Azmi Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pihak Imigresen Filipina menahan operator pelancongan Malaysia Azmi Salleh ( tahun 42) pada 8 Feb 2002 di Lapangan terbang Antarabangsa Ninoy Aquino , Manila kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas Al-Qaeda. Sebanyak 104 pasport, telefon selular dan lebih US$50,000 tunai dirampas daripadanya.

Beliau telah melanggar undang-undang kastam dan imigresen dan dihantar pulang kerana bekerja di Filipina tanpa permit.

Jurucakap Imigresen Raymond Salting memberitahu , perintah itu yang ditandatangani oleh ketua Imigresen Andrea Domingo, disampaikan kepada Kedutaan Malaysia sebagai sebahagian daripada protokol.

Pihak kastam tidak mengenakan dakwaan mengenai pencabulan undang-undang kastam ke atas Azmi kerana cuba membawa keluar US$50,000 dalam bentuk mata wang asing.Mengikut undang-undang sedia ada, seseorang hanya dibenarkan membawa keluar US$10,000.

Bagaimanapun siasatan mendapati Azmi Salleh berada di Manila bagi mendapatkan visa untuk rakyat Malaysia menunaikan haji di Mekah dan beliau menafikan ada kaitan dengan Al-Qaeda.Kes terhadap Azmi hanya membabitkan undang-undang Imigresen, kerana cubaan mendapatkan visa bagi pihak pelanggannya di Malaysia tanpa permit, di Manila.

Azmi merupakan pengusaha pelancongan .Isterinya Jelima Mat Wahid, 38, berada di rumahnya di Kampung Sena Rendang, Marang, Terengganu.