Pergi ke kandungan

Bahasa Hachijō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hachijo
島言葉 sima kotoba
Asli kepadaJepun
KawasanSelatan Kepulauan Izu Kepulauan Daito dan Pesisir Selatan Jepun
Penutur bahasa
< 1000 (2011)[1][2]
Jepunik
  • Hachijo
Bentuk awal
Kod bahasa
ISO 639-3
ISO 639-6hhjm
Glottologhach1239
ELPHachijo
Kedudukan Kepulauan Izu

Bahasa Hachijo (八丈方言, Hachijō hōgen), juga dipanggil sebagai Shima Kotoba (島言葉, [ɕima kotoba], "lidah kepulauan"), merupakan bentuk bahasa Japonik yang unik berbanding dua bahasa Jepun yang lain (bersama bahasa Jepun rasmi dan bahasa Ryukyu).[3] Penutur Bahasa Hachijo dituturkan di dua pulau, Pulau Izu di selatan Tokyo (Hachijō-jima dan Aogashima yang lebih kecil) dan Kepulauan Daitō di Wilayah Okinawa. Di Kepulauan Daito, Mereka ialah perantau dari dari Hachijō-jima sejak zaman Meiji. Bahasa ini juga sebelumnya telah dituturkan di pulau Hachijō-kojima, namun kini pulau itu sudah tidak ada orang yang bermastautin di sana lagi. Setakat kini, pentadbir Jepun belum mentakrifkan bahasa Hachijo sebagai bahasa yang berdiri sendiri.[4]

Bahasa Hachijo berakar daripada dialek timur bahasa Jepun Kuno. Bahasa ini mempertahankan beberapa ciri tatabahasa dan fonetik unik yang direkodkan dalam puisi dialek Azuma abad ke-8, Man'yōshū dan Fudoki dari Wilayah Hitachi. Bahasa Hachijo juga mempunyai persamaan leksikal dengan bahasa-bahasa dialek Kyushu; belum jelas apakah persamaan ini menunjukkan bahawa pulau Izu selatan mendapat pengaruh pendatang dari Ryukyu atau pengaruh itu berakar dari kata pinjaman yang dibawa oleh pelaut yang berlayar di kawasan kepulauan selatan.[5]

Bahasa Hachijo ialah bahasa terancam dengan populasi yang kecil dan semakin berkurangan, terutamanya dengan kebanyakan penuturnya yang sudah tua dan anak-anak muda di sana lebih selesa menggunakan bahasa Jepun.[6] Sejak paling kurang 2009, bandar Hachijo mendukung pemartabatan bahasa ini kepada generasi mudanya melalui dalam pengajaran di darjah, permainan karuta dan produksi filem berbahasa Hachijo.[4]

Klasifikasi

[sunting | sunting sumber]

John Kupchik, seorang ahli linguistik untuk National Institute for Japanese Language and Linguistics (NINJAL), menempatkan bahasa Hachijo dalam pokok bahasa sebagai:

  1. ^ Kaneda (2001), m/s. 3–14.
  2. ^ Iannucci (2019), m/s. 13–14.
  3. ^ Thomas Pellard. The comparative study of the Japonic languages. Approaches to endangered languages in Japan and Northeast Asia: Description, documentation and revitalization, National Institute for Japanese Language and Linguistics, Aug 2018, Tachikawa, Japan. ffhal-01856152
  4. ^ a b Iannucci (2019).
  5. ^ Masayoshi Shibatani, 1990. The Languages of Japan, p. 207.
  6. ^ Vovin (2017).