Bahasa Italo-Celtik
Italo-Celtik | |
---|---|
(dicadangkan) | |
Klasifikasi bahasa: | Indo-Eropah
|
Bahasa-proto: | Italo-Celtik Purba |
Pembahagian: | |
Glottolog: | tiada[5] |
Klad-klad filogenetik Indo-Eropah hipotetikal |
---|
Balkan |
Lain-lain |
Dalam linguistik sejarawi, Italo-Celtik ialah satu kumpulan bahasa yang diandaikan pernah wujud. Ia menghimpunkan cabang bahasa Italik dan Celtik daripada rumpun bahasa Indo-Eropah berdasarkan persamaan ciri-ciri kedua-dua cabang ini yang tidak ditemui dalam mana-mana cabang lain. Terdapat kontroversi mengenai punca persamaan ini. Persamaan ini biasanya dianggap sebagai inovasi, mungkin muncul selepas bahasa Indo-Eropah berpecah. Mungkin sesetengahnya juga bukanlah inovasi, tetapi ciri-ciri bahasa Indo-Eropah asli yang telah hilang dalam semua kumpulan bahasa lain. Yang disepakati umum ialah ciri-ciri yang sama ini boleh dianggap sebagai Italo-Celtik, kerana ia sah dikongsikan oleh kedua-dua keluarga bahasa itu dan agak pasti bukan satu kebetulan.
Bentuk-bentuk
[sunting | sunting sumber]Bentuk-bentuk linguistik utama dalam Italo-Celtik ialah:
- Tunggal genitif tematik dalam ī (cth tasrif kedua Latin dominus, tg. gen. dominī). Dalam kedua-dua cabang Italik (Popliosio Valesiosio, Lapis Satricanus) dan Celtik (Lepontik -oiso, Celtiberia -o), tanda-tanda genitif -osyo Indo-Eropah Purba (IEP) juga telah ditemui, yang mungkin menunjukkan bahawa penyebaran ī genitif berlaku dalam kedua-dua kumpulan secara bebas (atau tersebar luas di rantaunya). Genitif ī telah dibandingkan dengan pembentukan Cvi dalam bahasa Sanskrit, tetapi itu juga muncul agak lama selepas itu. Fenomena ini mungkin berkaitan dengan morfem dasar ī panjang feminin dan mutasi i dalam bahasa Luwi.
- pembentukan superlatif dengan refleks akhiran IEP *-ism̥mo- (Latin fortis, fortissimus "kuat, terkuat", sen Ireland Kuno, sinem "tua, tertua", Osca mais, maimas "banyak, terbanyak"), yang mana cabang-cabang di luar Italik dan Celtik sebaliknya menerbitkan superlatif dengan refleks IEP *-isto- (Sanskrit: urús, váriṣṭhas "lebar, terlebar", Bahasa Yunani Kuno: καλός, κάλλιστος "cantik, tercantik", Nor Kuno rauðr, rauðastr "merah, termerah", serta bahasa Inggeris "-est").
- Morfem sembawa/subjungtif ā. Kedua-dua Italik dan Celtik mempunyai subjungtif yang turun daripada modus harapan/optatif terdahulu dalam -ā-. Optatif sedemikian tidak ditemui dalam bahasa-bahasa lain, tetapi imbuhan tersebut ada dalam pembentukan kala lampau bahasa Balto-Slavik dan Tocharia, dan mungkin dalam bahasa Het -ahh-.
- penggambungan aspek aoris dan sempurna IEP menjadi satu kala lampau. Dalam kedua-dua kumpulan, ini perkembangan yang agak lewat dalam bahasa purba itu, mungkin dari masa bahasa Italo-Celtik mula berhubung.
