Nizam Jentik-Jentik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nizam Jentik-Jentik
Kelahiran
Mohd Nornizam Bin Mohd Yusof

(1981-12-12) 12 Disember 1981 (umur 42)
PekerjaanArkitek, Pelawak, Stand Up Comedian, Penulis Komedi, Pelakon dan Pengacara
Tahun aktif2016–kini
Ibu bapaMohd Yusof Jaafar (bapa)
Saudara
  • Maslina Yusof (kakak)
  • Efa Yusof (Adik)
  • Maita Yusof (Adik)
  • Muhamad Nazreen Yusof (Adik)
KeluargaNoor Haliza Mohammad Noor (Isteri)

Mohd Nornizam Mohd Yusof atau dikenali sebagai Nizam Jentik Jentik (Jawi:نظام جنتيق-جنتيق;lahir 12 Disember 1981) ialah seorang pelawak, Stand Up Comedian, Penulis Komedi, Pelakon, Pengacara di Malaysia. Beliau juga adalah bekas peserta Program Realiti Astro, Lawak Solo 2016. Memulakan karier sebagai Regular Performer di Kelab Komedi sekitar Lembah Klang dan menyertai beberapa program Komedi TV di depan dan juga di belakang tabir dan dia juga meminati penyanyi Zahid Baharudin yg juga salah satu anggota kumpulan Bahye.

Nizam yang dibimbing oleh mentornya Shashic (DEWA KOMEDI) yang banyak membantu Nizam dalam bahan-bahan komedi sejak awal penglibatan pada tahun 2016. Beliau juga sering berkongsi kisahnya sebagai bekas pesakit kanser buah zakar dan beliau satu-satunya pelawak Malaysia yang berjenaka di atas pentas dengan hanya sebiji buah zakar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nizam memulakan kerjayanya sebagai pelawak apabila menyertai program Komediri Bersama Harith Iskander Musim Kedua. Seterusnya beliau menyertai program realiti Lawak Solo pada 2016 dan berjaya hingga ke Separuh Akhir. Dengan berlatarbelakang kerjaya sebagai seorang Arkitek, beliau telah mendapat tempat sebagai pengacara sebuah rancangan Travelog di Astro Oasis iaitu Atlas Masjid Nusantara Musim Pertama.

Nama beliau mula mendapat tempat apabila berjaya hingga ke peringkat Separuh Akhir sewaktu bertanding di dalam program Muzikal Lawak Superstar Musim Kedua 2020 bersama-sama Zahid AF2 dan juga Filzah Awok (Kumpulan Zuzuzu). Hasil daripada kejayaan itu, beliau bersama-sama Zahid AF2 dan Shashic Iewan (Kumpulan Bahye) berjaya melangkah ke peringkat akhir dan mendapat tempat keempat di dalam Maharajalawak Mega 2021. Langkah kejayaan itu berjaya diteruskan apabila mendapat tempat ketiga di dalam program komedi Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 bersama-sama Shashic Iewan dan Roy Azman (Kumpulan Bahroy).

