Baby Huwae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baby Huwae
Baby Huwae pada 1963
Kelahiran
Baby Constance Irene Theresia Huwae

(1939-11-22)22 November 1939
Meninggal dunia5 Jun 1989(1989-06-05) (umur 49)
Jakarta, Indonesia
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1957–1989

Baby Constance Irene Theresia Huwae (22 November 1939 – 5 Jun 1989) ialah seorang pelakon filem dan penyanyi wanita Indonesia. Dilahirkan di Rotterdam, beliau telah berpindah ke Indonesia menjelang tahun 1950-an dan menceburi pemodelan. Beliau memasuki industri filem pada tahun 1958, dan mendapat populariti berikutan kejayaan Asrama Dara. Sejak beberapa tahun akan datang beliau berlakon dalam sebuah lebih lima filem dan menubuhkan sebuah kumpulan gadis, Baby Dolls. Walau bagaimanapun, selepas beliau berkahwin pada tahun 1960, Baby menumpukan kepada model. Pada tahun 1970 beliau bekerja sebagai penilik nasib.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Rotterdam, Belanda pada 22 November 1939[1] dan berketurunan campuran Indonesia dan Jerman.[2] Menjelang lewat 1950an, beliau menceburi bidang pemodelan di ibu negara Indonesia, Jakarta. Beliau beralih ke filem pada 1958.[3] Pada tahun itu, beliau muncul dalam dua filem. Yang pertama ialah, Asrama Dara merupakan filem komedi arahan Usmar Ismail yang mengisahkan sekumpulan gadis yang tinggal bersama-sama di asrama. Baby melakonkan watak Maria, seorang atendan pesawat yang terperangkap dalam cinta tiga segi dengan seorang juruterbang dan seorang saudagar;[4] ini menjadi peranannya paling popular.[5] Filem kedua, Djuara Sepatu Roda berkisarkan pertandingan antara rakan sekolah untuk menjadi juara sepatu roda.[6]

Bersama Rima Melati, Gaby Mambo, dan Indriati Iskak, Baby megasaskan kumpulan Baby Dolls pada 1959; [3] mereka muncul bersama dalam Djuara Sepatu Roda.[6] Pada tahun itu Baby membintangi dalam tiga filem, Gembira Ria, Serba Salah, dan Tiga Mawar.[7] Beliau juga terlibat dalam jelajah Singapura pada kali ini,[5] termasuk pertunjukan fesyen.[2] Beliau dikhabarkan berkenalan dengan Presiden Soekarno, walaupun beliau menolak dakwaan tersebut.[8]

Baby berkahwin dengan Endang Karnadi in 1960. mereka berdua bertemu pada 1957, pada majlis hari lahir Indriati Iskak. Selepas perkahwinannya, beliau menumpukan perhatian kepada pemodelan dan mengurangkan aktiviti lakonan, hanya mengambil satu peranan sahaja, dalam Amor dan Humor pada 1961.[7] Filem komedi romantik ini memperlihatka Baby melakonkan watak kerani jualan yang mesti menolak kesempatan seorang lelaki yang sama mengekalkan hubungan beliau dengan teman lelakinya.[9] Baby dan Karnadi dikurniakan tujuh anak sebelum bercerai pada 1978.[5] Pada 1960an Baby menukar agamanya dari Katolik ke Islam, seterusnya menunaikan haji bersama isteri Soekarno, Dewi Sukarno.[8] Pada tahun 1966 beliau menjadi seorang saksi semasa skandal seks dan penyelewengan membabitkan bekas Menteri Bank Negara Yusuf Muda Dalam; Berita Harian melaporkan bahawa beliau telah memberikan sebuah rumah di bawah perintah Presiden Soekarno [10].

Pada 1978, Berita Harian melaporkan yang Baby telah diminta oleh Bupaten Rembang untuk menerbitkan sebuah filem yang berdasarkan dari kehidupan Kartini, seorang tokoh pembebasan wanita Indonesia.[8] Biarpun filem seperti itu yang akhirnya diterbitkan pada 1982, ia diarahkan oleh Sjumandjaja dan diterbitkan oleh syarikat berbeza.[11] Menjelang 1979 Baby menggunakan nama Lokita Purnamasari[3] dan membuka sebuah butik.[8] Beliau kemudiannya bekerja sebagai tukang tilik nasib, menulis beberapa ruangan pelbagai subjek di akhbar Jakarta.[5] Beliau juga terlibat dalam seni mempertahankan diri, berkhidmat sebagai Institut Karate Do Indonesia.[8]

Baby disahkan menghidap leukemia pada 1986. Beliau meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta pada 5 Jun 1989 dan dikebumikan si Menteng Pulo. Persemadiannya dihadiri oleh pelakon seperti Rima Melati, Rina Hasyim, dan Ratno Timoer, pemuzik seperti Idris Sardi, dan juga isteri Soekarno, Fatmawati dan Hartini serta Guntur dan Guruh Sukarnoputra.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Semasa tiga tahun pertamanya dalam bidang lakonan, Baby muncul dalam lima filem.[7] Selepas terhenti selama tempoh yang panjang, beliau mempunyai penampilan tetamu dalam filem 1971 Tiada Maaf Bagimu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Biran 1979, m/s. 73.
  2. ^ a b Singapore Free Press 1961.
  3. ^ a b c Biran 1979, m/s. 228.
  4. ^ Kristanto 2007, m/s. 49.
  5. ^ a b c d e Berita Harian 1989.
  6. ^ a b Kristanto 2007, m/s. 50.
  7. ^ a b c Filmindonesia.or.id, Filmography.
  8. ^ a b c d e Berita Harian 1978.
  9. ^ Kristanto 2007, m/s. 57.
  10. ^ Berita Harian 1966.
  11. ^ Kristanto 2007, m/s. 232.

Sumber petikan[sunting | sunting sumber]

  • "Baby Huwae – Filmografi". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-06. Dicapai pada 6 July 2016. (Indonesia)
  • "Baby Huwae dalam Kenangan". Berita Harian. Singapore. 23 July 1989. m/s. 8 – melalui National Library of Singapore.
  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978. Jakarta: Sinematek Indonesia. OCLC 6655859.CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)
  • Kristanto, JB, penyunting (2007). Katalog Film Indonesia 1926 – 2007. Jakarta: Nalar. ISBN 978-979-26-9006-4.CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)
  • "Perjuangan Ibu Kartini nak Dijadikan Filem..." Berita Harian. Singapore. 3 December 1978. m/s. 7 – melalui National Library of Singapore.
  • "She Spends Week Here to Shop for Fashion Show". The Singapore Free Press. Singapore. 1 June 1961. m/s. 7 – melalui National Library of Singapore. (Inggeris)
  • "Witness: My Job to get Girls for Bank Chief". The Straits Times. Singapore. 3 September 1966. m/s. 1 – melalui National Library of Singapore. (Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]