Babi bodoh
Babi bodoh | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Sus |
Spesies: | Templat:Taxonomy/SusS. barbatus
|
Nama binomial | |
Sus barbatus S. Müller, 1838
| |
Subspecies | |
Sus barbatus oi | |
![]() | |
Sinonim | |
Chaetorhinus barbatus |
Babi bodoh, babi janggut, babi jakut, jukut atau nangoi (bahasa Inggeris: Bornean bearded pig)[3][4][5] ialah suatu spesies babi. Ia boleh dikenali melalui janggutnya yang jelas. Ia juga kadangkala memiliki rambu atau jambul pada bahagian ekor. Nama saintifiknya Sus barbatus.[6]
Juga dikenali sebagai "babi berbulu senyum".
Taburan[sunting | sunting sumber]
Babi Bodoh kebanyakannya dijumpai di Asia Tenggara Sumatera, Borneo, timur Filipina di mana ia mendiami hutan hujan dan kawasan berpaya bakau.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Babi bodoh ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Artiodactyla, tergolong dalam keluarga Suidae. Babi bodoh ialah haiwan berdarah panas yang melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.
Babi bodoh tinggal berkumpulan dalam kumpulan keluarga. Jantung babi bodoh terdiri daripada empat ruang seperti manusia. Ruang atas dikenali sebagai atrium, sementara ruang bawah dikenali sebagai ventrikel.
Babi bodoh di Zoo Negara Malaysia
Babi bodoh di Zoo Negara Malaysia
Babi bodoh di Zoo Negara Malaysia
Babi bodoh di Zoo Negara Malaysia
Pembiakan[sunting | sunting sumber]
Sebagai mamalia, babi bodoh berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi bodoh akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.
Babi bodoh mampu membiak dari usia 18 bulan dan boleh membiak silang dengan spesies lain dalam famili zoologi Suidae. Terdapat 25 ahli spesies ini di zoo Amerika.[perlu rujukan]
Pengekalan[sunting | sunting sumber]
Babi bodoh merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.[7]
Subspesies[sunting | sunting sumber]
Terdapat dua subspesies bagi babi ini:[8]
- Babi bodoh betul (Sus barbatus barbatus)[9]
- Babi bodoh barat (Sus barbatus oi)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ K. Suraprasit, J.-J. Jaegar, Y. Chaimanee, O. Chavasseau, C. Yamee, P. Tian, and S. Panha (2016). "The Middle Pleistocene vertebrate fauna from Khok Sung (Nakhon Ratchasima, Thailand): biochronological and paleobiogeographical implications". ZooKeys (613): 1–157. doi:10.3897/zookeys.613.8309. PMC 5027644. PMID 27667928.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Luskin, M.; Ke, A.; Meijaard, E.; Gumal, M. & Kawanishi, K. (2017). "Sus barbatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T41772A123793370. Dicapai pada 23 Mei 2021.
- ^ "babi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Sus barbatus. Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/20532. [Didapatkan kembali 21 Disember 2022].
- ^ Babi Bodoh Bertaring Panjang
- ^ [https://books.google.com.my/books?id=N3vtAAAAMAAJ&q=%22babi+bodoh%22+sus&dq=%22babi+bodoh%22+sus&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwjr7rGwpbLbAhVQU30KHaaRCA0Q6AEILzAB The animal industry in Malaysia. Teh Nachiar Iskandar Fatimah, A. Hamid Ramlah, A. Rani Bahaman, Universiti Pertanian Malaysia. Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science Faculty of Veterinary Medicine and Animal Science, Universiti Pertanian Malaysia, 1993 - Animal industry - 203 pages]
- ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
- ^ Templat:MSW3 Grubb
- ^ Stefan Loose Reiseführer Malaysia, Brunei und Singapore: mit Downloads aller ...
By Renate Loose, Stefan Loose, Mischa Loose,
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Sus barbatus by Nicole Knibbe in University of Michigan Museum of Zoology
- Pigs, Peccaries and Hippos Status Survey and Action Plan (1993) Chapter 5.5 by Julian O. Caldecott, Raleigh A. Blouch and Alastair A. Macdonald.
Senarai mamalia |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |
![]() |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Babi bodoh |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Babi bodoh. |