Azwanddin Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azwanddin Hamzah
Fail:Azwanddin.jpg
Kelahiran
Azwanddin Bin Hamzah

(1973-07-26) 26 Julai 1973 (umur 50)
Kuala Lumpur
PekerjaanPengerusi T&D Construction Sdn. Bhd., Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Halal Antarabangsa Malaysia, Ahli Perhubungan Lanzhou Lanmarch eCommerce Technology Ltd. China, Ahli Dewan Perniagaan Malaysia-Indonesia, Timbalan Pengerusi Yayasan Nusantara, Presiden Jaringan Melayu Malaysia JMM, Pengerusi MyAduan Rasuah, Penasihat Kehormat Koperasi Jaringan Melayu Malaysia Berhad, Penaung Rojak United, Ketua UMNO Cawangan Bukit Antarabangsa

Dato' Haji Azwanddin Hamzah merupakan seorang ahli perniagaan, aktivis sosial dan aktivis politik, terkenal sebagai seorang yang lantang mengkritik isu rasuah di Malaysia.dan mempertahankan hak dan kepentingan orang orang melayu dan bumiputra.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dato' Azwanddin dilahirkan pada 26 September 1973 di Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan Datin Noor Ainon Mohd Fadzil dan dikurniakan empat orang anak.

Dato' Azwanddin menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenia Kebangsaan Cina Lee Rubber[1], Gombak. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa[1] dimana beliau menduduki Sijil Rendah Pelajaran. Disebabkan oleh tugasan ayahnya, beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Chong Hwa Sin, Kuala Terengganu dimana beliau menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat Pangkat Satu. Dato' Azwanddin seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1995 dari University of Western Ontario, Kanada dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian daripada universiti yang sama.

DIsebabkan oleh pendidikan awalnya di sekolah aliran Cina dan kehidupan universitinya di Kanada, tidak hairanlah apabila beliau mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin[1] dengan lancar.

Dato' Azwanddin juga mempunya minat yang mendalam dalam permainan bola sepak dan menunggang kuda. Beliau merupakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia Football Club yang telah menjadi juara dalam Kuala Lumpur Football Association Super League bagi sesi 2016/2017[2].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dato' Azwanddin merupakan Pengerusi Syarikat T&D Construction Sdn. Bhd. sejak tahun 2010. Syarikat ini merupakan salah satu entiti dibawah rangkaian Kumpulan Syarikat T&D. Sektor pembinaan merupakan aktiviti perniagaan utama rangkaian ini disamping mereka mula melebarkan sayap mereka dalam bidang-bidang lain dengan pengkhususan dalam pembinaan berskala besar.

Selain itu juga, beliau merupakan ahli Dewan Perniagaan Malaysia - Indonesia yang berfokus kepada meningkatkan hubungan dua hala sektor swasta di antara Malaysia dan Indonesia menerusi penggalakkan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan. Menerusi penglibatannya sebagai Ahli Perhubungan bagi Lanzhou Lanmarch eCommerce Techonology Ltd. yang berpangkalan di China, Dato' Azwanddin juga berjaya mempromosi produk-produk halal di Lanzhou dan China[3][4]. Beliau juga merupakan Penasihat Kehormat bagi Koperasi Jaringan Melayu Selangor Berhad yang ditubuhkan untuk membantu usaha-usaha membangunkan status sosio-ekonomi masyarakat Melayu.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Amanah Nusantara Nasional dari tahun 2015 ke tahun 2017. Badan ini merupakan badan perunding korporate untuk membangunkan Cirebon sebagai satu bandar integrasi bagi menampung pembangunan ekonomi nasional Indonesia[5][6].

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Lantaran kelantangan suara Dato’ Azwanddin didalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan hak Melayu, beliau telah ditekan dengan pelbagai kontroversi dengan tujuan untuk melemahkan kebangkitan beliau.

Antara isu-isu yang terlibat adalah seperti isu penjualan aset negara seperti Tabung Haji [7] , isu membawa pulang abu mayat ketua komunis[8], Chin Peng, isu menukar penggunaan Bahasa rasmi surat kerajaan kepada Bahasa mandarin[9].

Akibat daripada kelantangan menyuarakan isu-isu tersebut, Dato’ Azwanddin telah ditekan bertubi-tubi oleh pihak DAP.  Dimana selain daripada tuntutan saman yang dikenakan ratusan ribu ringgit, beliau juga turut menjadi mangsa tahanan reman beberapa kali.  Namun segala rintangan yang dihadapi tidak pernah sekali menundukkan atau melemahkan semangat Dato’ Azwanddin untuk terus bangkit.    


Badan Bukan Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Hubungan Serantau[sunting | sunting sumber]

Sebagai ahli Lembaga Yayasan Generasi Amanah Indonesia, Dato' Azwanddin berjaya mempromosikan kerjasama antara negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina menerusi aktiviti-aktiviti kebajikan dan ekonomi. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam industri kesenian terutamanya seni kebudayaan Melayu menerusi penglibatannya sebagai Timbalan Pengerusi Yayasan Nusantara[10][11].

