Babad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Babad[1] ialah periwayatan sejarah, fakta dan peristiwa yang berkisar dalam susunan kronologi, seperti dalam garis waktu. Biasanya, penekanan yang sama diberikan untuk peristiwa-peristiwa tempatan dan peristiwa-peristiwa penting yang bersejarah, tujuannya adalah untuk rakaman kejadian yang berlaku, dilihat dari sudut pandang sejarah. Ini agak berbeza dengan naratif atau sejarah, yang menetapkan peristiwa-peristiwa terpilih dalam konteks interpretasi yang bermakna dan tidak memasukkan apa yang penulis lihat sebagai tidak penting.

Babad berasal dari perkataan Jawa yang membawa maksud 'suatu catatan atau rekod peristiwa-peristiwa yang disusun mengikut waktu berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut'[1].

Dari mana seseorang penulis babad memperoleh maklumat itu berbeza-beza; beberapa babad ditulis dari pengetahuan atau pengalaman, ada pula dari saksi atau peserta dalam peristiwa, namun yang lain adalah perakuan yang disampaikan dari mulut ke mulut sebelum ditulis.[2] Ada yang menggunakan bahan bertulis: piagam, surat, atau karya-karya pencerita yang terdahulu.[2] Ada yang lain mempunyai kisah-kisah asal-usul yang tidak diketahui sedemikian rupa sehingga memegang status mitos. Penyalin juga boleh mempengaruhi babad apabila menyalin secara kreatif, membuat pembetulan atau mengemas kini atau meneruskan babad dengan maklumat yang tidak ada pada pengarang asal. Kebolehpercayaan babad tertentu adalah penentuan penting untuk ahli sejarah moden.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Dewan Bahasa dan Pustaka: Babad
  2. ^ a b c Elisabeth M. C. Van Houts, Memory and Gender in Medieval Europe: 900–1200 (Toronto ; Buffalo : University of Toronto Press, 1999), pp. 19–20