hua Hua"
2013
"Pak Pung"
Isma AF7 & Altimet

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2003 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 Bintang Paling Popular Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Dicalonkan
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marina Shabudin (23 Jun 2016). "Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak". Sinar Harian. Dicapai 9 April 2018. 
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (21 Ogos 2016). "Saiful Apek dah tak lakon komedi?". Harian Metro. Dicapai 22 Ogos 2016. 
  3. ^ Rudy Syareme Sheriffudin (17 Mac 2015). "Apek perlahan 'kayuhan'". Harian Metro. Dicapai 22 Mac 2015. 
  4. ^ a b c Suzan Ahmad (2004). "Boleh ke Saiful Apek jadi serius?". Berita Harian. Diarkibkan daripada asal pada 3 January 2007. 
  5. ^ a b c Syed Mussaddad Syed Mahdi (6 Ogos 2017). "Transisi hidup Saiful Apek". Utusan Malaysia. Dicapai 7 Ogos 2017. 
  6. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  7. ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai 3 Februari 2018. 
  8. ^ Abd. Aziz Itar (1 November 2004). "Saiful Apek - Kelab peminat di lancar". Utusan Malaysia. Dicapai 31 Julai 2017. 
  9. ^ Abd. Aziz Itar (13 Disember 2003). "Saiful (Apek) - Cuba nasib jadi pengarah". Utusan Malaysia. Dicapai 31 Julai 2017. 
  10. ^ "Cicak Man has makings of a hit". The Star (Malaysia). 5 September 2006. Dicapai 11 November 2015. 
  11. ^ Azhariah Kamin (21 October 2007). "Jeers, then cheers". The Star (Malaysia). Dicapai 11 November 2015. Saiful Apek may handle his job with aplomb but making people laugh hasn’t always been easy for the king of comedy. 
  12. ^ Kamin, Azhariah (4 January 2008). "Home-grown movies". The Star. Dicapai 6 January 2008. 
  13. ^ Abdullah, Akmal (6 Mac 2008). "Mampukan Duyung Capai Sasaran Kutip 10j". Berita Harian. Dicapai 6 Mac 2008. 
  14. ^ Marina Shabudin (23 Jun 2016). "Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak". Sinar Harian. Dicapai 23 Jun 2016. 
  15. ^ Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan
  16. ^ The Weding Game Channel NewsAsia. Dicapai 22 Mei 2011.
  17. ^ Kemalia Othman (11 Februari 2015). "Saiful Apek Enggan Sertai MLM Untuk Jaga Reputasi". mStar Online. Dicapai 31 Julai 2017. 
  18. ^ Wawann Mohamad (3 September 2016). "Sisi lain Saiful Apek". Sinar Harian. Dicapai 31 Julai 2017. 
  19. ^ "Sudah empat tahun berhenti merokok: Saiful Apek". Indahnya Islam. 8 Februari 2017. Dicapai 31 Mei 2018. 
  20. ^ Au Yeong How (13 Jun 2010). "Dadah: Saiful Apek ditahan polis". mStar Online. Dicapai 22 Mac 2015. 
  21. ^ "Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500". mStar Online. 25 April 2014. Dicapai 22 Mac 2015. 
  22. ^ "Comedian Saiful Apek fined for taking drugs". The Star (Malaysia). 25 April 2014. Dicapai 22 Mac 2015. 
  23. ^ "Saiful Apek dan 3 lain bebas daripada pertuduhan dadah". Astro Awani. 30 September 2013. Dicapai 22 Mac 2015. 
  24. ^ "Dadah: Saiful Apek didenda RM2,500". Utusan Malaysia. 26 April 2014. Dicapai 22 Mac 2015. 
  25. ^ "Saiful Apek, 3 others acquitted for misusing drugs". The Sun, Malaysia. 30 September 2013. Dicapai 22 Mac 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]