- asimilasi *p dengan *kʷ yang menyusulinya.[6] Perkembangan ini jelas datang dari sebelum kehilangan *p dalam bahasa Celtik:
Beberapa persamaan lain masih diketengahkan dan diperdebatkan.[7]
r-pasif (suara mediopasif) asalnya dianggap sebagai inovasi yang hanya ada dalam Italo-Celtik sehinggalah didapati bahawa ia satu arkaisme yang terpelihara, ciri yang dikongsi dengan bahasa Het, Tocharia, dan mungkin bahasa Frigia .
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kruta 1991, m/s. 54–55.
- ^ Tamburelli, Marco; Brasca, Lissander (2018-06-01). "Revisiting the classification of Gallo-Italic: a dialectometric approach". Digital Scholarship in the Humanities (dalam bahasa Inggeris). 33 (2): 442–455. doi:10.1093/llc/fqx041. ISSN 2055-7671.
- ^ Prósper, Blanca Maria; Villar, Francisco (2009). "NUEVA INSCRIPCIÓN LUSITANA PROCEDENTE DE PORTALEGRE". EMERITA, Revista de Lingüística y Filología Clásica (EM). LXXVII (1): 1–32. Dicapai pada 11 June 2012.
- ^ Villar, Francisco (2000). Indoeuropeos y no indoeuropeos en la Hispania Prerromana [Indo-Europeans and non-Indo-Europeans in Pre-Roman Hispania] (dalam bahasa Sepanyol) (ed. 1st). Salamanca: Ediciones Universidad de Salamanca. ISBN 84-7800-968-X. Dicapai pada 22 September 2014 – melalui Google Books.
- ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Italo-Celtik". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
- ^ Andrew L. Sihler, New Comparative Grammar of Greek and Latin, OUP 1995, p.145, §141.
- ^ Weiss, M. (2012). Italo-Celtica: Linguistic and cultural points of contact between Italic and Celtic. Dalam Proceedings of the 23rd Annual UCLA Indo-European Conference (Jil. 151, m/s 173).
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Kruta, Venceslas (1991). The Celts. Thames & Hudson.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Jasanoff, Jay, "An Italo-Celtic isogloss: the 3 pl. mediopassive in *-ntro," dalam D. Q. Adams (ed.), Festschrift for Eric P. Hamp. Volume I (= Journal of Indo-European Studies Monograph 23) (Washington, D.C., 1997): 146-161.
- Ivšić, Dubravka. "Italo-Celtic Correspondences in Verb Formation". Dalam: Studia Celto-Slavica 3 (2010): 47–59. DOI: https://doi.org/10.54586/IPBD8569.
- Lehmann, Winfred P. "Frozen Residues and Relative Dating", dalam Varia on the Indo-European Past: Papers in Memory of Marija Gimbutas, eds. Miriam Robbins Dexter and Edgar C. Polomé. Washington D.C.: Institute for the Study of Man, 1997. m/s 223–46
- Lehmann, Winfred P. "Early Celtic among the Indo-European dialects", in Zeitschrift für celtische Philologie 49-50, Issue 1 (1997): 440-54.
- Nishimura, Kanehiro (2005). "Superlative Suffixes *-ismo- and *-isim̥mo in Sabellian Languages". Glotta. 81: 160–183. JSTOR 40267191.
- Schmidt, Karl Horst, “Contributions from New Data to the Reconstruction of the Proto-Language”. In: Polomé, Edgar; Winter, Werner, penyunting (1992). Reconstructing Languages and Cultures (ed. 1). Berlin, New York: Mouton de Gruyter. m/s. 35–62. ISBN 978-3-11-012671-6. OCLC 25009339. (1992). Reconstructing Languages and Cultures (1st ed.). Berlin, New York: Mouton de Gruyter. pp. 35–62. ISBN <bdi>978-3-11-012671-6</bdi>. OCLC 25009339.
- Schrijver, Peter (2015). "Pruners and trainers of the Celtic family tree: The rise and development of Celtic in light of language contact". Proceedings of the XIV International Congress of Celtic Studies, Maynooth 2011. Dublin: Dublin Institute for Advanced Studies. m/s. 191–219.