Sejarah Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Zaman Kegemilangan Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Islam muncul di Semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Muhammad mendapat wahyu daripada Allah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyah, kerajaan Abbasiyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli sains, ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang.

Zaman Nabi Muhammad S.A.W.[sunting | sunting sumber]

Semenanjung Tanah Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Makkah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Makkah dalam pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 Masihi. Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahanda baginda Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal dunia semasa baginda masih dalam kandungan ibunya. Ibunya Aminah binti Wahab meninggal dunia semasa baginda berusia 7 tahun. Kemudian, beliau dipelihara oleh datuknya, Abdul Muttalib. Setelah datuknya meninggal dunia, baginda pula dipelihara oleh bapa saudaranya, iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa baginda berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman. Baginda pernah menjadi penggembala kambing.

Baginda pernah diangkat sebagai hakim. Baginda tidak menggemari suasana Makkah yang dipenuhi dengan masyarakat yang mempunyai masalah sosial yang tinggi. Selain dari berdagang berhala, masyarakat Jahiliah turut menanam bayi-bayi perempuan. Baginda banyak menghabiskan masa mencari ketenangan di Gua Hira'. Sehingga ketika Nabi Muhammad S.A.W. berusia lebih kurang daripada 40 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril A.S.. Baginda menyampaikan ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Makkah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil sebagai Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Makkah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad S.A.W. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Makkah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., Semenanjung Tanah Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Zaman Perkembangan Islam[sunting | sunting sumber]

Semenanjung Tanah Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

Secara umumnya, sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah, dan Empayar Turki Uthmaniyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Zaman Khulafa al-Rasyidin[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin

  • 632M- Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syam atau Syria. Kempen menentang kumpulan Murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
  • 633M- Pengumpulan Al-Quran bermula.
  • 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi.
  • 635M- Penawanan Madain, ibu kota Empayar Parsi, Sassanid.
  • 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
  • 637M- Mesir ditawan.
  • 638M- Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
  • 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
  • 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
  • 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
  • 646M- Kempen menentang Byzantine.
  • 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan dan diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantium. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
  • 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
  • 656M- Saidina Uthman mangkat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik sebagai khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
  • 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
  • 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah.
  • 661M- Saidina Ali mangkat dan dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu Muhammad) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 umat Islam untuk menggantikan Saidina Ali.
  • 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam iaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulakan suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak pecah, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan Kekhalifahan diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenali dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah umat Islam kemudian dilanjutkan dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama iaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun-menurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

Zaman Islam Beraja[sunting | sunting sumber]

Selepas berakhirnya zaman Khulafa Al-Rashidin, penubuhan kerajaan oleh Muawiyah sempena nama datuknya Umayyah mewujudkan Zaman Islam Beraja. Ketika ini juga penyebaran Islam dan budayanya ke seluruh negara yang ditakluk oleh Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Namun, Zaman Islam Beraja berakhir apabila Kerajaan Turki Uthmaniyyah selaku empayar Islam yang terakhir tumbang akibat Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Bani Ummaiyyah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah

Kerajaan Bani Abbasiyyah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah[sunting | sunting sumber]

Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]