Getaran Selatan El Niño
Getaran Selatan El Niño atau Ayunan Selatan El Niño (ENSO) adalah satu perubahan iklim tidak sekata berkala disebabkan oleh perubahan dalam suhu permukaan laut di kawasan timur tropika Lautan Pasifik, yang menjejaskan banyak kawasan tropika dan subtropika. Fasa pemanasan dikenali sebagai El Niño dan fasa penyejukan sebagai La Niña. Kedua-dua variasi digandingkan: El Niño diiringi dengan tekanan permukaan udara tinggi, dan La Niña dengan yang rendah di barat Pasifik tropika.[1][2] Kedua-dua tempoh bertahan beberapa tahun setiap satu (biasanya 3-4) dan kesan yang berbeza-beza dalam keamatan.[3]
Kedua-dua fasa berkaitan dengan peredaran Walker itu ditemui oleh Gilbert Walker semasa awal abad kedua puluh. Peredaran Walker adalah disebabkan oleh daya kecerunan tekanan yang terhasil daripada satu sistem tekanan tinggi di atas lautan Pasifik timur, dan sistem tekanan rendah di Indonesia. Apabila peredaran Walker melemahk atau membalik, El Niño terhasil, menyebabkan permukaan laut menjadi lebih panas daripada biasa, kerana julang air sejuk kurang berlaku atau tidak berlaku sama sekali. Peredaran Walker sangat kuat pula menyebabkan La Niña, mengakibatkan suhu lautan sejuk disebabkan oleh peningkatan julang air.
Mekanisme yang menyebabkan ayunan kekal di bawah kajian. Keterlaluan corak ayunan iklim ini menyebabkan cuaca yang melampau (seperti banjir dan kemarau) di kebanyakan rantau di dunia. Negara-negara membangun yang bergantung kepada pertanian dan perikanan, terutamanya mereka yang bersempadan dengan Lautan Pasifik, adalah yang paling terjejas.
Gilbert Walker
[sunting | sunting sumber]Gilbert Walker adalah seorang ahli matematik gunaan tersohor di Universiti Cambridge ketika beliau menjadi Ketua Pengarah balai cerap di India pada 1904.[4] Semasa di sana, beliau belajar ciri-ciri monsun Lautan Hindi, kegagalan yang membawa hujan telah menyebabkan kebuluran teruk ke negara ini pada tahun 1899. Menganalisis sejumlah besar data cuaca dari India dan negeri-negeri di luar, dalam tempoh lima belas tahun akan datang beliau menerbitkan huraian pertama ayunan mundur maju besar tekanan atmosfera antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, dan hubung kait dengan pola suhu dan hujan di kebanyakan kawasan tropika Bumi, termasuk India. Beliau juga bekerja dengan Jabatan Meteorologi India terutama dalam menghubungkan monsun dengan fenomena Ayunan Selatan.[4]
Getaran Selatan
[sunting | sunting sumber]Getaran Selatan adalah komponen atmosfera El Niño. Komponen ini merupakan ayunan tekanan udara permukaan antara timur dan barat perairan tropika Lautan Pasifik. Kekuatan Ayunan Selatan diukur dengan Indeks Getaran Selatan (SOI). SOI dikira daripada turun naik dalam perbezaan tekanan udara permukaan antara Tahiti (di Pasifik) dan Darwin, Australia (di Lautan Hindi).[5]
- El Niño mempunyai SOI negatif, bermakna ada tekanan yang lebih rendah atas Tahiti dan tekanan yang lebih tinggi di Darwin.
- La Niña mempunyai SOI positif, bermakna ada tekanan yang lebih tinggi di Tahiti dan lebih rendah di Darwin.
Tekanan atmosfera yang rendah cenderung berlaku di air suam dan tekanan tinggi berlaku di atas air sejuk, sebahagiannya kerana perolakan yang mendalam di air panas. El Niño ditakrifkan sebagai pemanasan yang berterusan bagi tengah dan timur tropika Lautan Pasifik, oleh itu mengakibatkan pengurangan kekuatan angin pasat Pasifik, dan pengurangan hujan di timur dan utara Australia. La Niña ditakrifkan sebagai penyejukan mampan tengah dan timur tropika Lautan Pasifik, sekali gus menyebabkan peningkatan kekuatan angin pasat Pasifik, dan kesan bertentangan di Australia berbanding El Niño.