Selepas itu, beliau juga dipilih oleh pihak produksi Awesome TV untuk menjadi pengacara program realiti komedi iaitu Gelanggang Awesome Raja Lawak di Awesome TV bermula September - November 2022. Beliau mengacara program ini bersama pelawak terkenal Chiwan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Lawak Solo 2016 Peserta Astro Warna Separuh Akhir
2018 Superspontan Extravaganza 2018 Peserta Astro Warna Tersingkir Minggu Ke5
2018 Gegar Lawak 2018 Mentor Astro Warna
2019 Miss Lawak Mentor Astro Warna
2020 Muzikal Lawak Superstar Musim 2 Peserta Astro Warna Separuh Akhir (Kumpulan Zuzuzu - bersama Zahid AF2 dan Filzah Awok
2020 Gelak Gempak Peserta Astro Warna Akhir, Tempat ke4
2021 Maharajalawak Mega 2021 Peserta Astro Warna Akhir, Tempat ke4 (Kumpulan Bahye - bersama Zahid AF2 dan Shashic Iewan)
2021 Mencari Sepahtu Yang Hilang Pelawak Jemputan Astro Warna
2022 Memoria Peserta Awesome TV Tersingkir di Suku Akhir
2022 Muzikal Lawak Superstar Musim 3 Peserta Astro Warna Akhir, Tempat ke3 (Kumpulan Bahroy - bersama Roy Azman dan Shashic Iewan)
2022 Gelanggang Awesome Raja Lawak Pengacara Awesome TV Pengacara bersama dengan Chiwan Chilok
2023 Mega Spontan 2023 Pre Show Pengacara Astro Warna Pengacara segmen PreShow
Program TV
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Komediri Musim Ke2 Pelawak Jemputan Astro Warna 2 Episod
2016 Sembang Teh Tarik Kaw Pelawak Jemputan Astro Warna 1 Episod
2017 Oi Jaga Mulut Pelawak Jemputan IFlix 2 Episod
2018 Atlas Masjid Nusantara Musim Pertama Pengacara Astro Oasis 11 Episod
2018 A++ Bual Bicara Hos Segmen RTM 13 Episod
2018 Arena Panggang Penasihat Kreatif Astro Warna 13 Episod
2018 Panggung Karot Pok Ya Penulis Komedi Astro Warna 4 Episod
2018 Jangan Gelak Pelawak Jemputan Astro Warna 1 Episod
2018 Berita Propa Pelakon Astro Warna 13 Episod
2019 Sedapnya Mulut Pelawak Jemputan Astro Warna 2 Episod
2019 Oi Jaga Mulut Special Pelawak Terutama IFlix 1 Episod Showcase
2019 Kami Geng Bola Pundit Bolasepak Astro Prima 52 Episod
2019 Lawak Tak Lagha Artis Jemputan Astro Warna 2 Episod
2019 Huru Hara Artis Jemputan HyypTV 1 Episod
2020 Komedi Solo Dari Rumah Pelawak Jemputan Astro Warna 4 Episod
2020 Seminggu Sekali Pelawak Jemputan Astro Warna 2 Episod
2021 Mind Your Jawi Pelawak Jemputan Astro gempak 1 Episod
2021 Panel Skandal Artis Jemputan Astro Warna 2 Episod
2021 Mari Bercerita Pengacara DidikTV 4 Episod
2022 Tanya Jer Artis Jemputan Suke TV 1 Episod
2022 Tau Tau Dah Raya Artis Jemputan Al Hijrah 1 Episod
2022 Opocot Next Level Artis Jemputan Astro Warna 1 Episod
2023 Jadi Ke Tak Artis Jemputan Awesome TV 1 Episod
2023 Resepi Most Wanted Pengacara Awesome TV 13 Episod - Pengacara Bersama Chiwan Chilok
2023 Royal Gerambel Pelawak Jemputan Astro Warna 1 Episod
2023 Atlas Masjid Nusantara Musim 2 Pengacara Astro Oasis 7 Episod
Filem dan Drama
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Pemberontak Kampung Harmoni Sharif Astro Telefilem
2021 Arwah Pak Mat, Lif dan AJK Sudin Astro First Supertele
2021 SMK Musim 3 Cikgu Baharom Astro Ceria 1 Episod
2022 Megastar Academy Cikgu Karim Astro Ceria Telemovie 2 Episod
2022 Beriyani Gam Kak Aspalela Din Astro Ria 5 Episod
2022 Reen Putus Cinta Nizam Awesome TV 1 Episod
2023 Ragamania Azli RTM 13 Episod
Video Muzik
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2020 Kuasa Cintamu by Dato Sri Siti Nurhaliza Bapa kepada Dato Sri Siti Nurhaliza

Rujukan[sunting | sunting sumber]