Pendirian Dalam Isu Anti Rasuah[sunting | sunting sumber]

Menerusi penglibatannya dalam pelbagai industri, Dato' Azwanddin merupakan seorang individu yang berpegang teguh kepada prinsip amanah, jujur dan integriti yang tinggi. Sehubungan dengan itu, beliau sangat lantang menyuarakan pandangan terhadap isu rasuah di Malaysia

Beliau merupakan bekas ahli Lembaga Pengarah Gerakan Anti-Rasuah (GERAK Malaysia) yang merupakan salah satu entiti sahabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kini, Dato' Azwanddin merasakan bahawa usahanya adalah lebih baik disalurkan menerusi posisinya sebagai Pengerusi MyAduan Rasuah JMM Diarkibkan 2018-02-15 di Wayback Machine[12] yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia)[13].

Jaringan Melayu Malaysia|Jaringan Melayu Malaysia (JMM)[sunting | sunting sumber]

Jaringan Melayu Malaysia merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bertujuan untuk mempromosikan keharmonian dan perpaduan kaum dengan menegakkan hak-hak Melayu atau Bumiputra disamping menegakkan hak-hak bangsa lain. Khususnya, JMM menolak unsur-unsur luar yang boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan kaum. JMM juga bertujuan untuk mempromosikan integriti pemimpin-pemimpin negara dalam menguruskan aset-aset negara.

Sebelum penglibatan Dato' Azwanddin, JMM mempunyai kesukaran untuk mencari hala tuju, sama ada dalam bidang politik atau sosio-ekonomi. Namun begitu, atas usaha Dato' Azwanddin untuk menaikkan JMM terserlah apabila JMM dibawah pentadbirannya telah begitu lantang mengenai isu-isu rasuah.[14]

Pada tahun 2011, JMM menerima perhatian media dan masyrakat apabila menentang isu-isu LGBTQ[15][16]. Sebagai seorang beragama Islam, dan menerusi posisinya sebagai Presiden JMM, Dato' Azwanddin menyuarakan kebimbangannya mengenai pengaruh LGBT dalam kalangan belia dan peningkatan kes-kes HIV dalam kalangan komuniti ini serta kerutuhan rumah tangga disebabkan isu-isu ini[17]. Sudah tentu isu-isu ini menjadi kontroversi terutama dalam kalangan generasi Malaysia sekarang dan pandangan global yang liberal mengenai isu terbabit[18].

Cerebral Palsy[sunting | sunting sumber]

Isu penyakit cerebral palsy merupakan isu yang sangat dekat dihati Dato' Azwanddin disebabkan oleh salah seorang anaknya menghidap penyakit berkenaan[19]. Beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi menerusi penglibatannya sebagai salah seorang ahli Kumpulan Sokongan Keluarga Cerebral Palsy di Hospital Kuala Lumpur[19].

Pemerkasaan Belia[sunting | sunting sumber]

Dato Azwanddin percaya bahawa belia merupakan aset Malaysia yang terpenting. Pada tahun 2017, beliau menjadi Penaung kepada Rojak United Diarkibkan 2018-02-14 di Wayback Machine iaitu satu badan perhubungan sukarelawan belia yang berfokus kepada kajian data dan penglibatan mereka dalam isu-isu tempatan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Dato' Azwanddin menerima anugerah Darjah Indera Mahkota dari Sultan Pahang pada bulan Oktober 2016 yang membawa gelaran Dato[20]. Pada tahun 2018, beliau menerima pangkat Kolonel Kehormat Pertahanan Awam[21].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Demi Amer Deedat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  2. ^ Juara KL tapi tak dapat masuk liga FAM.
  3. ^ "JMM buka peluang di China". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  4. ^ JMM to find opportunities to promote Islamic products in China.
  5. ^ "Tawar peluang 
niaga RM19.13 bilion". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  6. ^ Amanah Nusantara eyes US$5.3 billion investments from Malaysia in Cirebon
  7. ^ https://www.mindarakyat.net/2020/07/pendedahan-mengejutkan-tentang.html
  8. ^ https://mykmu.net/2019/11/27/pembangkang-kritik-tindakan-bawa-balik-abu-mayat-chin-peng/
  9. ^ https://www.facebook.com/datoazwanddinhamzah/videos/2403208089963943
  10. ^ "Kisah hubungan Indonesia-Malaysia ditayang 2012". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  11. ^ "Program Antara Dua Garisan erat hubungan Malaysia-Indonesia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  12. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/my-aduan-rasuah-jmm-dilancar-1.506646
  13. ^ My Aduan Rasuah JMM dilancar
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 2018-02-14.
  15. ^ JMM puji kerajaan anjur seminar tangani isu LGBT
  16. ^ Jaringan Melayu Malaysia Terus Bantah Program Seksualiti Merdeka.
  17. ^ JMM Libatkan Sekolah Dalam Kempen LGBT.
  18. ^ "JMM dedah ada pihak promosi LGBT, seks bebas kepada pelajar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  19. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-15. Dicapai pada 2018-02-14.
  20. ^ "613 terima darjah kebesaran Sultan Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-14. Dicapai pada 2018-02-14.
  21. ^ "(VIDEO) Azwanddin terima pangkat Kolonel Kehormat Pertahanan Awam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-14. Dicapai pada 2018-02-14.