Walaupun Indeks Getaran Selatan mempunyai rekod stesen lama sejak tahun 1800-an, kebolehpercayaan adalah terhad disebabkan oleh kehadiran kedua-dua Darwin dan Tahiti terlalu jauh ke selatan khatulistiwa, menyebabkan tekanan udara permukaan di kedua-dua lokasi kurang berkaitan secara langsung dengan ENSO.[6] Untuk mengatasi persoalan ini, indeks baru telah dicipta, yang dinamakan Indeks Ayunan Selatan Khatulistiwa (EQSOI).[6][7]
Untuk menjana ini data indeks, dua kawasan baru, berpusat di Khatulistiwa, telah dijadikan had untuk mewujudkan indeks baru: Yang barat terletak di Indonesia dan yang timur terletak di khatulistiwa Pasifik, berhampiran dengan pantai Amerika Selatan.[6] Walau bagaimanapun, data EQSOI hanya dijejak kembali ke tahun 1949.[6]
Peredaran Walker
[sunting | sunting sumber]Peredaran Walker disebabkan oleh daya kecerunan tekanan yang terhasil daripada sistem tekanan tinggi di atas lautan Pasifik timur, dan sistem tekanan rendah atas Indonesia. Peredaran Walker lembangan tropika India, Pasifik dan Atlantik menyebabkan angin barat permukaan pada Musim Panas Utara di lembangan pertama dan angin timur di lembangan kedua dan ketiga itu. Akibatnya struktur suhu daripada tiga lautan memaparkan jurang asimetri dramatik. Khatulistiwa Pasifik dan Atlantik kedua-duanya mempunyai suhu permukaan sejuk pada Musim Panas Utara di timur, manakala suhu permukaan sejuk terpakai hanya di Lautan Hindi barat.[8] Perubahan dalam suhu permukaan mencerminkan perubahan dalam kedalaman termoklin.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Climate Prediction Center (2005-12-19). "Frequently Asked Questions about El Niño and La Niña". National Centers for Environmental Prediction. Dicapai pada 2009-07-17.
- ^ Trenberth, K.E., P.D. Jones, P. Ambenje, R. Bojariu , D. Easterling, A. Klein Tank, D. Parker, F. Rahimzadeh, J.A. Renwick, M. Rusticucci, B. Soden and P. Zhai. "Observations: Surface and Atmospheric Climate Change". Climate Change 2007: The Physical Science Basis. Contribution of Working Group I to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 235–336. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ "El Niño, La Niña and the Southern Oscillation". MetOffice. Dicapai pada 2015-08-18.
- ^ a b Rao, C. Hayavando, penyunting (1915). The Indian Biographical Dictionary. Madras: Pillar & Co. m/s. 456. Dicapai pada 2010-03-20.
- ^ "Climate glossary — Southern Oscilliation Index (SOI)". Bureau of Meteorology (Australia). 2002-04-03. Dicapai pada 2009-12-31.
- ^ a b c d Barnston, Anthony (2015-01-29). "Why are there so many ENSO indexes, instead of just one?". NOAA. Dicapai pada 2015-08-14.
- ^ International Research Institute for Climate and Society. "Southern Oscillation Index (SOI) and Equatorial SOI". Columbia University. Dicapai pada 2015-08-14.
- ^ Bureau of Meteorology. "The Walker Circulation". Commonwealth of Australia. Dicapai pada 2014-07-01.
- ^ Zelle, Hein, Gerrian Appledoorn, Gerritt Burgers, and Gert Jan Van Oldenborgh (March 2004). "Relationship Between Sea Surface Temperature and Thermocline Depth in the Eastern Equatorial Pacific". Journal of Physical Oceanography. American Meteorological Society. 34 (3): 643–655. Bibcode:2004JPO....34..643Z. doi:10.1175/2523.1.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Getaran Selatan El Niño |
- Latest ENSO updates & predictions from the International Research Institute for Climate and Society
- NOAA FAQ "What is ENSO?"
- El-Niño–Southern Oscillation Diarkibkan 2016-04-18 di Wayback Machine
- ENSO (El Niño–Southern Oscillation)
- SOI (Southern Oscillation Index)
- El-Nino, La-Nina, Southern Oscillation, ENSO
- Animation of ENSO in Victoria, Australia Diarkibkan 2011-07-06 di archive.today